Khamis, 15 September 2011

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


PMINT bina 13000 rumah untuk rakyat <b>Terengganu</b> - Utusan Online

Posted: 12 Sep 2011 02:35 AM PDT

PMINT bina 13,000 rumah untuk rakyat Terengganu

PMINT bina 13,000 rumah untuk rakyat Terengganu

12/09/2011 2:46pm

KUALA TERENGGANU 12 Sept. – Kerajaan negeri Terengganu melalui Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) merancang untuk membina 13,000 unit rumah pelbagai kategori menjelang tahun 2013 melibatkan kos RM800 juta.

Pengurus Besar PMINT Datuk Osman Muda berkata sejak PMINT dilantik menyelia projek perumahan kos rendah dan mampu milik di negeri itu pada 2009, ia telah menyelaras sebanyak 17 projek di seluruh negeri itu.

"Sehingga Disember tahun lepas, rumah-rumah yang kita bina di seluruh daerah itu merangkumi rumah mampu milik dan perumahan rumah awam kos rendah (RAKR) melibatkan 5,473 unit dengan kos keseluruhan RM458,420,309.

"Kita cuma sempat menyiapkan 133 unit RAKR untuk daerah Setiu saja sehingga ini manakala bagi daerah-daerah lain ia dijangka siap akhir tahun ini atau awal tahun hadapan," katanya kepada pemberita pada majlis Hari Raya PMINT di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Osman berkata, pecahan rumah-rumah yang sedang dibina itu ialah 1,846 unit di daerah Kuala Terengganu, Kemaman (1,471 unit), Besut (144 unit), Setiu (133 unit sudah siap), Marang (383 unit), Dungun (890 unit) dan Hulu Terengganu (626 unit).

Katanya sebanyak 16 projek perumahan lagi melibatkan 1,800 unit sedang dalam perancangan di seluruh negeri itu.

Beliau berkata rumah-rumah yang dibina itu mempunyai keluasan melebihi 800 kaki persegi bagi keselesaan penghuni mendiaminya.

Osman berkata, PMINT juga sedang merancang untuk membina penempatan baru di Taman Tamadun Islam (TTI) dengan membina rumah-rumah pelbagai kos bagi menghidupkan lagi suasana di situ.

Katanya, kerja-kerja penambakan tanah sedang berjalan dan pembinaan dijangka akan dimulakan tidak lama lagi. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads