Ahad, 5 Februari 2012

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: Imtiaz Kemaman Siap 2013 Tampung <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2012 07:22 PM PST

Kompleks Sekolah Menengah Imtiaz (SMI) Kemaman yang mula dibina dengan kos RM60 juta awal bulan lalu di Kijal, dekat sini bakal siap hujung 2013 dan mampu menampung 1,000 orang pelajar.

Pengarah Yayasan Terengganu, Zakaria Yusof berkata, penubuhan kompleks cawangan kelima sekolah berasrama penuh itu bagi menampung permohonan kemasukan yang meningkat saban tahun termasuk dari luar Terengganu serta Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, tahun ini, SMI menerima hampir 2,000 permohonan termasuk 600 dari luar Terengganu bagi mengisi 480 tempat tingkatan satu di lima cawangan iaitu SMI Besut, SMI Kuala Terengganu, SMI Dungun dan SMI Kuala Berang di Hulu Terengganu.

"Satu lagi cawangan iaitu Imtiaz Kemaman telah beroperasi selama dua tahun di bangunan sementara di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun yang menempatkan 200 orang pelajar tingkatan satu dan dua.

"Apabila siap, dua lagi sekolah yang sama akan dibina di Setiu dan Marang bagi menjadikan setiap daerah mempunyai sekolah elit berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di Pusat Latihan Antarabangsa, Kolej Universiti Tati, Teluk Kalong, di Kemaman, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian Anugerah Emas Pelajar Cemerlang UPSR kepada 63 pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Menurut Zakaria, Yayasan Terengganu dalam perancangan untuk menaik taraf cawangan pertama sekolah itu di Kampung Raja, Besut menjadi Sekolah Menengah Imtiaz Antarabangsa selaras dengan hasrat Kerajaan negeri untuk menjadikan Terengganu sebagai 'Negeri Anjung Ilmu'.

Dalam majlis yang sama, Menteri Besar turut menyampaikan bantuan kebajikan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM172,000 kepada 700 penerima yang melibatkan orang kurang upaya, kanak-kanak cacat, warga emas dan golongan miskin.

Pengarah Kebajikan Masyarakat negeri, Zuhaimi Omar yang turut hadir pada majlis itu memberitahu, tahun ini JKM memperuntukkan RM45 juta untuk diagihkan kepada golongan berkenaan setiap bulan.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads