Khamis, 15 November 2012

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b>

Posted: 30 Oct 2012 08:55 PM PDT



"Tanah yang kita bagi pada rakyat miskin malah ada yang sudah membina rumah secara berdikit-dikit, bila PAS kalah Umno ambil balik tanah dan rumah rakyat dirobohkan.

"Dalam masa yang sama pula 13 wakil rakyat BN pula dikurniakan tanah satu hingga dua hektar setiap seorang oleh kerajaan," jelas Wahid, ADUN Wakaf Mempelam yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Haji Wahid mendakwa, tanah yang seluas satu hektar itu sekiranya dipecah kepada lot ianya boleh diagihkan kepada 20 orang di kalangan rakyat Terengganu.

Bahkan katanya, dengan keluasan satu hektar ini seandainya dipecahkan kepada 20 lot dengan keluasan 500 meter selot ia boleh mencecah RM50,000 setiap satu lot.

"Ini bermakna pemilik tanah tersebut mampu menjana sehingga RM 1 juta untuk 20 lot," katanya.

Wahid turut mendedahkan empat orang wakil rakyat dan bekas wakil rakyat BN Terengganu mendapat tanah di Kawasan Bukit Dendong Mukim Tembila Daerah Besut.

Masing-masing mereka mendapat tanah seluas satu hektar yang terletak di 'layout' tapak rumah Kawasan Bukit Dendong tepi pantai Laut Cina Selatan yang berlot PT6964, PT6904, PT6903, dan PT6902.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi memberi amaran agar wakil rakyat BN yang dianugerahkan tanah menyerahkan semula kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata rakyat Terengganu tidak akan teragak-agak untuk sekali lagi berhimpun di hadapan pejabat Menteri Besar bagi menuntut hak milik tanah yang dinafikan kerajaan negeri.

"Sekiranya tidak, rakyat yang tidak memiliki tanah ini akan berhimpun di hadapan pejabat MB bagi mendapatkan tanah mereka yang dirampas sebelum ini," katanya dalam sidang media.

Beliau melahirkan kekecewaan dengan sikap rakus kerajaan BN Terengganu yang tanpa rasa bersalah menganugerahkan tanah kepada wakil rakyatnya dengan minima satu hektar sedangkan ratusan ribu rakyat mereka masih tidak mempunyai tapak kediaman.

"Ini satu yang malang, apabila sebuah negeri yang kaya raya tetapi rakyat terus dibelenggu dengan kemiskinan," katanya. - sumber Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads