13 di jabor - Google Blog Search |
Kerjaya Sebagai Jurutol | Motivasi Kerja - Bekerja Dan Beramal Posted: 27 Dec 2009 10:04 PM PST Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Sekiranya anda menuju destinasi yang melalui lebuh raya pasti anda akan bertemu dengan tol, bayar tol dan juga juru tol. Tidak kira sama ada di lebuh raya PLUS, LPT dan lebuh raya yang lain. Selalunya yang menjadi rungutan kita juga ialah jumlah tol yang banyak sering menjadi masalah kepada kita semua. Bila tiba di tol, selalunya kita akan mengambil tiket masuk tol dan juga membayarnya ketika keluar. Dan jika anda sering melalui jalan yang sama dan lorong yang sama, saya pasti anda sudah dapat membaca shift yang bertugas sebagai jurutol. Ramai beranggapan bahawa kerja sebagai jurutol nampak senang. Saya juga beranggapan begitu. Tugas harian hanyalah mengutip bayaran tol. Tetapi sebenarnya pada saya kerja sebagai jurutol memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu. Tanpa kemahiran-kemahiran ini jika anda seorang jurutol anda hanya melaksanakan tugas sebagai pengutip bayaran tol tanpa menunjukkan imej syarikat di mana anda bekerja. Bekerja sebagai jurutol memerlukan anda senyum sentiasa. Tetapi tidak ramai melakukannya. Anda melalui lebuh raya yang panjang dan kemudian mengeluarkan bayaran tol yang tinggi. Seharusnya jika anda bekerja sebagai jurutol, berikanlah penghargaan kepada pemandu-pemandu yang melalui pondok tol dengan sedikit senyuman tanda terima kasih. Tetapi kadang-kadang ada juga yang menunjukkan air muka yang masam dan marah mungkin kerana masalah peribadi dan sebagainya. Walaupun kerjaya sebagai jurutol hanya memerlukan kelayakan SPM, namun bagi saya kerjaya ini menguji sejauh mana komitmen dan kemahiran diri yang perlu ditunjukkan. Seorang jurutol yang biasa mungkin hanya mengutip tol bayaran tol setiap hari, tetapi jurutol yang cemerlang yang menyenangkan hati setiap pemandu yang lalu, bersedekah dengan senyuman, dan juga mendoakan kesejahteraan pemandu yang lalu. |
Highway Karak menyeramkan? ~ iMBobo Posted: 22 Jul 2011 11:00 PM PDT Cerita yang akan anda baca sebentar lagi tidak ada kena mengena mereka yg masih hidup ataupun yang telah meninggal duniaa... Hari rabu lepas aku ke Terengganu utk satu urusan penting yg harus dilaksanakan.. Memandu Proton Iswara manual sgt melemahkan kaki kerana sudah biasa memandu auto.. sebenarnya ini kali pertama aku memandu jauh,, tp tidak keseorangan..aku gambar hiasan Sedang asyik memandu, aku secara tiba2 sampai ke pekan karak ni, aku tak pasti sama ada pekan ini mesti dilalui oleh mereka yang ingin ke Terengganu atau tidak..dr maklumat yg aku terima, aku sudah tersilap jalan, jalan yg dilalui agak jauh...entah macam mana boleh kesana..tp semuanya ok..pekan tu ramai je org..tak tahu lah bila malam macam mana kn... Lepas je karak, aku dah lega..kemudian berhenti seketika di masjid daerah Maran utk solat jamak. Kemudian teruskan perjalanan masuk pula hway jerenggau-jabor kalau tak silap..waktu agak gelap sikit sbb dah senja.. jalan pula tak berapa elok... ok, nak pendekkan cerita, keesokkan harinya..aku jumpa member yg turut menggunakan hway jabor lewat jam 11 malam..perjalanan mereka lebih jauh kerana memandu dari melaka..kisahnya, mereka telah kemalangan di melaka. dan berlaku satu babak kejar mengejar sehingga negeri sembilan..fuh, sgt jauh..bila sampai hway jabor, rakan yg memandu terserempak dgn entiti bermuka buruk serta tiada kaki, dan berpakaian serba putih.. kaku dibuatnya..kereta mula terasa berat..bacaan al-quran tidak henti dipasang.. Ketika aku mendegar cerita dia, aku tersentak sebab aku ingatkan hway karak je...rupanya sampai jabor pun ada..memang banyak nyawa terkorban akibat kemalangan disana..syukur alhamdulillah aku selamat.. |
You are subscribed to email updates from di jabor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan