Khamis, 29 September 2011

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


MENJEJAKKAN KAKI <b>DI PULAU REDANG</b>

Posted: 02 Aug 2011 05:45 PM PDT


It has been nearly a month since the last time i updated this blog of mine.

Rutin harian terlalu... susah nak cakap. Bulan Julai hari tuh jer dah penuh organizer with activities & tasks.

Tapi sempat jugak pegi bercuti. Right before Ramadhan.

Kalu tak kerana staff trip nih, ntah bilalah aku dapat sampai kat Pulau Redang.

Oleh kerana aku kejar masa, update kat opis nih pun curik2 jer awal pagi, let the pics do the talking lah yer. Aku nyampuk sikit2 between the pixies.


Ini gambor sebelum bot bertolak ke Redang. Muka masing2 sihat walafiat lagi. Sib baik Hardi (the guy in red shirt) tak amik gambar aku masa tengah sea sick. Dia kata muka aku masa tuh dah macam nak masuk ICU! wakaakakaa.... ops! bukan aku sorang ajer yer yang muntah2 masa naik bot. Ramai lagi... mula2 nak control ayu tak nak sakit, pastu bila tengok sorang2 dah pegang plastik, aku pun buang rasa malu, sama ikut pegang plastik! Gilo ahhh boat trip amik masa 1 1/2 hours! By the time landed kat pantai, dah habis isi perut aku kuarkan hahahhaa.... adventure + nightmare sungguh!

Tapi masa pegi jer... masa balik aku okay... sebab dapat boat yang open air.
My room is no. 18. Satu bilik 4 orang. Met 2 new friends and additional 1 abang, roommate kawan kat bilik sebelah. So i have 3 new friends along the trip. Found out that depa nih satu kepala. And now we are good buddies. That's a good thing about staff trip.

View from my balcony. Damai jer...

Dah lama tak pegi pantai. Dulu pantai ler tempat favorite aku.


Muka happy lepas snorkeling. Mak puas hati noks!! hahahha.... ;-P

Few hours before boat trip back to Merang. My 3 roommates with Hardi (of course!).

Kat jetty Laguna. Yeah.. bon voyage Redang.


Singgah KT beli kopok lekor (dah habis digoreng & dimakan pun pada 1 Ramadhan) and serunding untuk ibu. Apa guna pegi Terengganu kalo tak singgah Pasar Payang, ye dak?

Tapi satu benda jer aku kempunan. Tak dapat mkan nasi dagang. Sampai KT dah petang. Kedai banyak dah tutup awal sebab esoknya nak posa. Mak kempunan tak dapat nasi dagang original dari Ganu... Masa nak datang tuh dah berangan2 dah. Takpe.. nanti aku carik kat KL nih.

Few pics jer dapat aku tepekkan kat sini. More pics dalam fb aku.

First time pegi Redang, the trip was okay. Few dissapointment here & there due to the time management by the organizer, but ended up okay on the last day. Hati nih terubat bila dapat singgah KT.

Will i be coming back? Maybe. But definitely... not too soon...


BERSANTAI <b>DI PULAU KAPAS</b> - Pulau Kapas, Malaysia Travel Blog

Posted: 16 May 2011 12:00 AM PDT

Flag of Malaysia  , Terengganu,
Monday, May 16, 2011

Setelah tiba je Di Pulau kapas kami menyaksikan keindahan alam dan lautannyer yang biru jernih. ANak-anak semuia dah tak sabar nak mandi di pantai walaupun cuaca panas..Kami bercadang nak snorkeling hari ini juga sebab keesokkan hari dah nak pulang..

trip snorkeling dimulakan dengan pelayaran ke Pulau Gemia satu lagi pulau berdekatan pulau kapas. memang cantik. 

Pulau Kapas
Bandar Marang terletak kira-kira 18 km dari Bandar Kuala Terengganu. Di Daerah Marang, terdapat sebuah pulau yang amat terkenal di kalangan pelancong tempatan dan juga pelancong asing iaitu Pulau Kapas. Namanya berasal dari Pokok Kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas.


Jarak Pulau kapas dari pinggir Pantai Marang ialah 6 km. Perjalanan dengan bot ke Pulau Kapas mengambil masa antara 15 hingga 30 minit dari Jeti Marang.


Antara aktiviti utama di Pulau Kapas ialah Snorkel. Selain itu, pengunjung juga boleh menyelam, berenang, luncur papan air, berkayak, bersiar-siar menaiki bot dan memancing. Pelbagai jenis batu karang & spesies hidupan laut yang terdapat di Pulau Kapas menjadikannya destinasi pilihan bagi peminat aktiviti selam skuba dan snorkel.


Keindahan Pulau Kapas dengan kejernihan air dan pasir yang memutih menjadikannya destinasi pelancongan yang amat popular di Terengganu. Waktu yang sesuai untuk melancong ke sini ialah dari April hingga Oktober.


Bagi pelancong yang ingin bermalam di Pulau Kapas, terdapat banyak hotel, resort dan chalet, tetapi pelawat disarankan menempahnya sebagai sebahagian dari pakej percutian yang merangkumi makanan, sesi menyelam dan tempat penginapan.Sila rujuk di siniuntuk senarai tempat penginapan di Daerah Marang.


Bagi mereka yang cintakan keindahan alam semulajadi, jadikan Pulau Kapas destinasi pilihan anda.


Penginapan Di Pulau Kapas & Pulau Gemia.


Turtle Cove Chalet
Pulau Kapas, 
21600 Marang, Terengganu.
Tel: 012-2067324

The Light House@Long House Style
Pulau Kapas, 
21600 Marang, Terengganu.
Tel: 012-3786825, 012-3770214

Duta Puri Island Resort 
Pulau Kapas,
21600 Marang, Terengganu.
Tel: 09-6246090, 03-20933030
Faks: 09-6246090, 03-20921851 
Laman Web: http://www.dutaresorts.com
Emel: dutapuri@dutaresorts.com

Kapas Island Resort
Pulau Kapas,
21600 Marang, Terengganu.
Tel: 09-6316468
Faks: 09-6311469
Laman Web: http://www.kapas-island-resort.com
Emel: sales@kapasislandresort.com, info@heritageonestop.com.my

Kapas Beach Chalet
Pulau Kapas,
21600 Marang, Terengganu. 
Tel: 019-9682331, 012-2882008

Makcik Gemok Beach Resort
Lot 82 & 86, Pulau kapas,
21600 Marang, Terengganu.
Tel: 09-6245120, 012-9281920, 019-9884034
Faks: 09-6182250

Kapas Garden Resort,
Lot 81, Pulau Kapas,
21600 Marang, Terengganu.
Tel: 09-6245162
Faks: 09-6245162

Qimi Chalet
Lot 3325, Pulau Kapas, 
21600 Marang, Terengganu.
Tel: 019-9518159

Gem Island Resort & Spa
Lot 2804, Pulau Gemia, 
Mukim Rusila Daerah Marang, 
21600 Marang, Terengganu.
Tel : 09-6125110, 09-6882505
Faks: 09-6125109
Laman Web: http://www.gemisland.com.my

Bagaimana untuk ke Pulau Kapas.


Sekiranya anda ingin ke Pulau Kapas dengan pengangkutan awam dari Kuala Terengganu, anda perlu menaiki bas atau teksi dari hentian bas atau teksi di Kuala Terengganu ke Marang. Dari Jeti Marang, anda boleh menaiki bot biasa atau bot laju untuk ke Pulau Kapas.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu
Tel: 09-6221433, 09-6221893

Salam Sejahtera & Satu Malaysia!!

Pulau Kapas adalah destinasi yang wajib dikunjungi apabila datang melawat Terengganu. Pulau Kapas yang terlekat hanya 6KM dari Jeti Merang mengambil masa 20minit sahaja untuk sampai dengan menggunakan bot laju. Jeti Marang pula terletak di utara Kuala Terengganu iaitu kira-kira 18KM dari Bandar Kuala Terengganu.

Nama Pulau Kapas diambil sempena pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas tumbuh di pulau ini. Mereka yang minat menyelam dan snorkeling , Pulau Kapas sudah tentu menjadi syurga dasar laut pada pencinta lautan. Selain aktiviti skuba dan snokel pengunjung juga boleh mencuba aktiviti lain seperti berkayak, meluncur angin ,memancing dan mencandat sotong. Aktiviti bermotor seperti Bannana Boat tidak dibenarkan di sini kerana boleh merosakkan batu karang disekitar Pulau Kapas.

Kepada penyelam dan snokel boleh menyaksikan sendiri keindahan dasar Pulau Kapas seperti ikan yang berwarna warni, terumu karang, ikan yu dan jika bernasib baik boleh bertembung dengan penyu yang berenang mencari makan sekitar pulau ini. Bagi penyelam jangan lupa untuk menyaksikan kapal perang yang karam semasa Perang Dunia ke-II di dasar perairan Gemia dia utara Pulau Kapas.

Semasa menyelam atau snokel di sini kena berhati-hati dengan kehadiran landak laut dan Lionfishyang berbisa. Lionfish ikan terumbu karang yang cantik tapi sangat berbisa jika sengatnya terkena kepada manusia. Bergitu juga dengan landak laut durinya sangat berbisa jika terpijak. Ambil perhatian juga pada obor-obor kerana jika terkena sengatnya, badan kita menjadi gatal-gatal. Jadi berhati-hati ketika menyelam dan snorkeling.


[Kredit Gambar Klik Sini]

Jadi kepada sesiapa yang belum berkunjung ke Pulau Kapas, jom pakat ramai-ramai datang sini untuk melepaskan tekanan dan menenangkan fikiran bersama kawan-kawan atau keluarga tersayang. Jangan datang pada musim monsun antara November hingga Febuari kerana laut bergelora dan tak sesuai untuk aktiviti menyelam dan snokeling. Jom Cuti-Cuti Malaysia!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads