13 di pulau kapas - Google Blog Search |
BERSANTAI <b>DI PULAU KAPAS</b> - <b>Pulau Kapas</b>, Malaysia Travel Blog Posted: 16 May 2011 12:00 AM PDT trip snorkeling dimulakan dengan pelayaran ke Pulau Gemia satu lagi pulau berdekatan pulau kapas. memang cantik. Pulau Kapas
The Light House@Long House Style Duta Puri Island Resort Kapas Island Resort Kapas Beach Chalet Makcik Gemok Beach Resort Kapas Garden Resort, Qimi Chalet Gem Island Resort & Spa Bagaimana untuk ke Pulau Kapas.
Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu Salam Sejahtera & Satu Malaysia!! Pulau Kapas adalah destinasi yang wajib dikunjungi apabila datang melawat Terengganu. Pulau Kapas yang terlekat hanya 6KM dari Jeti Merang mengambil masa 20minit sahaja untuk sampai dengan menggunakan bot laju. Jeti Marang pula terletak di utara Kuala Terengganu iaitu kira-kira 18KM dari Bandar Kuala Terengganu. Nama Pulau Kapas diambil sempena pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas tumbuh di pulau ini. Mereka yang minat menyelam dan snorkeling , Pulau Kapas sudah tentu menjadi syurga dasar laut pada pencinta lautan. Selain aktiviti skuba dan snokel pengunjung juga boleh mencuba aktiviti lain seperti berkayak, meluncur angin ,memancing dan mencandat sotong. Aktiviti bermotor seperti Bannana Boat tidak dibenarkan di sini kerana boleh merosakkan batu karang disekitar Pulau Kapas. Kepada penyelam dan snokel boleh menyaksikan sendiri keindahan dasar Pulau Kapas seperti ikan yang berwarna warni, terumu karang, ikan yu dan jika bernasib baik boleh bertembung dengan penyu yang berenang mencari makan sekitar pulau ini. Bagi penyelam jangan lupa untuk menyaksikan kapal perang yang karam semasa Perang Dunia ke-II di dasar perairan Gemia dia utara Pulau Kapas. Semasa menyelam atau snokel di sini kena berhati-hati dengan kehadiran landak laut dan Lionfishyang berbisa. Lionfish ikan terumbu karang yang cantik tapi sangat berbisa jika sengatnya terkena kepada manusia. Bergitu juga dengan landak laut durinya sangat berbisa jika terpijak. Ambil perhatian juga pada obor-obor kerana jika terkena sengatnya, badan kita menjadi gatal-gatal. Jadi berhati-hati ketika menyelam dan snorkeling. Jadi kepada sesiapa yang belum berkunjung ke Pulau Kapas, jom pakat ramai-ramai datang sini untuk melepaskan tekanan dan menenangkan fikiran bersama kawan-kawan atau keluarga tersayang. Jangan datang pada musim monsun antara November hingga Febuari kerana laut bergelora dan tak sesuai untuk aktiviti menyelam dan snokeling. Jom Cuti-Cuti Malaysia!!! |
You are subscribed to email updates from di pulau kapas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan