13 di ketengah jaya - Google Blog Search |
- Ular gergasi baham 4 ayam
- Pemuda Pas Cawangan <b>Ketengah jaya</b> | BLOG - BLOG PARTI PAS
- Blog Felda: felda kerteh - Google Blog Search
Posted: 21 Jan 2012 09:21 PM PST FELDA KERTEH 5 – Bunyi riuh kokokan ayam di belakang rumah seorang penduduk di Felda Kerteh 2 membongkar penemuan mengejutkan apabila seekor ular sawa batik gergasi sepanjang 6.2 meter dan seberat 75 kilogram ditemui dalam reban ayam, Selasa lalu. Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Bandar Ketengah Jaya, Ramli Mat berkata, bertindak daripada laporan penduduk, beliau yang mengetuai pasukan bersama lima lagi anggota segera bergegas ke lokasi kejadian sebelum berjaya menangkap ular berkenaan sekali gus menjadi ular paling besar yang pernah ditangkap pasukannya setakat ini. Menurutnya, keadaan reptilia itu yang sangat agresif pada awalnya menyukarkan pihaknya untuk menjerat ular sawa terbabit. Bagaimanapun, selepas berhempas pulas dan menggunakan perangkap ular akhirnya ia tewas 10 minit kemudian. "Kami menerima panggilan kira-kira jam 9.50 malam dan sampai di tempat kejadian 10 minit kemudian. Setelah reban diperiksa, kami lihat seekor ular sawa sedang melingkar. Turut ditemui dalam reban itu ialah empat ekor ayam yang telah mati. "Ayam yang masih hidup sudah bertempiaran lari. Dengan keadaan fizikal ular sawa itu yang sangat besar, agak sulit untuk kami menangkapnya apatah lagi reptilia itu masih bertenaga dan agresif," katanya kepada Sinar Harian. Ramli berkata, dia dan lima lagi anggota mengerah tenaga dan menggunakan kemahiran yang ada untuk memerangkap ular tersebut dan usaha itu berhasil. Pun begitu, sesudah berjaya ditangkap ular itu tidak dapat dimasukkan ke dalam guni kerana saiznya yang besar menyebabkan Pasukan Bomba Sukarela Bandar Ketengah Jaya terpaksa meletakkannya di tempat letak barang di belakang kenderaan mereka. "Kemudian badan ular tersebut ditindih dengan hos pemadaman kebakaran dan hanya kepalanya sahaja tidak ditindih bagi mengelakkan ia bergerak dan lari," katanya. Ular berkenaan yang ukuran lilit badannya 0.6 meter dibawa ke markas operasi Pasukan Bomba Sukarela Bandar Ketengah Jaya di Felda Kerteh 5 sebelum diserahkan kepada pihak Mini Zoo Kemaman beberapa jam kemudian. sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/...4-ayam-1.19506 Full content generated by Get Full RSS. | |
Pemuda Pas Cawangan <b>Ketengah jaya</b> | BLOG - BLOG PARTI PAS Posted: 09 Dec 2011 01:04 PM PST
| |
Blog Felda: felda kerteh - Google Blog Search Posted: 28 Nov 2011 07:56 AM PST Gugusan Felda Kerteh terletak di dalam kawasan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah). Kawasan tersebut meluputi kepentingan bertindih tiga pihak iaitu Felda, Ketengah dan Kerajaan negeri. Oleh itu, kawasan tersebut sepatutnya mendapat lebih banyak keistimewaan. Tetapi malang apabila penduduk di kawasan tersebut terus terabai, terutamanya untuk kepentingan hidup masa depan generasi kedua. Tidak banya peluang pekerjaan dan peluang untuk memajukan kehidupan orang muda dibawa pihak Felda, Ketengah atau kerajaan negeri. Ketengah adalah sebuah badan berkanun yg ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 1973. Mula didiami pd tahun 1980/81. Hari ini, usia Ketengah telah hampir 40 tahun kawasan ini dibangunkan oleh agensi kerajaan Pusat di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Jumlah penduduk kawasan tersebut adalah seramai 62,634 (1980 - 2007) dengan taburan seperti berikut; Keluasan kawasan keseluruhannya termasuk Tasik Kenyir adalah berjumlah 653,075 hektar. Permasalahan 1. Tahap sosio-ekonomi rakyat yg semakin merudum berikutan tutupnya kilang-kilang. Usaha kerajaan BN untuk mempelbagaikan sumber ekonomi rakyat hampir sifar dlm tahun tahun kebelakangan ini. 3. Kaedah pemilikan tanah yg tidak sempurna milik oleh Ketengah menyebabkan tanah tidak dapat dimajukan dengan baik kerana terikat dengan kerajaan negeri. Pemimpin bersikap sambil lewa terhadap pembangunan masyarakat. 4. Banyak kilang tutup, malah projek yg dibangunkan oleh anak syarikat Ketengah sendiri pun banyak yang gagal. 5. Tiada Pelabur swasta sebagai punca pendapatan penduduk. Tumpuan pembangunan kpd Wilayah Pantai. Menyebabkan Wilayah Ketengah ini tidak mempunyai asas ekonomi yg kukuh yg boleh menarik pelaburan. Tiada dalam Pelan Induk Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Tidak menjadi keutamaan dalam Draf Rancangan Tempatan Daerah Dungun. Kadar Pengangguran kawasan terbabit adalah; Bandar AMBS 7.3%, Bandar Bukit Besi 12.8%, Bandar Ketengah Jaya 9.0% 6. Migrasi penduduk keluar dari Bandar-bandar KETENGAH akan menjadikan ia bandar hantu dalam tempoh 20 tahun lagi. Melainkan satu usaha yang komprehensif dibuat sekarang. Kadar migrasi tenaga buruh keluar: 7. Akibatnya, selepas 35 tahun membangunkan bandar, hari ini Ketengah masih belum mencapai 30% pembangunan fizikalnya. Dan tidak boleh dikategorikan sebagai bandar kerana kriteria utama sebuah bandar perlu mempunyai sekurang-kurangnya 60% penglibatan penduduk dalam sektor bukan pertanian. 8. Rakyat masih duduk di rumah yg dibangunkan oleh Ketengah 30 tahun dahulu dan masih tidak mampu membayar hutang perumahan ug terus meningkat peratus bunganya dek kerana panjang pinjamannya. 9. Puncanya? Ketengah kurang memberi peluang penduduk untuk maju apabila ruang niaga yg baik tidak disediakan atau dirampas oleh Anak-anak syarikat Ketengah sendiri yg meniaga. Ketengah mempunyai lebih dari 10 anak syarikat yg bersaing dengan peniaga tempatan. 10. Puncanya juga kerana Pemimpin yg tidak prihatin masalah rakyat. Sibuk dengan masalah parti dan peribadi serta perbalahan dalaman. *** Ucapan Ustaz Hj Roslan Hj Ismail, (Gambar paling atas berbaju kuning) Pengerusi WARIS dalam perjumpaan 'Chit Chat' dengan anak-anak peneroka pada Isnin 28 November, 2011, Rumbia Resort, Paka. Komen: Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di ketengah jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan