Sabtu, 1 Mac 2014

13 di rantau abang - Google Blog Search

di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


Rangka Manusia Ditemui <b>Di</b> Pantai <b>Rantau Abang</b> - MYNEWSHUB <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2014 03:37 AM PST


DUNGUN – Seorang penduduk kampung yang bersiar-siar di sekitar di Pantai Rantau Abang di sini terkejut apabila menemui rangka seorang manusia di pesisir pantai berkenaan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata rangka manusia dengan keadaan separuh daripada badannya telah tiada itu ditemui pada kira-kira pukul 4.30 petang.

"Tiada sebarang identiti pada rangka tersebut dan pihak polis kini masih menyiasat kes berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Ahmad Zailani berkata sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kehilangan orang di sekitar kawasan tersebut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.

Mayat dihantar ke hospital Dungun untuk dibedah siasat. – BERNAMA

Anda mungkin juga meminati:

Rangka Manusia Ditemui Di Pantai Rantau Abanghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/0rangka0.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/0rangka0-150x150.jpgMyNewsHub Jenayah

DUNGUN - Seorang penduduk kampung yang bersiar-siar di sekitar di Pantai Rantau Abang di sini terkejut apabila menemui rangka seorang manusia di pesisir pantai berkenaan, petang semalam. Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata rangka manusia dengan keadaan separuh daripada badannya telah tiada itu ditemui pada kira-kira pukul 4.30...

DUNGUN - Seorang penduduk kampung yang bersiar-siar di sekitar di Pantai Rantau Abang di sini terkejut apabila menemui <a href="http://mynewshub.my/2013/08/27/pekerja-temui-rangka-manusia/">rangka</a> seorang manusia di pesisir pantai berkenaan, petang semalam. Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata rangka manusia dengan keadaan separuh daripada badannya telah tiada itu ditemui pada kira-kira pukul 4.30 petang. "Tiada sebarang identiti pada rangka tersebut dan pihak polis kini masih menyiasat kes berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini. Ahmad Zailani berkata sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kehilangan orang di sekitar kawasan tersebut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan. Mayat dihantar ke hospital Dungun untuk dibedah siasat. - BERNAMA

Jumaat, 28 Februari 2014

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: KK1M <b>di Setiu</b> April ini.

Posted: 17 Feb 2014 03:00 PM PST

Oleh: Aminudin Ismail.

ORANG RAMAI di daerah Setiu yang mempunyai masalah penglihatan berpeluang bertemu pakar mata bagi membuat pemeriksaan di empat kawasan di daerah itu, tidak lama lagi.

Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Sri Langkap, Dr. Akramuddin Mohd Razi berkata, Program Bas Bergerak Klinik Katarak 1 Malaysia (KK1M) kini berada di Negeri Terengganu.


"Katarak ialah selaput mata, orang yang semakin berumur akan tumbuh selaput mata terutamanya mereka yang menghidap kencing manis.

"Situasi sekarang ini, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan kira-kira 300 ribu penduduk di negara ini mengalami selaput mata dan hanya 28 ribu sahaja yang mendaftar untuk mendapat rawatan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, KK1M itu kini berada di seluruh daerah di negara ini untuk memberi rawatan termasuklah daerah Setiu.

"Klinik bergerak ini mempunyai peralatan yang cukup untuk membuat pemeriksaan mata dan kini berada di daerah Kemaman, Insya Allah klinik bergerak itu akan sampai di setiu April ini," katanya.

"KK1M ini akan berada 11 hari di Setiu iaitu tiga hari di Kawasan Sungai Tong, Langkap dan empat hari di Kawasan Kampung Rahmat dan empat hari lagi di Permaisuri," katanya ketika berucap di Program Gempur Aedes di Kampung Seri Kenangan, Pelong, dua hari lalu.

Dr. Akramuddin mahu semua penduduk di daerah Setiu mengunakan peluang yang ada dengan hadir beramai-ramai membuat pemeriksaan mata di kawasan terbabit.

"Kos membuat pemeriksaan mata ini sekitar RM3,000 jika dibuat di hospital dan klinik swasta tetapi melalui KK1M ini kosnya sekitar ratusan ringgit sahaja malah ada yang akan mendapat rawatan percuma mengikut kelayakan," katanya.

 

Rabu, 19 Februari 2014

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


KUNJUGAN PERSAUDARAAN NGO GANTI <b>DI HULU TERENGGANU</b>

Posted: 20 Jan 2014 03:08 AM PST

Laman Ping.Busuk dibangunkan dan diaturcara oleh pengaturcara kami tersendiri. Sebarang kesulitan, diharap anda dapat menghubungi kami melalui email busuk.org[at]gmail ataupun melalui laman fb kami.

Online user : 1,360
Widget Aktif : 3,483
Banner Aktif : 5,026

Domain Dibenarkan: 8,509
Jumlah Artikel : 510,427

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Oct 2013 11:15 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Aug 2013 11:05 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jul 2013 11:23 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Mar 2013 11:37 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Mar 2013 11:25 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Mar 2013 12:06 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Batu Buruk jadi tumpuan | BH Auto

Posted: 06 Mar 2013 07:28 AM PST

Ribuan peminat motosikal banjiri Terengganu Bike Week 2013

Umzarul Faiz
Gambar: Chopper Rockers Media

Siapa sangka, deruman umpama guruh yang bergema adalah deruman jentera berkuasa tinggi yang melintasi perkarangan Dataran Batu Buruk sempena acara Terenggganu Bike Week 2013 (TBW 2013) bagi tahun kedua pada 1 dan 2 Mac yang lalu begitu menggamatkan.

Penyertaan seramai 2,500 pemilik motosikal berkuasa tinggi dan kecil yang mewakili lebih 100 kelab permotoran dan persatuan termasuk dari Singapura, Thailand, Indonesia dan Afrika Selatan.

Program anjuran Persatuan Permotoran Terengganu (PPT) ini adalah bersempena Tahun Melawat Terengganu 2013, sekali gus menjadikan beberapa destinasi pelancongan yang menarik sebagai destinasi konvoi untuk dilawati oleh para peserta.

Presiden PPT Tengku Sri Temenggong Raja Datuk Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud berkata, jika pada program TBW 2012, destinasi Tasik Kenyir yang terletak di Hulu Terengganu menjadi pilihan penganjur, kali ini peserta konvoi berpeluang melihat lebih dekat kehidupan masyarakat nelayan di kawasan pantai timur.

Selain itu, antara destinasi menarik lain yang dilalui peserta konvoi ialah Bandar Permaisuri, Setiu sebelum konvoi berakhir dengan jamuan makan tengah hari di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Rombongan konvoi membabitkan lebih 1,000 motosikal berkuasa tinggi turut membuat lawatan amal ke Asrama Kebajikan Anak Yatim/Fakir Miskin Darul Akhyar, Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Kehadiran peserta konvoi ke asrama berkenaan turut disertai Tengku Datuk Hassan Archibald dari Johor, disambut Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Khazan Che Mat serta penghuni asrama berkenaan. Konvoi telah diiringi oleh pasukan trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu diketuai Asisten Superintendan Ismail Man.

Tengku Baharudin dan Tengku Hassan turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada asrama berkenaan selain derma yang dikumpul daripada peserta konvoi.

Acara penutup disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang diadakan penuh dengan warna warni membabitkan artis kugiran tempatan.

Antara acara yang dinantikan oleh peserta ialah cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa enam motosikal di antaranya KTM Duke 200cc sebelum program diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

INFO NOMBOR

2 tahun
Memasuki penganjuran tahun kedua

100
Kelab motosikal turun padang

2,500
Pemilik menyertai TBW 2013

1,000
Motosikal mengambil bahagian

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Nov 2012 11:47 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Nov 2012 11:27 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Masjid Kristal Terangganu Malaysia | Beliafun Blogging 2010 - 2012

Posted: 12 Nov 2012 11:56 AM PST

cyristal-mosque-kuala-ter.jpg 

Ia dikatakan adalah antara masjid yang tercantik di Malaysia kerana keunikannya dibina daripada kaca dan keluli bermutu tinggi malah masjid ini lengkap dengan segala prasarana yang berteknologi tinggi dan liputan WIFI untuk memudahkan pengunjung untuk mengakses internet.
Kebanyakkan pengunjung yang datang ke sini pastinya mengagumi keindahan masjid kristal ini. Bila masjid ini terkena sinaran pancaran matahari, masjid ini berubah warna kekuningan yang berkilau-kilauan. Lebih indah juga bila dilihat pada waktu malam.Cahaya terang-benderang menghiasi masjid ini dan berwarna biru ..Masjid yang siap dibangunkan pada tahun 2008 ini terletak di Pulau Wan Man.
Kedudukannya juga terletak berhampiran dengan Muzium negeri Terengganu dan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Terengganu iaitu kira-kira 10 minit perjalanan dari bandaraya Kuala Terengganu. Oleh itu, ia adalah satu destinasi wajib bila anda melancong ke Terengganu. Bukan sekadar untuk melihat keindahannya dan melakar kenangan disini tetapi juga digalakkan menunaikan solat di masjid ini bagi umat islam.

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jan 2013 11:32 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jan 2013 11:56 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kristal Yang Indah <b>di Pulau Wan Man</b> - terengganu yang kukenali

Posted: 29 Sep 2010 06:53 AM PDT

Keunikan 76 – Kenali Masjid Kristal Terengganu (sambungan TTI)
Masjid yang terkenal di negeri Terengganu ini terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.  Mercu tanda yang menjadi ikon bagi Taman Tamadun Islam (TTI) ini diperbuat daripada kristal kaca dan keluli menjadikannya unit dan istimewa.
Ia dibuka secara rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008.
Bandar Kuala Terengganu yang diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Januari sebelum itu diserikan lagi dengan perasmian Masjid ini.  Keindahannya telah menarik perhatian pelancong tempatan dan luar negara untuk datang ke negeri Terengganu, Malaysia ini.
Masjid yang mempunyai keluasan 2,146 meter persegi boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa ini merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.  Ia dilengkapi dengan kemudahan untuk mengakses internet dengan liputan WIFI bagi membolehkan pembacaan al Quran elektronik.
Masjid yang cantik di bahagian luar dan dalam ini mempunyai kombinasi warna yang harmoni iaitu putih dengan warna kristal keemasan disulami permaidani merah lembut menutupi bahagian lantainya.
Tidak dapat hendak digambarkan dengan jelas hanya dengan kata-kata dan tulisan, melainkan anda datang ke sini dan melihat sendiri apa yang penulis ingin gambarkan. 
Foto-foto yang sempat dirakamkan ini mungkin boleh menterjemahkan sedikit sebanyak apa yang penulis ingin katakan.  Mari kita lihat……………..
Pelajar SMAASZA (anak didik) bergambar di hadapan Masjid Kristal
Info Penting
Cara untuk datang ke sini
- Bas Cas Ligas (Bas Bandar) yang berlepas dari Taman Shahbandar
Kuala Terengganu setiap hari
seawal jam 6 pagi hingga 10 malam.
- Teksi bagi yang datang dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau
Stesyen Teksi di Kuala Terengganu
- Bot Penambang yang bertolak dari Jeti Shahbandar Kuala Terengganu
 Untuk Pertanyaan boleh hubungi
TTI Management Sdn. Bhd
Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man,
Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Malaysia
Tel : 609 6278888    Fax : 609 6309020
Web : www.tti.com.my

CUTI-CUTI KE PULAU WAN MAN
BAWA KELUARGA MELIHAT KEINDAHAN SENIBINA
MASJID KRISTAL 

Taman Tamadun Islam <b>di</b> Kuala Terengganu: Review? | Cuti Malaysia

Posted: 28 May 2013 05:02 PM PDT

Bercuti Terengganu Taman Tamadun Islam

Satu lagi tempat jalan-jalan menarik di Kuala Terengganu  ialah Taman Tamadun Islam. Lokasinya ialah di Pulau Wan Man, dalam daerah Losong bersebelahan Muzium Negeri Terengganu. Taman Tamadun Islam yang pertama diMalaysia ini dibina berlatar belakangkan sungai Terengganu. Cantik betul pemandangan di sini, paling best sebab berangin.

Hendak ke Taman Tamadun Islam, jika inginkan kelainan bolehlah mencuba naik bas Bandar yang unik tu. Boleh ambil dari Taman Shahbandar Kuala Terengganu. Dengan bayaran hanya RM1, bas Bandar ni akan terus membawa anda ke Muzium Negeri dan seterusnya ke Taman Tamadun Islam. Suka tengok bas ni, klasik!

bas bandar taman tamadun islam

  • Lokasi: Pulau Wan Man, Kuala Terengganu (Bersebelahan Muzium Negeri)
  • Waktu Operasi: 10 am – 7pm Setiap Hari
  • Bayaran Masuk Taman Tamadun Islam: Percuma
  • Bayaran Masuk Taman Monumen Islam: RM20 Dewasa / RM15 Kanak2 7-12 Thn / PERCUMA Kanak2 Bwh 7 Thn
  • Bayaran Terengganu River Cruise: RM20 Dewasa / RM15 Kanak2 7-12 Thn / PERCUMA Kanak2 Bwh 7 Thn
  • Menarik di Taman Tamadun Islam: Masjid Kristal, Taman Monumen, River Cruise

Untuk lebih detail pakej yang disediakan sila rujuk sini;

Tiket Taman Tamadun Islam

Dalam Taman Tamadun Islam inilah terletaknya Masjid Kristal dan Taman Monumen Islam serta Terengganu River Cruise. Ini ialah Masjid Kristal atau masjid terapung. Cantik kan, rekabentuknya memang lain dari yang lain. Masjid Kristal juga merupakan salah satu ikon Negeri Terengganu.

Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam

Dari Masjid Kristal Cuti Malaysia ke Taman Monumen. Masuk ke sini, anda diberi Passport atau buku paduan perjalanan, baucer Kedai Cenderamata dan baucer F&B di kafenya.

Taman Monumen do Taman Tamadun Islam

Bagi Cuti Malaysia, boleh dikatakan tempat ni ala ala Taman Tema Islam dimana 21 replika mercu tanda Islam terpilih dari seluruh dunia dibina di sini. Memang cukup menarik kerana berpeluang mengenali mercu tanda negara negara Islam seluruh dunia. Untuk gambaran apa yang ada di sini, boleh rujuk peta interaksi Taman Tamadun Islam ni.

Taman Tamadun Islam

Di sini antara monumen paling menarik termasuklah Taj Mahal di India, Dome of Rock (Kubah As Sakhra) di Palestin, Kincir Air,  Masjid Sulaimen Turki dan Menara Kalyan dari Uzbekistan. Antara monumen ini, disediakan mini Muzium dan tayangan video yang menerangkan tentang monumen tersebut dengan lebih terperinci. Terdapat juga monumen yang anda boleh masuk ke dalamnya. Cuti Malaysia aritu berpeluanglah masuk ke Kubah As Sakhra atau lebih dikenali sebagai Dome of Rock. Kalau anda pernah dengar kisah sebiji batu yang ingin mengikut Rasulullah ke langit pada kejadian Isra Mikraj tapi tak diizinkan lalu batu itu kekal terapung hingga kini. Di kubah AsSakhra inilah terletaknya batu terapung ini.

Untuk menjelajah Tamadun Islam, ada disediakan beberapa pilihan kenderaan untuk anda, dari basikal untuk seorang hinggalah basikal untuk 6 orang. Ada juga tram dan buggy. Semuanya berlainan harga. Cuti Malaysia bawa budak-budak lebih senang menggunakan tram dengan bayaran RM3 seorang dewasa.  Diakhir lawatan jangan lupa guna baucer Kedai Cenderahati dan membasahkan tekak di Café Taman Tamadun.

Selain Masjid Kristal dan Taman Monumen Islam, di sini juga ada disediakan perkhidamatan Cruise Sungai Terengganu. Time Cuti Malaysia selesai jalan-jalan di Taman Monumen dah lewat petang, Cruise pun dah tutup. Lain kali datang lagi mesti cuba hee..

Layan dulu beberapa gambar Cuti Malaysia di Taman Tamadun Islam;

Gambar Taman Tamadun Islam

Sememangnya banyak tempat jalan menarik di Terengganu. Jom Cuti Cuti Malaysia Terengganu 2013!

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


Sekitar Majlis Aqiqah 5 sepupu <b>di Jerteh</b> 31 Januari 2014.

Posted: 04 Feb 2014 01:27 AM PST

Masih mood bercuti sempena raya Cina kah?
Anak4 mak semua dah bersekolah kembali Isnin semalam.
Hanya ayah je yang masih bercuti sebab KL hari ni hari wilayah.
Dan hari ni, segalanya seperti biasa.
Khamis 30/1 yang lepas, kami sekeluarga balik ke kampung halaman ayah di Jerteh.
Kepulangan kali ni adalah sempena majlis aqiqah lima sepupu pada 31/1/2014.
Anak bongsu mak - Sarah Aisyah.
Anak kedua ma chik - Raisya Haneen.
Anak pertama mak ude - Nor Asyifa Khalisya.
Anak pertama dan kedua ma long - Mia Arissa Najwa dan Nia Ariana Nadhira.
Anak3 mak yang sebelum ni aqiqah dengan menumpang lembu majlis perkahwinan mak3 saudara je.
Tapi untuk kali ni, nampaknya perlu buat majlis khas sebab Insyaallah lambat lagi majlis perkahwinan akan diadakan kembali di rumah ni.
Jadi, pakat2 kongsi la sorang sikit duit 4 beradik yang terlibat ni.
Dan Alhamdulillah selesai dengan jayanya.
Disebabkan ini majlis aqiqah anak bongsu mak, jadi mak merajinkan diri untuk tangkap gambar buat kenangan akan datang.
Aki, Pak Chik dan Ayah menunggu gang2 sembelih pagi2......

Tu lembu aqiqah. Saat2 akhir seekor lembu......
Kanak2 yang tak melepaskan peluang untuk menyaksikan aktiviti sembelih lembu. Sarah Aisyah, Mia Arissa dan Sarah Awatif.

Mak Ude dan Asyifa Khalisya......

Raisya Haneen dan Ma Chik.
Girls yang excited tengok lembu. Belakang adalah Tok Yah.

 Katuk jangan tak katuk :)
Ni plak suasana di dapur. Penuh dengan saudara mara dan jiran2 mai menolong apa yang patut.

Gulai kawah..... singgang tulang......

Panaroma dari wet kitchen nenek.... Mak Ude dan Tok Ma (adik nenek).

Aksi mak2 saudara (adik beradik nenek) sarapan pagi. Makan sambil gossip. hahaha.

Ni 3 sepupu yang macam belangkas..... hihihi....

Kemuncak majlis adalah selepas solat Jumaat.
Gang Jemaah masjid yang dijemput hadir ke rumah untuk solat hajat bersama-sama dan berselawat serta cukur jambul anak Ma Long yang baru, Nia Ariana Nadhira.
Dia baru berumur 5 hari je waktu majlis ni dibuat.
Baik betul dia hari tu.....
Macam tahu2 je hari ni majlis dia.
Ni je gambar yang sempat di snap ok. Sebab time ni penuh ngan kaum Adam je. Ni pun Ma Chik yang amik. Sure dia pun segan nak beria-ria jadi camerawomen. Hahahaha....... Janji ado....
Dengan berakhirnya majlis ni, maka semua cucu nenek sudah pun selesai diqeqahkan....
Ok la.... cukup tara ni....

ads