Sabtu, 4 Februari 2012

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Najib Turun Padang.....Hadi Akan Tewas <b>Di Marang</b>!!

Posted: 03 Feb 2012 12:08 AM PST

MENGEJUTKAN?  Ya, itulah maklum balas yang baru penulis terima dari rakan-rakan penulis yang 'meninjau' program lawatan sehari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Marang, Terengganu sebentar tadi.
Penulis dimaklumkan, daripada beberapa siri bertemu rakyat yang dibuat oleh Perdana Menteri setakat ini, jumlah kehadiran rakyat di Marang ini adalah yang tertinggi sekali - dilihat dari lautan manusia yang hadir ke majlis tersebut.
Menurut Bernama, ketibaan Najib di lapangan terbang sahaja disambut lebih 1,000 orang yang menunggu sejak dari pagi.
Walaupun penulis sedar, jumlah kehadiran dalam acara-acara sebegini bukanlah petanda sebenar sokongan rakyat tapi dalam hal di Marang ini, penulis dikhabarkan ia adalah manifestasi sebenar sokongan rakyat kepada Najib dan Barisan Nasional (BN).
Kenyataan ini adalah sama sekali berlawanan dengan tanggapan kita selama ini bahawa Marang adalah kawasan selamat untuk PAS dan Haji Hadi sendiri.

Kebetulan pula, Haji Hadi baru sahaja beberapa hari lepas memberikan gambaran tidak akan bertanding mempertahankan kawasan Parlimen Marang dalam pilihanraya akan datang, hanya akan bertanding di DUN Rhu Rendang kalau benar-benar diperlukan parti.
Adakah Haji Hadi sudah dapat membaca penolakan rakyat terhadapnya sehingga membuat keputusan demikian?
Pada pendapat penulis, kalau pun benar Haji Hadi akan tewas di Marang, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.  Pada yang tidak tahu, Haji Hadi pernah tewas 2 kali di Parlimen Marang iaitu dalam pilihanraya umum 1986 dan pilihanraya umum 2004.  Pada 1990 pula, beliau merampas kawasan tersebut dengan majoriti tipis,  350 undi sahaja.
Dalam kedua-dua kekalahan itu, beliau tewas kepada orang yang sama, Dato' Haji Abdul Rahman Bakar, bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia yang kini dilantik sebagai Senator.
Tapi daripada analisa yang pernah dijalankan, 2 kekalahan tersebut banyak disumbangkan oleh faktor politik semasa, bukan sangat ada kena mengena dengan prestasi Haji Hadi sebagai Ahli Parlimen.
Pada 1986, BN memperolehi momentum kuat apabila Gerakan (asal pembangkang yang menguasai Pulau Pinang) menyertai BN, manakala pada 2004 pula disebabkan oleh faktor peralihan pucuk kepimpinan negara dari tangan Tun Mahathir kepada Tun Abdullah.
Berbeza dengan kali ini, penulis dimaklumkan bahawa peluang Haji Hadi untuk mengekalkan kerusi Marang agak sukar kerana beliau dikatakan kurang memberikan khidmat kepada rakyat di kawasan ini akibat kesibukan tugas sebagai Presiden PAS, terutama sejak PAS menganggotai Pakatan Rakyat.
Haji Hadi  dikatakan menghabiskan banyak masa di Kuala Lumpur membantu gerak kerja Pakatan Rakyat, antaranya perhimpunan Bersih dan sebagainya.  Pegawai yang ditugaskan pula gagal berfungsi dengan baik akibat dari kengkangan kewangan yang terhad.
Ini adalah antara beberapa maklumat yang penulis terima.  Sejauh mana ianya benar, hanya masa yang akan menentukan.
Yang penting belum terlambat untuk Haji Hadi dan pasukannya meneliti perkembangan semasa ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Terengganu adalah antara beberapa negeri yang menjadi sasaran Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang disamping mengekalkan penguasaan di negeri-negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.
Full content generated by
Get Full RSS.

UMNO Online - Kubu Pas <b>Di Marang</b> Mampu Diruntuhkan, 15000 <b>...</b>

Posted: 04 Jan 2012 01:35 AM PST

Kategori Dari Bahagian

Kubu Pas Di Marang Mampu Diruntuhkan, 15,000 Pengundi Baru Jadi Penentu

Oleh: Azlina Rosdy

MARANG, 4 Jan – Menyedari Pilihan Raya Umum (PRU) 13 semakin hampir, gerak kerja jentera pilihan raya mula diperkuatkan di seluruh bahagian UMNO. Agenda setiap bahagian adalah sama iaitu memastikan UMNO khususnya Barisan Nasional (BN) terus kekal menjadi parti pilihan rakyat selain mengembalikan mandat kuasa dua pertiga.

Tidak ketinggalan adalah UMNO Bahagian Marang yang mana merupakan di antara kubu kuat Pas memandangkan ianya adalah kawasan Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Namun, menurut Ketua UMNO Bahagian Marang, Datuk Yahaya Khatib, sekiranya dinilai melalui mood di peringkat akar umbi masa kini, masyarakat di parlimen Marang seakan sudah mengubah haluan politik mereka.

Masyarakat kawasan ini kata beliau seakan sudah dapat melihat dengan lebih jelas retorik pembangkang yang hanya gilakan kuasa tanpa mempedulikan nasib rakyat.

Katanya, walaupun tidak mampu untuk mengubah pandangan penyokong 'totok' Pas, namun masih ramai masyarakat di Parlimen Marang yang telah kembali menyokong kerajaan.

Justeru tambah beliau  jentera parti di Marang menumpukan kepada pengundi atas pagar dan juga pengundi baru.

"Bahagian Marang merupakan di antara bahagian tertinggi menambah bilangan pengundi baru. Jumlah keseluruhan pengundi baru kini lebih kurang 15 ribu orang dan ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat sudah kembali menyokong kita.

"Sikap terdesak pembangkang yang terus- terusan menyerang dan menfitnah kerajaan telah menjerat diri mereka sendiri. Mungkin mereka masih merasakan masyarakat masih boleh dipergunakan seperti dahulu di kala tsunami politik melanda dunia politik kita. Sebab itu mereka cuba menggunakan taktik yang sama seperti pilihanraya umum lalu.

"Kita telah belajar dari kesilapan dan inilah yang membuka mata rakyat ditambah pula dengan cara kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mesra rakyat. Saya yakin, kita akan kembali bertakhta di hati rakyat," ujarnya.

Dengan mensasarkan merampas kembali dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditakluki pembangkang dan kerusi Parlimen, Yahaya yakin sepenuhnya gerak kerja yang telah diatur dan direalisasikan dengan baik dapat membantu mencapai impian tersebut.

Keyakinan tersebut di perkukuhkan lagi apabila ceramah pembangkang di Parlimen Marang tidak lagi mendapat sambutan walaupun dengan kehadiran Mat Sabu.

"Saya cuma berharap, rakyat akan terus memberikan sokongan kepada kita dan jangan mudah terpengaruh dengan omongan pembangkang. Lihatlah sekeliling apa yang telah kerajaan lakukan demi masa depan rakyat dan negara. Oleh itu, janganlah berbelah bagi dalam memberikan sokongan padu kepada UMNO dan BN," katanya. -MediaUMNO

Lagi Berita Berkaitan :

Berita Bertarikh 4 January 2012 Pada 5:35 PM

Full content generated by Get Full RSS.

Hanif Bin Idrus Blog: Hantu Mak Limah <b>Di Marang</b>

Posted: 25 Dec 2011 03:09 PM PST



Berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik, rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetus fenomena dalam dunia perfileman negara.

Kak Limah muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.


Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.

Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.

Hantu Kak Limah minta tolong

Menurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.

"Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.

"Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong," katanya.



Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.

Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.
Diganggu selepas bawa balik papan

"Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu gangguan lembaga misteri itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan," katanya.

Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut me-nunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, kata Mohd Syawal, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu tetapi sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat tidur serta asyik menangis.

"Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini," katanya.
Imam nasihat buat solat Hajat

Sementara itu, Sinar Harian turut menemui beberapa penduduk berdekatan kawasan itu namun rata-rata memberitahu kelibat wanita misteri itu tidak pernah menggangu mereka.

Manakala, imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan agar keluarga itu mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun bagi mengelak diganggu selain mengadakan solat Hajat bersama penduduk setempat.

Berikutan itu, kesemua keluarga terbabit berharap ada pihak yang dapat membantu mereka menangkap atau mengusir lembaga menyerupai wanita itu kerana mereka tidak tahu cara menangani gangguan tersebut.


Keluarga ini boleh dihubungi menerusi talian 014-8120040 (Mohd Syawal) dan 013-9488025.

Full content generated by
Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads