13 di bukit besi - Google Blog Search |
- Kualiti pembinaan R n R <b>di Bukit Besi</b>, Terengganu
- ::SENYUM SEINDAH SURIA::: Dulunya <b>Bukit Besi</b>
- Ribut rosakkan kedai di R&R <b>Bukit Besi</b> | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>
Kualiti pembinaan R n R <b>di Bukit Besi</b>, Terengganu Posted: 24 Aug 2012 08:00 AM PDT |
::SENYUM SEINDAH SURIA::: Dulunya <b>Bukit Besi</b> Posted: 06 Aug 2012 05:52 AM PDT Hye Sume (^_^)v Tiba-tiba terdetik rasa macam nak post mengenai SEJARAH BUKIT BESI.. yang dulunyer sgt terkenal dimata dunia... (^_-) dan untuk pengetahuan anda semua,.. perlombongan bijih besi nie masih lg berlaku tetapi agak kureng berbanding dahulu... Ape2pon.. Ayahku bekerja disini.. pencarian rezeki kami disini... Alhamdulillah.. berkat usaha dan doanya.. samapai jugak aku ke Universiti...
Tinggalan Sejarah Bukit Besi yang masih ada Kronologi Sejarah Bukit Besi 1916 - Ahli Kajibumi Jepun, Mr Kuhara datang ke Dungun membuat Kajian di Chemuak, Hulu Dungun. Hasil kajian menunjukkan wujudnya bijih Besi dalam jumlah yang banyak di kawasan tersebut. 1925 - Syarikat Kuhara Mining Ltd membuka lombong di Machang Setahun 1929 - Kerajaan Terengganu secara rasminya telah mengeluarkan 'Mining Lease' kepada syarikat Kuhara Mining Ltd. Dengan keluasan 1080 ekar. 1930 - Pengurus lombong pertama R . Kunada memulakan tugas dalam bulan April. Jalan kereta api Dungun-Bukit Besi dapat disiapkan di stesen Che Lijah. Beberapa tahun kemudian, berlaku pemberhentian pekerja kerana kurang permintaan. 1934 - Keadaan pulih semula dan permintaan semakin bertambah. Pekrja yang diberhentikan diambil semula dan pekerja baru ditambah. 1935 - Jumlah penduduk di Bukit Besi meningkat sehingga 6,000 orang (termasuk 3,000 pekerja). 1936 - sebuah terowong di Bukit Tebuk dapat disiapkan. Tempat memunggah bijih dipindahkan dari Che Lijah ke Nibong. 1938 - Pekerja Cina berhenti kerja beramai-ramai kerana wujudnya sentimen anti-Jepun akibat dari peperangan yang berlaku antara Jepun dan China, mengakibatkan syarikat perlombongan hampir lumpuh. Pekerja baru terpaksa dicari, kebanyakannya diambil terus dari India. 1945 - Berakhirnya perusahaan perlombongan bijih besi oleh NMC pada akhir tahun 1945. 1946-1948 - Tiada aktiviti perlombongan kerana tiada permintaan dan darurat. 1948 - Kerajaan British memutuskan untuk menjual harta lombong Bukit Besi kepada Eastern Mining and Metal Berhad (EMMCO) pada bulan Ogos. 1950 - Kegiatan perlombongan oleh EMMCO dijalankan secara besar-besaran, kesan daripada peperangan dan bertambahnya permintaan dari Jepun. 1.10.1970 - Lembaga Pengarah EMMCO membuat keputusan muktamad untuk menutup lombong bijih besi. (^_^)v Kalo ade sape2 yang berminat untuk melhat tinggalan sejarah nie.. rase2 nyer,.. ada cara untuk melawat.. berhubung la dengn Ketengah BUKIT BESI... sbb kat bukit besi ade galeri sejarah bukit besi... (^_^) xrugi kan kalo kita ambik tahu sejarah.. "Sesiapa yang melupakan sejarah pasti mengulanginya" - George Santayana update! tetiba jumpe plak... Galeri Sejarah Bukit Besi, Bandar Bukit Besi, Dungun, Tel : 09-8337217 / 219 Fax : 09-8337217 Sabtu-Khamis : 9.00pg -4.00ptg credit to BUKIT BESI BLOG, ALAMI TERENGGANU |
Ribut rosakkan kedai di R&R <b>Bukit Besi</b> | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b> Posted: 28 Aug 2012 10:41 PM PDT DUNGUN, 29 Ogos – Fenomena pusaran angin kencang selama lima minit menyebabkan lima kedai di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Besi di sini, rosak teruk dalam satu kejadian petang semalam. Pusaran angin yang berlaku pada pukul 4.30 petang itu turut menyebabkan beberapa batang pokok besar yang menjadi tempat kegemaran pengguna jalan raya berteduh, tumbang. Menurut seorang peniaga kedai runcit, Zainun Awang, 50, angin kencang itu menerbangkan khemah serta kerusi dan meja milik beberapa peniaga makanan di R&R berkenaan. "Kejadian itu amat pantas disusuli hujan lebat dan mak cik ketika itu sempat melaungkan azan selepas takut menghubungi suami di rumah kerana bimbang menggunakan telefon bimbit akan disambar petir," katanya ketika ditemui Bernama, di sini, hari ini. "Ini kejadian ribut kuat pertama yang pernah saya saksikan, malah ribut kuat yang berlaku pada 1995 pun tidak sekuat ini," katanya yang tinggal di Kampung Bukit Besi sejak kecil. Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati kesan ribut itu telah dibersihkan dan peniaga berniaga seperti biasa. |
You are subscribed to email updates from di bukit besi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan