Rabu, 19 Februari 2014

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


Sekitar Majlis Aqiqah 5 sepupu <b>di Jerteh</b> 31 Januari 2014.

Posted: 04 Feb 2014 01:27 AM PST

Masih mood bercuti sempena raya Cina kah?
Anak4 mak semua dah bersekolah kembali Isnin semalam.
Hanya ayah je yang masih bercuti sebab KL hari ni hari wilayah.
Dan hari ni, segalanya seperti biasa.
Khamis 30/1 yang lepas, kami sekeluarga balik ke kampung halaman ayah di Jerteh.
Kepulangan kali ni adalah sempena majlis aqiqah lima sepupu pada 31/1/2014.
Anak bongsu mak - Sarah Aisyah.
Anak kedua ma chik - Raisya Haneen.
Anak pertama mak ude - Nor Asyifa Khalisya.
Anak pertama dan kedua ma long - Mia Arissa Najwa dan Nia Ariana Nadhira.
Anak3 mak yang sebelum ni aqiqah dengan menumpang lembu majlis perkahwinan mak3 saudara je.
Tapi untuk kali ni, nampaknya perlu buat majlis khas sebab Insyaallah lambat lagi majlis perkahwinan akan diadakan kembali di rumah ni.
Jadi, pakat2 kongsi la sorang sikit duit 4 beradik yang terlibat ni.
Dan Alhamdulillah selesai dengan jayanya.
Disebabkan ini majlis aqiqah anak bongsu mak, jadi mak merajinkan diri untuk tangkap gambar buat kenangan akan datang.
Aki, Pak Chik dan Ayah menunggu gang2 sembelih pagi2......

Tu lembu aqiqah. Saat2 akhir seekor lembu......
Kanak2 yang tak melepaskan peluang untuk menyaksikan aktiviti sembelih lembu. Sarah Aisyah, Mia Arissa dan Sarah Awatif.

Mak Ude dan Asyifa Khalisya......

Raisya Haneen dan Ma Chik.
Girls yang excited tengok lembu. Belakang adalah Tok Yah.

 Katuk jangan tak katuk :)
Ni plak suasana di dapur. Penuh dengan saudara mara dan jiran2 mai menolong apa yang patut.

Gulai kawah..... singgang tulang......

Panaroma dari wet kitchen nenek.... Mak Ude dan Tok Ma (adik nenek).

Aksi mak2 saudara (adik beradik nenek) sarapan pagi. Makan sambil gossip. hahaha.

Ni 3 sepupu yang macam belangkas..... hihihi....

Kemuncak majlis adalah selepas solat Jumaat.
Gang Jemaah masjid yang dijemput hadir ke rumah untuk solat hajat bersama-sama dan berselawat serta cukur jambul anak Ma Long yang baru, Nia Ariana Nadhira.
Dia baru berumur 5 hari je waktu majlis ni dibuat.
Baik betul dia hari tu.....
Macam tahu2 je hari ni majlis dia.
Ni je gambar yang sempat di snap ok. Sebab time ni penuh ngan kaum Adam je. Ni pun Ma Chik yang amik. Sure dia pun segan nak beria-ria jadi camerawomen. Hahahaha....... Janji ado....
Dengan berakhirnya majlis ni, maka semua cucu nenek sudah pun selesai diqeqahkan....
Ok la.... cukup tara ni....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads