Khamis, 29 September 2011

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


~~Blog Surirumah~~: Beraya <b>di Marang</b> Trengganu

Posted: 09 Sep 2011 03:50 PM PDT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Ok, sambung balik cerita raya yang belum habis. Sempat ke Trengganu hari tu, lawat mak sedara pb yang anaknya accident sebelum puasa kalau tak silap. Dalam perjalanan kami singgah di Pantai Rhu Sepuloh area Penarek atau Permaisuri. Cantiknya pantai dia, rasa macam nak terjun selam terus kedalam airnya yang biru kehijauan.

Hubby cuma berhenti sekejap je, itu pun anak pb dah bukak kasut turun ke gigi air. Ayah dia punyalah marah sebab kawasan situ agak bahaya untuk mandi manda. Budak ni memang tak boleh tengok pantai la......


kalau posing bagi kat dia....

pantainya bersih (setakat yg pb nampak ni)
Perjalanan dari KB ke Trengganu makan masa hampir 3 jam lebih. Dengan tak ingat rumah makcik kat mana, terpaksa anak dia datang ambil kami di depan masjid Marang. Makcik pb ni asalnya orang Johor, kahwin dengan orang Trengganu, jadi pekat loghat dia.

(BERITA) Anak Polis Mati Jatuh Bangunan <b>di Marang</b>, Sindrom <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2011 08:27 AM PDT

anak polis jatuh bangunan, anak polis jatuh bagunan polis, budak sindrom down jatuh bangunan, budak sindrom down, sindrom down, anak polis jatuh kuarters polis, anak polis jatuh bagunan di marang, balai polis marang, kuarters polis marang, anak polis mati di marang, anak polis jatuh di kuarters polis marang

TV3: Seorang kanak-kanak Sindrom Down 6 tahun maut selepas terjatuh, dipercayai daripada tingkat 5 di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, Terengganu.

Tambah menyedihkan, kejadian malang membabitkan anak anggota polis itu disaksikan seorang anggota polis lain, setelah mangsa jatuh di hadapan beliau, kira-kira jam 7:40 pagi tadi.

Mangsa anak ke-4 daripada 5 beradik, maut di tempat kejadian akibat cedera di kepala.

Beliau dipercayai keluar bersendirian dari rumah keluarganya di tingkat 8, kuartes berkenaan.

Ketika kejadian, mangsa keluar tanpa disedari 2 saudaranya yang leka menonton televisyen, manakala ibunya sibuk di dapur.

Jenazah mangsa disembahyangkan di surau IPD Marang, sebelum dibawa ke kampung keluarga di Wakaf Mek Zainab, Kota Bahru, Kelantan untuk dikebumikan.

Incoming search terms:

Kerajaan Pusat timbang bina bangunan Persekutuan <b>di Marang</b>

Posted: 20 Sep 2011 02:55 AM PDT

Oleh: Kamarudin Mat Akib dan Esah Abdullah

Kerajaan Pusat sedia menimbang permohonan Umno Bahagian Marang agar dibina sebuah bangunan berharga kira-kira RM30 juta di Marang, bagi menempatkan pelbagai jabatan Kerajaan Persekutuan di daerah tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin memberi jaminan untuk mengemukakan permohonan itu kepada Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, dalam mesyuarat Kabinet di Kuala Lumpur, esok.

"Saya akan bawa permohonan ini ke mesyuarat Kabinet dan jika tidak ada halangan, ia (cadangan ini) akan dilaksanakan dalam fasa kedua Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10)," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Aidilfitri Parlimen Marang dan perasmian Pasar Baru Kedai Buloh, di Kampung Kedai Buloh petang ini.


Lebih 10,000 orang termasuk pemimpin masyarakat, peniaga dan penduduk di sekitar kawasan tersebut membanjiri perkarangan Pasar Baru Kedai Buloh bagi meraikan kedatangan pemimpin nombor dua negara itu.

Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said dan isteri, To' Puan Seri Norliza Mahmud, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan pempinan Umno bahagian Marang.

Terdahulu dalam ucapannya, Ketua Umno Bahagian Marang, Dato' Yahya Khatib Mohamad, meminta Kerajaan Persektuan agar membina sebuah bangunan bagi menempatkan pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan, bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan jabatan berkenaan.

"Pada masa ini jabatan Persekutuan terpaksa menyewa bangunan lain dan kedudukannya berselerak, menyebabkan orang ramai sukar untuk berurusan dengan agensi Kerajaan Pusat," tambah beliau.

Sebagai reaksi kepada permohonan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, memberi jaminan ia akan dibincang di Kabinet dan pihaknya tidak menghadapi masalah untuk memenuhi permintaan itu bagi kepentingan rakyat.

Dalam perkembangan lain, beliau meminta penduduk negeri ini supaya bersyukur dengan pelbagai kemudahan yang disediakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi kepentingan mereka.

Beliau berkata, Kerajaan BN telah melakukan pelbagai projek dan program untuk kemudahan rakyat, tidak seperti pembangkang yang memerintah beberapa negeri seperti Kelantan dan Kedah.

Katanya, Kelantan sudah 20 tahun diperintah oleh Pas, tetapi apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membela nasib rakyatnya, sedangkan negeri itu kini merupakan negeri yang paling tinggi mempunyai penduduk miskin di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads