Khamis, 29 September 2011

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Implikasi Kejadian Ribut <b>Di Kuala Terengganu</b> | izwanyusof.com

Posted: 29 Sep 2011 12:17 AM PDT

Baru pagi tadi aku dikhabarkan oleh seorang rakan yang berasal dari Terengganu berkenaan kejadian ribut di Kuala Terengganu 27 September 2011. Tengah lepak-lepak minum lah tadi pagi sebab kelas Calculus dibatalkan tu yang buka cerita. Kejadian ribut sekitar 5 minit je namun kerosakan yang dialami di kawasan Dataran Syahbandar dan sekitarnya agak teruk juga.

ribut kuat di Kuala Terengganu

Menurut sumber online Berita Harian ribut kuat berlaku dalam jam 8.45 malam. Ribut kuat menyebabkan jeti Syahbandar musnah dibahagian bumbung, kerosakan di Pasar Besar Kedai Payang, cermin di pusat membeli-belah Astaka musnah dan kalau tengok video di akhir entri ni korang akan nampak pintu gerbang Dataran Syahbandar tumbang dah jatuh ke tanah. Selain itu implikasi kerosakan insfrastruktur dari kejadian ribut di Kuala Terengganu dilihat di Medan Selera Tanjung juga dikhabarkan roboh ketika angin kencang melanda.

#Bagaimana mahu menggunakan Media Sosial seperti Facebook,Twitter dan Blog dengan betul?

Bila borak-borak pasal ribut ni sinonim orang akan cakap ia merupakan bencana alam. Masih ingat lagi banjir besar melanda Johor dulu? Banyak faktor-faktor menyebabkan bencana alam tambahan cuaca sekarang tak menentu. Itu bila bercakap tentang ia kejadian bencana alam. Tapi dari satu sudut lain, rakan aku beritahu yang Dataran Syahbandar tu merupakan tapak pesta keramaian sebelum ini dan seperti biasa ramai pasangan ( couple ) yang suka lepak kat sana. Bila dikaitkan mungkin ia sebagai peringatan kecil yang diberikan oleh Allah kepada kita sebagai "teguran" untuk perkara-perkara yang tak kita sedar. Rasanya banyak contoh kejadian-kejadian bencana alam di dunia ni dan paling jelas tsunami melanda Acheh dan banjir besar di Jepun suatu ketika dulu.

kejadian ribut di kuala terengganu

Kecederaan dan kemusnahan harta benda sudah pasti ada cuma dari berita ringkas yang aku baca hanya cedera ringan, tak pasti ada jiwa terkorban atau tidak sebab ribut berlaku dalam jangkamasa yang singkat. Mungkin selepas ini kesan dari ribut di Kuala Terengganu memperlahankan sedikit proses ekonomi sebab nak baikpulih kerosakan dan sebagainya. Apapun, kalau berbalik kepada asalnya hanya Allah sahaja yang mengetahui apa disebalik kejadian ribut di Kuala Teregganu ini.

Sedikit video dari laman You Tube kejadian ribut di Kuala Terengganu :

Tags: , , , , , , ,

[Gambar] Ribut <b>di Kuala Terengganu</b> – 27/09/2011 | SKYPE CREW™

Posted: 28 Sep 2011 11:52 PM PDT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Seperti yang kita telah ketahui, 2 hari yang lepas telah berlaku ribut di Kuala Terengganu lebih kurang jam 9 malam dan telah menyebabkan beberapa kerosakan di kawasan dataran Shahbandar & sekitarnya. Tempat lain tak silap aku ade jugak yang kena ribut..tapi apa nama tempat tu aku tak pasti sebab semalam just baca sekali lalu jer.

Ribut nie adalah ribut kedua yang berlaku selepas ianya berlaku pada Jun 2011 yang lalu. Mengikut berita-berita yang dilaporkan & updates status rakan2 melalui facebook, ribut nie berlaku dalam 10 minit..ade jugak yang cakap 30 minit. So, meb ni depends on tempat kot.

Aku ade beberapa keping gambar yang di share ngan korang. Gambar di ambil kat fan page Ustaz Azhar Idrus.

Sama-sama kita renungkan…

Ribut KT01Sekitar padang Syahbandar..

 Ribut KT02Sekitar padang Syahbandar..

Ribut KT03  Sekitar padang Syahbandar..

Ribut KT04Pekerja bandaran sedang membersihkan tempat kejadian..

Ribut KT05 Pokok tumbang merata tempat...

Ribut KT06Ntahla, TM punya ke TNB punya..

Ribut KT07  Tiang bendera yang diterbangkan ribut..

Ribut KT08Jeti bot penambang runtuh..

Ribut KT09Jeti bot penambang yang baru siap..

Ribut KT10   Sekitar dataran Shahbandar…

Ribut KT11 Pentas nyayian/tarian…

Ribut KT12 Papan tanda ini menimbulkan sedikit keraguan/tanda tanya…

 

p/s: ALLAH nak turunkan bala tak kira tempat, tak kira negeri, tak kira parti apa yang memerintah sesebuah tempat itu TAPI mungkin ada sesuatu ALLAH nak tunjukkan kat kita kenapa ALLAH turunkan ujian/bala macam nie kat kita.

Salam Ukhwah,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads