Khamis, 15 November 2012

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


LIVE TELECAST! Merdeka Rakyat From <b>Kuala Terengganu</b>! (in Malay)

Posted: 09 Nov 2012 04:47 AM PST



Setelah semalam, Jelajah Merdeka Rakyat berada di dua kawasan parlimen di Wilayah Persekutuan, malam ini Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dijangka sekali lagi akan menyampaikan ceramah bersama beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat persekutuan dan negeri.
Anwar yang dikejutkan dengan insiden sebelum solat Jumaat tadi di Masjid Sultan Mizan, Kerteh, Terengganu oleh 25 ahli Perkasa yang berdemonstrasi di hadapan masjid konon membantah kehadirannya tidak menghadapi masalah meneruskan perjalanannya menuju ibu negeri Kuala Terengganu.
Setibanya di Dataran Syahbandar, ribuan penduduk setempat sekitar Ladang yang sudah mendapat maklumat kehadiran rombongan bas dua tingkat itu terus mengerumuni sekitar kawasan tersebut sambil tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama bas yang sangat digeruni Umno hingga dipecahkan cermin hadapan di Kota Bharu dan disimbah cat merah di lokasi yang sama.
Sebelah malamnya, Anwar kini baru selesai menyampaikan tazkirah Maghrib di surau Ladang Sekolah di sini dan selepas menunaikan solat Isya', rombongan tersebut akan bergerak ke tapak ceramah pertama di Kampung Kubang Palas, Kuala Telemong dalam parlimen Hulu Terengganu.
Manakala untuk ceramah kedua di Tapak Pasar Teluk Ketapang, Seberang Takir, Anwar dijangka berceramah bersama Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi Majlis Pimpnan KEADILAN negeri yang juga ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Pengerusi Dewan Himpunan PAS Pusat, Ng Chai Heng dan ADUN Bukit Tunggal, Alias Abdul Razak.
Sebagai bonus, saksikan antara paparan menarik semasa sambutan Jelajah Merdeka Rakyat petang tadi di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu.
Untuk mengikuti siaran langsung ceramah ini sila klik pada pautan di bawah dan selamat menonton!

source : Jalan Pulang

MEDIA TERENGGANU: Keajaiban Dunia <b>di Hulu Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2012 06:58 PM PDT

"Pagi tadi saya pergi beraya di Balai Polis Kuala Berang, dia berbisik kepada saya … Ustaz tahu tak … SUK (Setiausaha Kerja) Bahagian UMNO Hulu Terengganu kena tangkap, (sekarang) ada di lokap. Beristeri dua orang dah, tapi dia lakukan sumbang mahram dengan anak tirinya. Lepas siasat, betul sungguh beranak doh anak tiri tu."

Itu sedutan ceramah Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah di Kampung Banggol Binjai, Tepoh, Kuala Terengganu pada 9 September lalu.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu ketika dihubungi  portal berita pro-PAS, BuletinOnline pada 11 September sekali lagi mengesahkan perkara tersebut dan artikel bertajuk "Setiausaha Kerja UMNO Hulu Terengganu Ditahan Polis" disiarkan pada hari sama, 11 September.

TerengganuToday percaya ketika Ustaz PAS itu menceritakan kisah 'bisikan' tersebut kepada pengikut totok di Banggol Binjai, berkembang hidung dan 'jubur' pemuda PAS itu kerana berjaya menjadi orang pertama dapat menyebarkan berita sensasi itu.

Cerita yang telah tersebar luas di internet itu ada nilainya tersendiri yang seronok untuk dibanggakan lebih-lebih lagi bila melibatkan parti lawan iaitu UMNO.

Sebenarnya, TerengganuToday rasa agak aneh bin ajaib kerana dengan hanya sumber 'bisikan' pun sudah cukup untuk Kamarulzaman Abdullah yang dipanggil Ustaz itu mempercayainya sehingga turut mempengaruhi para blogger atau facebooker cap parti PAS yang sudah sedia bebal dan akal sejengkal termasuklah pengamal media di BuletinOnline.

Tidak hairanlah begitu banyak fitnah dan adu domba bertebaran sejak wujudnya parti PAS di atas muka bumi ini, rupanya sumber 'bisikan' sosek-sosek yang tidak tahu hujung pangkal pun sudah menjadi rujukan utama Ustaz dan penyokong PAS.

Perkara luar tabie sedemikian jika berlaku membabitkan mana-mana pemimpin UMNO, TerengganuToday yakin perbuatan itu tidak disokong oleh ahli serta penyokong parti, yang salah tetap salah dan wajib disiasat serta dihukum jika terbukti bersalah.

Hakikatnya, SUK UMNO Hulu Terengganu bukanlah seorang lelaki sebaliknya jawatan itu sejak lebih lima tahun lalu disandang oleh seorang wanita bernama Kamariah Awang, 37 tahun.
Diulangi, SUK UMNO Hulu Terengganu adalah wanita merangkap seorang perempuan juga dikenali sebagai kaum hawa.

Persoalan, yang menuntut Ustaz PAS, Kamaruzaman Abdullah dan para blogger bebal PAS jawab ialah, bagaimana seorang SUK berjantina perempuan mampu menyebabkan anak tiri perempuannya mengandung dan melahirkan anak?

Cukup unik! Keanehan paling unik di zaman moden ini tidak mungkin berlaku di negeri atau negara lain, hanya ada di Hulu Terengganu gara-gara bengap seorang Ustaz PAS.

Kalau ini bukan fitnah, mungkin penipuan atau pembohongan. Mungkin bagi penyokong PAS, apa saja yang terkeluar dari mulut Ustaz PAS seperti Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu itu merupakan tazkirah agama.

Apa yang misteri, siapa yang berbisik kepada Ustaz PAS itu?

Sumber : www.terenggganutoday.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads