Isnin, 10 September 2012

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


Shafie Nor: Suspek kes bunuh warga Indonesia <b>di Setiu</b> serah diri

Posted: 02 Aug 2012 12:17 AM PDT

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Suspek utama kes pembunuhan seorang rakyat Indonesia yang mayatnya ditemui dalam parit di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tapah, Setiu, Sabtu lalu, tampil menyerah diri awal pagi ini. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata suspek seorang warga Thailand menyerah diri di Balai Polis Setiu pada jam 3.30 pagi. 
"Suspek yang berusia 51 tahun itu tampil berbuat demikian hasil maklumat awam dan selepas gambarnya tersebar di akhbar dan televisyen baru-baru ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 
Katanya, polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan disebabkan perasaan cemburu selepas siasatan mendapati mangsa mempunyai hubungan dengan seorang wanita warga asing dikenali sebagai 'Mek Na'. 
Sabtu lalu, mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai Heri, 32, ditemui dalam keadaan berulat dalam parit dengan beberapa kesan tetakan di kepala, dahi, kaki dan tapak tangan. 
Suspek kini direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA

Walkabout dan Majlis Berbuka Puasa <b>di</b> IPD <b>Setiu</b> » Yayasan <b>...</b>

Posted: 25 Aug 2012 08:23 PM PDT

Pada 14 Ogos 2012, YDH SAC Dato' Hamzah Md Jamil, Timbalan Ketua Polis Terengganu telah ke Bazar Ramadhan Sungai Tarom, Setiu untuk menyempurnakan satu program ramah mesra bersama masyarakat atau 'Walkabout' Polis Terengganu. Beliau telah diiringi oleh DSP Rohaizat Abd Ani selaku Ketua Polis Daerah Setiu serta lain-lain pegawai kanan polis.

walkabout_TKP_di_IPD_Setiumelawat_gerai

melawat_gerai_2melawat_gerai_3melawat_gerai_4

Dalam program tersebut YDH Dato' Hamzah sempat memberi nasihat kepada peniaga Bazar Ramadhan serta pengunjung yang hadir tentang langkah keselamatan di musim perayaan di samping memberi risalah pencegahan jenayah kepada mereka. Apa yang lebih menarik, Dato' Hamzah juga berkesempatan membayar Zakat Fitrah di tapak bazar tersebut.

TKP_bayar_zakatbagi_pamplet_pencegahan_jenayah

Program Polis Terengganu di Daerah Setiu diteruskan lagi pada sebelah malamnya dengan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Daerah Setiu yang didakan di Dewan IPD Setiu. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Y.Bhg Datin Azaha binti Mohd Amin, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Terengganu.

bagi_sumbanganbagi_sumbangan_2bagi_sumbangan_3

penyampaian_sumbanganpenyampaian_sumbangan_2

Antara pengisian dalam majlis tersebut termasuklah Penyampaian Sumbangan kepada Pelajar Cemerlang dan Orang Kelainan Upaya, Sumbangan Duit Raya kepada pelajar-pelajar Ma'had Tahfiz, sumbangan kepada petugas-petugas surau dan juga pertunjukan pentomen. Kemuncak majlis adalah Solat Tarawih berjemaah di Surau Ar-Raudah IPD Setiu dan moreh.

persembahansolat_terawihmoreh 

Coretan Mujahid: PGU 5 <b>Di</b> DUN Jabi, <b>Setiu</b> 5 & 6 Okt 12

Posted: 21 Aug 2012 06:31 PM PDT

Petikan : Buletin Online

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/perantau3.jpgKUALA TERENGGANU – Gelombang kebangkitan rakyat khususnya kesedaran anak-anak muda akan terus kekal bersama PAS sehingga tarikh pilihanraya umum ke-13 yang akan datang.

Mengekalkan gelombang tersebut, PAS akan meneruskan program berprestij Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (PGU) kali ke lima (PGU05) di kawasan dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi Kawasan Parlimen Setiu.

Ketua Dewan Pemuda PAS selaku Pengarah PGU05, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ia akan diadakan selama dua hari pada 5 dan 6 hb Oktober depan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/perantau2.jpg"Saya mahu mengumkan, InsyaAllah pada bulan Oktober nanti, kita akan mengadakan himpunan besar-besar gabungan pemuda dan muslimat,

"Di waktu yang sama kemuncaknya adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Terengganu Siri yang ke lima, PAS Ganti Umno (PGU),"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Sempena Eidul Fitri berama anak-anak Terengganu di perantauan yang diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu dekat sini pada malam 2 Syawal Isnin, 21 Ogos.

Menurutnya, pengekalan kesedaran politik yang tinggi di kalangan anak-anak muda pada masakini akan dapat menumbangkan kerajaan Umno dan barisan Nasional yang dibina dengan rasuah dan peyalahgunaan kuasa.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/perantau1.jpg"Saya melihat suasana (kebangkitan) anak-anak muda yang hebat dengan kesedaran politik yang tinggi akan dapat menumbangkan kerajaan (Umno-BN) yag dibina dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, pembaziran dan segala keruntuhan seluruh aspek,

"InsyaaLlah (akan) tumbang dalam pilihanraya ke -13 (dan) kita bina kerajaan baru yang telus, tulus dan bersih,"tegasnya.

Turut berucap dalam program tahunan PAS Terengganu itu adalah Presiden PAS dato' Seri Tuan guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Pesuruhjaya Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ketua Dewan Muslimat Puan Safinah Jusoh dan Ketua Dewan Ulamak Dato' Ustaz Husin Awang.

Turut hadir selain seluruh pimpinan PAS Terengganu adalah Setiausaha Agong Dato' Mustafa Ali, AJK PAS Pusat Dato' Ustaz Abu Bakar Chik dan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Dato' Wan Mutalib Embong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads