Khamis, 15 September 2011

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


LAWATAN BERINFORMASI KE AKADEMI BOMBA <b>WAKAF</b>

Posted: 02 Jul 2011 04:51 PM PDT


Pada 28 Jun 2011 seramai 40 orang murid yang mewakili unit beruniform sekolah bersama 5 orang guru pengiring telah mengadakan satu lawatan berinformasi ke Akademi Bomba Wakaf Tapai, Marang, Terengganu.
Kunjungan ke Akademi Bomba ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang peranan dan fungsi ahli bomba di Malaysia.Peranan bomba bukan sahaja memadamkan kebakaran tetapi bomba menyelamat dari pelbagai aspek yang meliputi kemalangan yang berlaku di atas tanah, di dasar laut dan juga di udara.
Disamping itu, pihak Akademi Bomba juga telah membuat demostrasi cara untuk memadamkan kebakaran dengan betul.Beberapa orang murid telah diberi peluang untuk mengunakan alat pemadam api dengan betul bagi memadamkan kebakaran.Lawatan ke Akademi Bomba ini telah memberikan banyak informasi kepada murid-murid.Jutaan terima kasih di ucapkan kepada pihak Akademi Bomba Wakaf Tapai, Marang diatas layanan mesra dan sudi menerima kunjungan dari SK Bukit Wan.

Ustaz Lah galas amanah &#39;PAS Ganti Umno&#39; (PGU), temui warga <b>...</b>

Posted: 22 Jul 2011 09:22 AM PDT

MARANG - Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Pengkalan Berangan, Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria (Ustaz Lah),  bertekad merealisasikan harapan pengundi dalam DUN tersebut yang mahukan PAS menggantikan Umno.

Untuk mencapai matlamat tersebut, beliau telah menggerakkan jentera lebih awal bagi memastikan kekalahan PAS sebanyak 930 undi di tangan Umno pada pilihanraya umum (PRU) ke-12 menjadi sebaliknya.

[Gambar kanan atas - Ustaz Lah (berkupiah) bersama Chai Hing (paling kanan) beramh mesra dengan seorang warga Tionghua].

"Kita gerakkan jentera menemui pengundi lebih awal, memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan sebelum ini tidak boleh kita tembusi,

"AlhamduliLlah, setakat ini ada perubahan, ada tanda-tanda positif, bagi 'PAS Ganti Umno' di Pengkalan Berangan,"katanya ketika ditemui Buletinonline ketika mengunjungi warga Tionghua di Taman Raya, Wakaf Tapai dekat sini, Khamis 21 Julai.

Menurutnya penerimaan kaum Tionghua terhadap PAS pada kali amat berbeza berbanding sebelum penubuhan Pakatan Rakyat pada akhir tahun 2008.

Belaiu berkeyakinan mendapat lebih 60% undi dari kaum Tionghua sekiranya pilihanraya diadakan dalam masa yang terdekat.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita49/ustlahwakaftapai2.jpg"Ada perubahan sikap pengundi dari kalangan kaum tionghua, kita yakin, mereka memihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat,

"sekiranya PRU ke-3 diadakan, kita yakin mendapat 60% undi dari mereka,"ujarnya, yang juga bekas Mudir Ma'ahad Darul Quran, Rusila,

[Gambar kanan bawah - Hji Alias Mohamad (Ayah We) Pengerusi Ljnah Perpaduan Nasional, bertemu 'warisnya']

Beliau mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan, khususny  Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing dan ahli-ahli DAP yang turun bersama beliau menemui pengundi Tionghua.

Turut sma dalam program ziarah rumah ke rumah itu adalah Pengerusi Lajnah Perpduan Nasional DUN Pengkalan Berangan Haji Alias Mohamad serta Ahli Jawtankuasa MTD Pengakalan Berangan, Ustaz Sulaiman dan Saudara Badaruddin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads