Isnin, 26 September 2011

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Enam lelaki ditahan miliki dadah <b>di</b> sekitar <b>Besut</b> | BorneoPost <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2011 06:18 PM PDT

Posted on September 27, 2011, Tuesday

BESUT: Polis menahan enam lelaki berumur antara 17 dan 32 tahun kerana memiliki pil kuda dan dadah jenis heroin dalam tiga lokasi berasingan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Besut pada hari Rabu dan Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dalam serbuan pada kira-kira jam 8.10 pagi Rabu lalu seorang buruh berumur 25 tahun yang menetap di Kampung Tasik Tok Lebai dekat Jabi di sini ditahan setelah polis menjumpai dadah jenis pil kuda (dadah jenis methamphetamine) di rumahnya.

"Hasil pemeriksaan lanjut dibuat di dalam rumahnya, polis menjumpai sebanyak 95 biji pil kuda, daripada jumlah itu 40 biji berada dalam kocek seluarnya dan baki 55 pil berada di bilik tidur," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, suspek yang berasal dari Kampung Renek di sini dipercayai bergerak aktif dalam pengedaran pil kuda sejak lima bulan lepas turut didapati positif methaphermine dalam ujian air kencing terhadapnya.

Suspek disiasat dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Beliau berkata, pada serbuan kedua pada Khamis, 4.20 pagi, polis menahan empat lelaki termasuk seorang pelajar sekolah menengah berumur 17 tahun.

Kesemua yang ditahan berumur dari 17 hingga 30 tahun di sebuah rumah di Kampung Bukit Puteri dekat Kuala Besut di sini, katanya.

Beliau berkata dalam serbuan itu 41 biji pil kuda dan satu botol mengandungi serbuk putih dipercayai heroin ditemui di dalam rumah didiami empat lelaki tersebut.

"Empat lelaki ini masing-masing disiasat di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan 39A(1) Akta yang sama dan 15(1) ADB setelah polis mendapati tiga daripada suspek didapati positif dadah dalam ujian air kencing manakala pelajar sekolah itu didapati negatif dalam ujian tersebut," katanya.

Pada serbuan ketiga yang dilakukan pada jam 5 pagi, Khamis, polis menahan seorang lelaki berumur 32 tahun di sebuah rumah kawasan perumahan di Kampung Raja di sini.

Suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam satu kes samun di Bachok, Kelantan, beliau juga turut memiliki 58 biji pil kuda dan dua botol serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin.

Dia disiasat mengikut Seksyen 39A(1) ADB dan 15(1) ADB serta polis juga menjumpai sebilah parang di dalam kereta Proton Wira miliknya. — Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads