13 di kemaman - Google Blog Search |
- Kemiskinan <b>di Kemaman</b> - Monier Mat Din
- Jalan-jalan masuk kampung Kuala <b>Kemaman</b>
- Setan Nodai Budak 3 Tahun <b>di KEMAMAN</b> | AzLaN BLOG®
Kemiskinan <b>di Kemaman</b> - Monier Mat Din Posted: 15 Jan 2012 08:00 PM PST Berbicara mengenai isu Kemiskinan di Malaysia, daerah Baling di Kedah tempat kelahiran saya secara sinonimnya sering dikait rapat dengan masalah ini. Namun, tidak ramai antara kita yang tahu bahawa melalui kajian secara ilmiah, isu kemiskinan ini bukan saja ada di Baling tapi wujud secara melata di seluruh Negara. Melalui carian di Google, saya dapati pada tahun 1960an lagi kajian mengenai isu ini sudah pun ada dilakukan oleh Prof Diraja Ungku Aziz, di mana beliau telah mengambil masa selama enam tahun utk melakukan penyelidikan tersebut, bermula di Ulu Tiram, Johor pada tahun 1963, sebelum ke Kedah, Perlis, Beserah Pahang, Kemaman Terengganu dan juga di Kelantan. Antara penemuan beliau yang agak memeranjatkan waktu itu ialah masalah kemiskinan ini telah menyebabkan berlakunya KEBULURAN di Kemaman, Terengganu. Beliau juga mendapati masyarakat di situ menangkap ikan untuk dijual dan hasil jualan tersebut digunakan untuk membeli barang keperluan terutamanya beras. Kerana itu, apabila seorang sahabat dari Pantai Timur menulis di laman facebook NGO Wargakilang, bertanyakan bilakah pula team wargakilang nak buat program amal bantu org2 miskin di Pantai Timur; ianya terus mengingatkan saya kepada kajian Pak Ungku Aziz ini. Teringin juga nak tengok, kalau pun bukan KEBULURAN tetapi masih wujudkah lagi masalah KEMISKINAN di Kemaman? Lalu, di weekend yang lalu, selepas habis ja kerja jam 6 petang, kami terus bertolak dari Kedah ke Tganu untuk membuat tinjauan bagi mencari dan mengenal pasti keluarga miskin di sana – sekiranya ada – untuk dibantu setakat yang terdaya. Kami sampai di sebuah homestay di Kuantan sekitar jam 2 pagi. Pagi-pagi besoknya, melalui seorang rakan , kami dibawa ke perkampungan Nelayan di sana. Masyaallah tak saya sangka, rupa-rupanya kenyataan Pak Ungku berkenaan isu kemiskinan di Kemaman ini bukan setakat benar tapi memang ada wujud hingga ke hari ini. Memetik kata-kata dari mulut sahabat kami, anak jati Kemaman, kerja kilang di Kemaman, dia cakap: "Saya ini orang asal Kemaman, bila NGO Wargakilang minta saya tolong survey/cari tengok keluarga miskin di Kemaman ini, bila saya pergi cari – baru saya tahu rupa-rupanya di sini memang ramai orang miskin. Saya tak tahu pun sebelum ini, kalau saya tak pergi cari ini memang saya tak tahu - sungguh!" Rata-rata keluarga Nelayan yang kami kunjungi itu bekerja di kapal orang (bukan kapal sendiri), anak-anak kecik masih bersekolah, isteri tidak bekerja. Sudah hampir 2 bulan tidak turun ke laut kerana musim Tengkujuh dan musim Ombak Besar yang melanda kawasan berkenaan sejak bulan Nov lagi. Seperti kajian Pak Ungku tadi, tanpa hasil laut, tiadalah beras di dapur. Di waktu-waktu sebegini, BERAS yang selalu kita lihat bertimbun2 di ECONSAVE/K-4/GIANT/TESCO dan sebagainya itu adalah bernilai EMAS buat mereka. Di waktu-waktu sebegini, SARDIN TIN dan MILO adalah makanan mewah dan minuman lazat buat anak-anak mereka. Di musim-musim hujan sebegini, BISKUT KERING dan KOPI-O adalah juadah istimewa untuk sekeluarga. NESCAFE dan BISKUT/COOKIES berjenama pula adalah sesuatu yang di luar mimpi mereka. Namun begitu, sedihnya ada pihak cuba menangguk di air keroh di atas kesusahan hidup yang menimpa mereka ini. Entah apa tujuan, kerana politik barangkali, ada berbagai pihak sering datang kononnya nak buat bancian nak bagi bantuan minta maklumat itu ini daripada mereka. Mungkin kerana itu agaknya, sahabat kami tadi tak pasal-pasal kena sergah waktu beliau datang buat tinjauan sebelum kedatangan kami ini. Sorang pakcik tu cakap, kalau setakat nak datang ambik nama tak payahlah, sebelum ini pun dah berpuluh dan orang yang datang tapi apa pun tak ada. Bila dengar sahabat saya bagitau macam tu , saya kata kesian kat depa, sudahlah hidup dalam kesempitan bertarung hidup menunggu musim tengkujuh yang masih berpanjangan, tiba-tiba ada pula pihak-pihak yang mempermainkan mereka begitu saja. Saya kata, tak apalah - mungkin kami orang yang ke-21 mai melawat dan tanya macam-macam minta maklumat kat depa, tapi insyaallah kami tak akan hampakan harapan mereka; saya bagi tahu sendiri kpd keluarga-keluarga ini, pada tarikh 22 Jan 2012 lebih kurang jam 11 pagi jangan pi mana-mana, insyaallah ada insan-insan yang prihatin yang akan turun mai, bawa mai bantuan kat depai, insyaallah. Seterusnya sahabat kami ini membawa kami ke beberapa buah lagi kawasan perkampungan Nelayan di Kemaman; tidak kami sangka di celah-celah kemiskinan yang menghimpit kaum Nelayan ini ada juga ramai golongan Ibu Tunggal yang memerlukan bantuan. Rata-rata yang kami kunjungi, walau pun mendapat sedikit bantuan daripada JKM tetapi tidak cukup untuk menampung hidup terutamanya perbelanjaan anak-anak kecik yang masih bersekolah. Salah seorang yang kami ziarah ialah Puan Zalipah Bt Seman, 37 tahun, seorang Ibu Tunggal yang membesarkan 7 orang anaknya dengan hasil menjahit. (Pn Zalipah bersama anak-anaknya: Zulaikha, Nurul Huda, Mohd Amin, Aishah, Atikah, Mohd Ikhwan dan Najwa) Bayangkan TUJUH orang anak, yang sulung tingkatan 4 dan yang bongsu berusia 3 tahun; bulan December hasil menjahit cuma dapat RM500 belum ditolak modal, dan bulan sebelum itu RM350 juga belum tolak modal. Bagaimanakah agaknya 8 beranak ini boleh survive dengan pendapatan bulanan yang jauh di bawah paras kemiskinan tegar ini? Mungkin kerana itu, dua orang anak pompuannya yang di tingkatan 4 dan tingkatan 2 tidak ada pilihan, tetapi terpaksa mengorbankan masa mengulangkaji pelajaran untuk membantu ibunya menjual Burger di hadapan rumah. Menurut Puan Zalipah, hasil jualan burger yang tak seberapa itu (berapa ramai sangatkan org Kemaman yang makan Burger) sedikit sebanyak dapatlah membantu menampung perbelanjaan sekolah anak-anaknya. Secara jujur , dalam banyak-banyak rumah dan keluarga yang kami kunjungi itu, di rumah Puan Zalipah inilah air mata saya hampir gugur. Tersentuh sungguh apabila melihat ketujuh-tujuh orang anaknya ini begitu tertib dan bersopan sekali, tidak nampak sangat wajah duka dan gelisah di wajah mereka; seakan dan seolahnya mereka sudah pun berjaya ditarbiah oleh si Ibu untuk menerima suratan takdir hidup mereka seadanya. Dalam perjalanan keluar dari kawasan rumah mereka, anak-anak kecil ini melambai-lambai kami hingga hilang kami dari pandangan mata; sayu sungguh seolah-olah menanti janji kami untuk datang ke sana lagi pada tarikh yang dijanjikan. Insyaallah kami tak akan hampakan harapan mereka ini. Tanpa saya sedari, keinginan saya untuk melihat apakah masih valid kajian Pak Ungku Aziz berkenaan isu kemiskinan di Kemaman ini, rupa-rupanya menemukan kami dengan kisah yang lebih tragis daripada itu; kisah ketabahan keluarga nelayan mengharungi musim tengkujuh yang berpanjangan dan juga kisah keperitan hidup beberapa orang Ibu Tunggal membesarkan anak-anak kecil mereka seorang diri. Lantas isu utamanya di sini bukan lagi berkisar wujud ka tak wujud masalah kemiskinan di bumi Kemaman, tetapi persoalannya sekarang, sebagai anggota masyarakat apa yang kita semua mampu lakukan untuk mengurangkan bebanan mereka ini? Kerana itu, kami di NGO Wargakilang dengan kerjasama beberapa orang sahabat bekas pelajar lama SMC (Sek Men Chukai, Kemaman) telah memutuskan dengan seberapa kederat yang kami ada, insyaallah pada hari Ahad 22 Jan ini kami akan melawat mereka lagi untuk memberi sumbangan. Ada sahabat tanya: "Monier, berapa target sumbangan barangan untuk setiap keluarga?". Saya reply balik, saya kata: "Berapa pun tak pa, beras sekampit pun ok kalau itu yang kita mampu sedia". Meringkaskan cerita, semua sekali ada 25 keluarga miskin/ibu tunggal yang akan dikunjungi nanti; kepada rakan-rakan pekerja kilang di Pantai Timur dan juga mereka-mereka yang ingin turut serta, bolehlah bawa sumbangan barangan masing2, bawa sendiri bagi sendiri, berkumpul di tempat letak kereta Masjid Geliga, Chukai Kemaman pada jam 9 pagi 22/1/2012 nanti. Moga kerja buat kita yang tak seberapa ini akan dikira sebagai usaha amal yang berkekalan dan diberi pahala ganjaran yang berlipat kali ganda di SANA nanti, insyaallah. moniermatdin@yahoo.com |
Jalan-jalan masuk kampung Kuala <b>Kemaman</b> Posted: 26 Jan 2012 01:52 AM PST Alhamdulillah, expedisi amal JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) NGO Wargakilang di Pantai Timur selamat berjalan lancar pada hari sebelum cuti Raya Cina 22 Jan 2012. Kesemua sekali ada 25 keluarga yg kami kunjungi. Terima kasih diucapkan kepada mereka ini yang rata-ratanya tidak kami kenali, yg turut serta setelah membaca artikel mengenai kemiskinan di Kemaman yg tersiar di berbagai website, mailing list, blog dan juga facebook. Terima kasih diucapkan kpd para admin/webmaster yg berkenaan, insyaallah tempias pahala daripada kerja amal ini sampai jua kepada kalian semua. Terima kasih juga kpd kawan-kawan dari Utara dan juga KL yg turun membawa brg2 sumbangan masing-masing, dan jutaan terima kasih kpd rakan-rakan dari Pantai Timur khususnya bekas pelajar lama SMC (Sek Men Chukai) dan juga SIS (Sek Men Sultan Ismail) di atas kerjasama yg diberikan. Bro ini bersama isteri dan anak2nya tinggal di rumah atas air. Ikut katanya, beliau adalah NELAYAN TULEN, dibesar dan dilahirkan di sini, Nelayan sedari kecil. Tanpa tanah dan tanpa rumah sendiri, hanya menumpang rumah pelantar ini dengan ehsan Tauke Cina. Apabila melihat sahabat ini, saya teringatkan Prof Ungku Aziz – waktu Pak Ungku datang buat survey mengenai kemiskinan di Kemaman tahun 1960an dulu, saya rasa brother ini tak ada lagi. Makna kata, beliau adalah generasi terkemudian kpd generasi yg pernah dibuat kajian oleh Pak Ungku dulu; sama sahaja seperti hasil kajian Pak Ungku itu, sehingga ke hari ini makan minum mereka sehari2 terus bergantung kpd laut. Kadang-kadang ada kadang-kadang tiada. Bila saya tanya apa jadi bila tiada, dia cakap terpaksalah pinjam kat SAING-SAING (bahasa Tganu: kwn2), bila ada hasil nanti bayar semula. Begitulah kehidupan mereka, terus-terusan hidup dalam orbit kemiskinan yang terus berputar segar di bumi Kemaman yg bertuah ini. Teringat saya kpd kata-kata Nik Mardihah (pelajar terbaik SPM 2008) dlm radio IKIM malam tadi, satu-satu cara untuk keluar dari orbit ini ialah melalui PENDIDIKAN. Kami merasakan kata-kata adik Nik Mardihah itu ada benarnya juga; jika tidak dilemma kemiskinan ini akan terus menghantui generasi yg akan datang seperti dalam gambar di bawah ini. Pakcik Tua ini sudah rabun matanya, tidak mampu lagi turun ke laut. Anaknya pula, kerana kemiskinan hanya mampu belajar setakat darjah-6, kalau bersekolah sepatutnya sekarang sudah di form 4 atau pun form 5. Tanpa pendidikan yg sempurna, anaknya ini akan terus hanyut berada di orbit kemiskinan yg sama untuk sekurang-kurangnya satu lagi generasi yg mendatang. Ini pula adalah wajah keluarga Nelayan yang dalam tulisan saya sebelum ini (Kemiskinan di Kemaman) ada saya ceritakan kisah sahabat kami disergah bila datang buat survey, Abang dlm gambar inilah yang cakap kat dia kata kalau setakat nak datang survey tak payahlah, sebelum ini pun sudah berpuluh orang datang survey minta maklumat macam-macam tapi apa pun tak ada. Alhamdulillah, kami memang betul datang dan tidak memberikan harapan kosong buat mereka. Moga sedikit sumbangan barang-barang keperluan harian ini mampu membantu mereka menempuh saki baki hari yg ada sementara musim tengkujuh akan reda. Kakak ini rumahnya betul2 mengadap laut, singgah sebentar di pelantar rumahnya ini bagaikan tak ingin nak pulang. Belaian angin laut memang tangkap syahdu habis. Kalau buat resort, harga untuk bermalam di lokasi yg sebegini mau mencecah RM250 semalam, tapi untuk keluarga ini, hidup mereka derita sekali. Dengan suami yg tak mampu kerja kerana prolong illness (sakit lelah berpanjangan) dan anak2 yg bersekolah yg perlu disara, apalah sangat yg mampu dilakukan oleh kakak ini, yang pendapatan hariannya cuma mengambil upah membakar kuih bahulu – RM13 sehari. Itu pun kalau ada bahulu yg perlu dibakar, kalau stok masih banyak (bahulu kurang laku) maka tak adalah kerja dan tak ada upahlah untuk hari itu. Kalau putus bekalan terpaksalah pinjam dari kawan-kawan. Peritnya hidup mereka. Sebetulnya, saya tak tau nak tulih apa dah mengenai expedisi amal kali ini, sebab jari jemari saya seolah-olah sudah jadi kaku; saya sungguh terkedu bila melihat suasana kemiskinan yg agak parah di sini. Bila ada sahabat sms/call, saya tak tau nak kata apa, saya jawab: "Aku dah masuk merata kampung dah, merata negeri dah pi bantu org miskin ini, hari itu muka aku pun ada keluar BERSAMAmu bawa krew TV3 pi rumah org miskin kat Kedah, tapi di Kemaman ini kemiskinannya lain sikit, aku rasa miskin depa ni memang betul-betul melayakkan depa untuk dapat beras FIDYAH" Seperti yg saya tulis sebelum ini, bagi kebanyakan keluarga ini, BERAS adalah bernilai EMAS buat mereka. Apa tidaknya, ada sorang kakak itu (Ibu Tunggal) bila dapat sumbangan beberapa kampit beras 10kg yg kami bawa itu, terus dia cakap: "ALHAMDULILLAH, HARI INI DAPAT LAH MAKAN NASI!!"
Dia juga cerita, tahun ini rasa lega sikit sebab anak bongsu dia dah mencecah usia 4 tahun, sudah boleh dihantar ke TADIKA – bukan dgn tujuan nak belajar sangat, tapi beberapa jam tatkala anaknya di TADIKA itu mampu memberi sedikit ruang untuk beliau keluar jauh sikit untuk mencari seringgit dua untuk makan minum anak-anaknya, kerana sebelum ini agak terhad disebabkan beliau terpaksa menjaga anak bongsunya ini. Begitulah peritnya beliau mencari rezeki. Expedisi amal kami ini secara rasminya berakhir lebih kurang jam 2 petang. Lebih kurang jam 4, sorang sahabat rasa tak puas hati dan ajak saya kembali ke rumah kakak ini; dia rasa tersentuh sangat dgn nasib keluarga ini dan bagi sumbangan tambahan. Petang itu kami ke rumah ini lagi; waktu tu jiran-jiran sekeliling penuh mengerumuni rumah beliau, depa pun terkejut tak pernah tengok gamaknya org pi bagi sumbangan barangan makanan berlonggok banyak macam tu sekali – jadi macam kedai runcitlah pulak. Bila saya habag kat kakak ini kata kami nak bagi sumbangan tambahan, dia lagi terkejut, dia kata tak payahlah tak payahlah – yang dok ada ini pun dah banyak sangat dah. Terus saya tanya dia, saya kata dah banyak kali dah kami masuk bagi bantuan ke kampung-kampung tapi belum pernah terjadi ada orang minta saya pi bagi bantuan ke rumah yg sama untuk kali ke-2 pada hari yg sama, saya kata ini mesti ada benda yg kakak minta dan berdoa kat Tuhan, dan di atas berkat DOA dan SABAR kakak tu, hari ini Tuhan makbulkan.
"Hmm,nok ghoyyat pun malu (nak cakap pun segan), memang betul pun, dalam seminggu ini, 3 empat hari kebelakangan ini boleh dikatakan tiap-tiap malam saya menangis mengadu nasib kat Tuhan" Kerana itu barangkali beliau terus jadi tergamam, terkedu dan rasa sebak terharu; mungkin dia sendiri tak sangka di atas tangisan ikhlas beliau itu, hari ini entah dari mana-mana tanpa angin tanpa ribut tiba-tiba berbungkus-bungkus brg-brg makanan dan bertimbun-timbun beras "jatuh mai dari langit" berlonggok kat pelantar rumah dia tu. Bila beliau dok ulang sebut terima kasih terima kasih yg tak terhingga itu, saya kata kat dia: "Kak, ini menunjukkan satu benda ja – ini membuktikan bahawa TUHAN itu ADA!!" Sekian, moga sedikit catatan kisah-kisah JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) kami ini ada faedah dan mampu menjadi iktibar untuk kita semua. Ada masa, jomlah join kami di expedisi JJMK yang akan datang. This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it |
Setan Nodai Budak 3 Tahun <b>di KEMAMAN</b> | AzLaN BLOG® Posted: 15 Jan 2012 07:08 PM PST CHUKAI: Seorang lelaki bernafsu syaitan apabila tergamak merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang juga anak rakan baik isterinya ketika mangsa ditinggalkan di rumahnya di Kampung Gong Pauh, di sini, kelmarin, Perbuatan lelaki berhati binatang itu terbongkar selepas ibu kandung kanak-kanak terbabit mendapati terdapat lendir pada lampin pakai buang dan melekit pada paha hingga ke paras lutut mangsa jam 12.30 tengah malam. Bagi memastikan sama ada lendir itu adalah air mani atau sebaliknya, wanita itu yang juga ibu tunggal berusia 29 tahun, membuat laporan polis pada jam 3.34 pagi sebelum kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan pada jam 4 pagi. Ketika di hospital, ibu mangsa mengesyaki anaknya dirogol, bertanyakan perkara itu kepada kanak-kanak terbabit dan terkejut apabila anaknya mendakwa suspek yang melakukan sesuatu tidak senonoh terhadapnya. Labels: berita, budak 3 tahun, chukai, hati binatang, kemaman, perogol Full content generated by Get Full RSS.Sumber berkata, lebih mengejutkan pemeriksaan hospital mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa dan berikutan itu, siasatan berhubung kejadian itu kini dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol. |
You are subscribed to email updates from di kemaman - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan