Isnin, 26 September 2011

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Pakatan Sudah Mula Berkempen <b>di Kuala Terengganu</b> - dinturtle

Posted: 22 Sep 2011 11:41 AM PDT

Mendengar siri ceramah Pakatan yang bakal diadakan sekitar Kuala Terengganu dalam seminggu ini terasa macam tempoh berkempen Pilihanraya je. Bayangkan, malam tadi Azmin dengan Khalid Samad, esok Anwar, Ahad Mat Sabu, Selasa dan Khamis pun ada juga. Nampaknya Pakatan dah mula berkempen, tak perlu tunggu pembubaran Parlimen oleh Najib.

Pelbagai isu dibangkitkan malam tadi - Murtad Dumc, Seleweng duit Koperasi Felda, Mat Indera, ketidakikhlasan Najib mansuhkan ISA, pujian kepada kerajaan Pakatan, kutuk TunMahathir dan yang paling hadirin ( sekitar 300 orang je ) suka - gossip Rosmah.

Malam tadi hujan, ceramah yang sepatutnya diadakan diluar perkarangan Mesjid di Chendering terpaksa berpindah kedalam Mesjid .....hmmmm nak dijadikan isu ke tidak  ni ? Memang hujan sepanjang ceramah tapi tetap juga terasa ' tak sedap hati ' bila duduk dalam mesjid mendengar ceramah politik. Bukan ceramah ugama, memang 100% ceramah politik macam yang biasa kita dengar. Malah Azmin sendiri berkata , ' Mesjid pun Mesjid lah ..'

Saya redah juga hujan semata-mata nak dengar Khalid Samad bercakap tentang isu Dumc. Pas digambarkan sebagai orang tengah yang cuba menenangkan keadaan. Nampak yang beliau memihak kepada pihak Harapan Komuniti dengan kenyataan yang agak berat sebelah walaupun diakhiri dengan ' sama-sama kita tunggu hasil lapuran yang baru semalam diberikan kepada MB dan Sultan Selangor.'

Khalid tidak sebut tentang bukti campurtangan Umno tapi menyatakan usaha Umno cuba memburukkan nama Pas sebagai tunduk kepada Dap. Bukti video didakwa Khalid sebagai sudah dicemari / doctored.

Isu Rosmah ternyata mendapat respon hangat dari hadirin dan ia dijuarai oleh Azmin. Saya kalau sebut hal Rosmah, mesti ada yang akan marah-marah. Pada mereka ini saya nak beritahu, apa yang saya tulis adalah apa yang saya dengar dan ia merupakan bualan rakyat. Nama Rosmah sudah menjadi bahan gurauan rakyat dan ini adalah hakikat yang korang kena terima.

Nak marah saya pun ... untuk apa ? Kerana menceritakan keadaan yang berlaku didunia nyata ? Fact is - Rosmah ditertawakan rakyat. Biarpun ia hanya gossip yang berulang kali disebut, skripnya dah boleh diagak, namun ia tetap ditunggu dan dijadikan penglipur lara rakyat.

Bagi saya hanya satu je cara Rosmah boleh cuba baiki imejnya - ikut nasihat yang Najib sering suruh rakyat buat iaitu lakukan satu Transformasi. ' Kalau Rosmah sendiri Najib tak boleh nak reform, tak payah cakaplah nak jadi Reformis ' Bukan saya yang cakap tapi Azmin dan logiknya saya lihat diterima ramai.

Bila Umno nak start ceramah mereka  bagi menyaingi Pakatan ? Atau biarkan je Pakatan memonopoli dulu sesi bertemu rakyat menerusi ceramah-ceramah mereka .... Entahlah, teruk bebenor politik sekarang ni, non stop, back to back dari PRU12 ke PRU13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads