Khamis, 15 September 2011

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Flying fox <b>di Pulau Perhentian</b>

Posted: 19 Aug 2011 08:26 PM PDT


FLYING fox merupakan daya tarikan terbaharu di Pulau Perhentian.

BANYAK aktiviti riadah boleh dilakukan di Pulau Perhentian, Terengganu. Selam skuba, snorkeling, jelajah hutan, bersantai dan melihat penyu antara aktiviti yang sering dilakukan apabila berada di pantai dan pulau.

Yang pasti, apa yang dilakukan di Pulau Perhentian, juga terdapat di pulau-pulau lain seperti Tioman, Redang, Tenggol, Kapas, Mabul dan Lang Tengah.

Namun, jangan terkejut jika anda berkunjung semula ke Pulau Perhentian kerana kini terdapat satu daya tarikan terbaharu iaitu aktiviti 'flying fox'.

Tarikan terbaharu ini mungkin satu-satunya sahaja yang terdapat di situ berbanding dengan pulau-pulau lain.

Flying fox yang terdapat di penginapan D'Lagoon di Pulau Perhentian Kecil itu sering mendapat perhatian pengunjung sejak ia dipasang lebih sebulan lalu.

Apa yang menarik, pengunjung yang menginap di D'Lagoon tidak dikenakan bayaran apabila mencuba aktiviti berkenaan.

Flying fox itu yang dipasang pada ketinggian 15 meter dengan jarak 120 meter, begitu menyeronokkan kepada sesiapa sahaja yang mencubanya.

Mereka yang melakukan aktiviti flying fox berkenaan pasti berasa kagum kerana dapat merasai suasana yang berbeza.

Apa tidaknya, bermula di kawasan hutan dan berbatu, flying fox tersebut melalui kawasan pesisir pantai dengan pemandangan laut dan bukit dan seterusnya mendarat di atas pasir di tepian pantai berhadapan D'Lagoon.

Anda juga jangan terkejut, kerana cubaan kali pertama melakukan flying fox akan membawa kepada keinginan untuk mencubanya kali kedua.

Inilah antara perasaan mereka yang mencubanya setelah dapat melihat keindahan apabila 'terbang' bersama flying fox di D'Lagoon.

Bagi yang ingin mencubanya, kakitangan D'Lagoon terlebih dahulu akan memastikan tali untuk aktiviti flying fox tersebut selamat digunakan sebelum membenarkan pengunjung mencubanya.

Mungkin ada yang tertanya apakah flying fox di D'Lagoon itu selamat?

Yang pasti, pemasangan tali itu mengutamakan ciri-ciri keselamatan.

Pengusaha D'Lagoon sendiri yang merupakan bekas pegawai tentera selama 10 tahun, menggunakan pengalaman serta kemahirannya untuk memastikan flying fox itu selamat.

Malah, apabila ditanya, pengusaha D'Lagoon itu memberitahu, antara latihan yang dilalui semasa dalam pasukan tentera ialah melakukan flying fox.

Sehubungan itu, beliau menggunakan pengalaman semasa dalam tentera itu untuk mewujudkan aktiviti flying fox bagi membolehkan pengunjung merasai keunikan aktiviti berkenaan.

Tarikan terbaharu di Pulau Perhentian itu secara tidak langsung berjaya menarik kehadiran pengunjung yang mahukan kelainan apabila berada di pulau berkenaan.

Bagi mereka yang ingin mencuba flying fox selain aktiviti skuba, treking, snorkeling dan bersantai di Pulau Perhentian, boleh menghubungi pengusaha D'Lagoon di talian 012-9850678.

Laiyyinur Harir: Destinasi Cinta Chapter II ~ <b>PULAU PANGKOR</b>

Posted: 13 Sep 2011 11:15 PM PDT

Bila tgk balik entry2 utk kategori Destinasi Cinta nie, baru eja pasan yg eja x update pn lg pasal gi Pulau Pangkor, means my Love Destination Chapter II punye! so, sementara mood tgh baik nie kn, baiklah I update cpt2.ngeee~ 
Eja dgn hubby gi Pulau Pangkor awal thn ritu,punyeerrr laa dh berzaman baru nk update kn..haha...mujur laa x de expired date...lau x kem salam je laa...dh2,merapu plak ujan2 nie..hee~ skrg nie tgh ujan lebat,hujan rahmat mgkn.. =) back to da story, eja n hubby gi Pulau Pangkor pd 14 Jan until 16 Jan 2011. Standard laa tue, 3 hari 2 mlm kn..actually ktorg x plan ape2 pn, tetiba hubby ckp nk gi mkn angin coz dia nk rehat..penat katanya asik keje3 jee..then dia suruh eja search laa kt tenet about Pulau Pangkor...slalu lau kami nk bercuti,eja laa yg akan cari resort mana yg terbaik utk kami pilih..consider bout the price, comfortability, their offers & so on..eja pn x tau nape dia pilih P.Pangkor..tp sbg isteri yg taat eja ikuuttt je laa kn..*wink* search punyer search, kami jumpaa laa Teluk Dalam Resort nie...tgk website dia kami dh jatuh hati...tmbahan pula  hubby prefer chalet than hotel coz dia ckp duk kt chalet lg "feeling" bercuti than duk kt hotel.. tgk harganya pun ok,reasonable! Utk 3 hari 2 malam harganya RM480 utk 2 org. Package they offered included 2xbreaskfast,2x lunch & 2xdinner, & go-back ferry ticket; sgt ok kan??? so,kami x pyh laa kuar duit utk mkn & pengangkutan ke sana lg!  =D so, tnpa fikir panjang kami pun call pihak resort tue utk booking. Then kami gi bank & bank in kn separuh dr jumlah harga yg ditetapkan.Separuh lg byr smasa check in nanti..Then kami fax kan penyata bank tue pd pihak resort, settle! Rupanya Teluk Dalam Resort nie penah dijadikan lokasi utama dlm filem ape ntah..x ingt dh tp yg ade Fasha Sanda & Piere Andre berlakon tue..& byk lg filem2 lain...lg pn, resort nie jauh dr resort2 yg lain; lebih privacy & tenang..
Then pd 14hb tue kami bertolak dlm pukul 10.00 lebih. Kami sampai pd pukul 1.00 lebih tghari..then kami naik ferry pukul 3.00 ke pulau..sampai disana, pihak resort ambil kami di jeti then kami disambut dgn beberapa org staf yg mengucapkn selamat dtg sambil memainkn alat muzik.Kami rasa sgt dihargai. =) Kami terus check in, solat & berehat. Petang tue kami hanya berjalan2 ditepi pantai sbb kepenatan.. selepas solat maghrib & isya' kami mkn malam. Menu yg pihak resort sediakan semuanya sedaaaapppp2 & menyelerakan..sgt2 laa berpuas hati dgn servis yg disediakan.. ^^
Pagi esoknya kami memulakan aktiviti dgn berjalan2 menyusuri pantai sambil berpegangan tgn & bergurau senda..aceehhh!! cm baru kawen plak kn... tp ape salahnya kan, romantik2 dgn pasangan yg halal.. ^^  tetiba perut bergendang mintak di isi.kacau daun betul laa kan..hahaha..so, kami pun gi laa breakfast, melayan perut yg kebuluran ni! kihkihkih... menu utk mkn pg pn sedaaapp2 jgk..lama kami di dewan mkn tue sampaikan org lain dh sudah pn kami x sudah2 lg! semua mknn kami nk try! ahaaakkksss! pastu mula laa kekenyangan..then plan nk gi snorkeling & mandi laut tp rupanye klau nk snorkeling kena naik ferry coz tempat snorkeling tue jauh di balik pulau..harga utk pakej tue maaakkkk aaaiiiii,mahallll! so kami pn batalkn laa niat nk snorkeling tue...huhuhu~ frust menonggeng coz eja mmg suka sgt2 snorkeling nie! boleh dikatakan aktiviti wajib laa klau gi pulau nie! lastly kami decide utk sewa motor jee laa, jln2 keliling pulau...harga sewa motor utk 1 hari= RM 60. Kami pn mulakan xpdc kami menaiki motor dgn riangnya dgn memakai topi kura2 tue! topi zaman 80an koottt! klasik kn??? ahaakkkss! sonok sgt jln2 kt pulau tue sbb kete x byk coz mostly penduduk kt pulau nie mggunakn motor sbg kenderaan utama dorg..kami menghayati keindahan pulau pangkor sambil menghirup udara segarr..kami singgah kota belanda, batu bersurat,  & kilang membuat sotong kering. Kat sana kami beli sedikit buah tgn utk bawa balik..lama kami pusing2 pulau tue..hampir pukul 2 baru kami balik semula ke resort utk mkn tghari,  solat & berehat jap..
sedaappp kn makanan2 dia??? wahaha,tergoda u! 
Then petang tue kami sambung lg pengembaraan kami! Nk habiskan minyak motor punyer pasal kn..sbb hubby gi isi penuh..so,rugilaa klau x gunakan motor tue sepenuhnya kn?? hahaha~ Apalagi kami pn gi laa berjalan keliling pulau lg..kali nie kami bershopping sakan plak..kami beli baju, cenderahati, makanan dsb..puas berjalan kami singgah di 1 restoran melayu nie,lupa apa namanya..kami order air & makanan utk mkn kt chalet nnti.. =D then bila matahari hampir terbenam kami bergambar jap kt Pasir Bogak.. tue mesti laa aktvti wajibb kan utk kenang2ngan..hahaha~ pemandangan waktu senja sgt cantiiikkk! Subhanallah... =) dh puas bergambar kami pun kembali ke resort..lepas mandi & solat tue kami nk gi laa dinner kn tp tetiba tersalah tempat! rupanya2 kami termasuk dewan khas utk ade 1 company nie, dia wat function kt situ.maluuu nyaa!! patoottttlaaa dorg pndang pelik jee!!! wahaha, x tau nk letak mana muka nie! bila terperasan tue eja bisikkn kt hubby,then kami pun kuar laa dr dewan tue dgn muka selamba! padahal dh maluuu tahap gaban nie!! hahaha~ mmg x dpt lupa laa mase tue...
Kami pun gi laa dewan mkn yg betul..then pihak resort offer kami special menu, seafood! waahhhh,hubby laaa plg suka skali mkn seafood nie! apa lg,tenyummm sampai ke telinga laa dia! =D siap wat special servis lg, yelaa, dorg layan kami mcm VVIP..dtg hidangkan makanan..waaahhh,betul2 rasa sgt dihargai! Lama kami mkn coz trlalu menghayati kesedapan makanan tue kn..sampaikan dewan makanan tue dh nk tutup! Pelayan tue byk kali tanya dh sudah ke belum..Agaknya dorg pun penaattt tunggu ktorg..wahaha~ 

Malam tue kami hanya berehat di chalet..tgk tv then tidoooo...haha...Keesokan paginya kami gi jln2 di tepi pantai jap sambil hirup udara segar..masa tue x sesuai utk mandi sbb musim obor2 naik darat, so bleh gatal klau mandi laut! jadi kami decide utk mandi kolam resort tue jee laa lepas breakfast tue..hubby laa paling lama mandi..eja dh surrender dulu..sonok betul hubby main air..terus x nak naik..org lain dh check out kami masih sibuk mandi kolam..dasyat kan??? hahaha...lepas mandi tue kami pun berkemas2 utk pulang..kami check out dr resort tue dlm kul 2 lebih..rase sedeyyy sgt nk tinggalkan TDR nie..x puas rasanya bercuti..rase sekejap sgt... =(  TDR, I miss u!!! 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads