Rabu, 13 Julai 2011

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


~iqah blog&#39;s~: kem <b>di marang</b> :)

Posted: 30 Jun 2011 11:36 PM PDT

Assalamualaikum . jawab jawab . 0k , sekarang saya nak cerita pasal kem kat marang . sebenar nyer dah lame pergi . cuma tidak berpeluang untuk updte pasal ni . saya pergi kem ni masa bulan due taw tige . hee , saya sudah lupe . semua kawan kawan aku dapat pergi . 80 orang yang terpilih . kiteorang pergi mase hari selase , balik hari khamis . tige hari , due malam . kiteorang pergi kat marang village resort and spa . kalau tidak silap saya lha ,saya dah lupe .huhu .
  mase ni , kiteorang kat dalam dwan . mangat nabila nak belaja(bju ungu) . wuwuwuu . yang kat sebelah tu , masturah .
  ini shazana , budak chantek . ni pum kat dalam dwan.
 pedulikan bilik kiteorang . bersepah - sepah . ni aku dan masturah . cantik beben0r  masturah ni .
                                                    
 ni aku ngan budak comey , nabila .sumue gambar gambar ni,kiteorang ambik kat bilik .
                                          ~CEMPAKE , 204 , hee ~
 w0o , cantik kang diaorang ? :) memang cantik sekali .
aku ngan alia . rotte kan kepale anda :D
 sayang diaorang sumue . muaachh :*niy pulak gambar diambik kat bilik alia .

~KENANGAN TERINDAH ~ rindu sangat saat saat ini .

       
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Bicara Hatiku...: kerja kebajikan <b>di PAKA</b>, trg

Posted: 01 Jul 2011 05:55 AM PDT




salam hai kwn3...

pada tanggal 30.6 hari khmis..ktorg k rumah en rosdin utk bt kerja kebajikan. seperti biasa, rumah y benar2 terpilih dan layak akan diberi sumbangan..
seperti mknn harian, klgkapan rumah,membina tandas baru dan bilik air, dan mmbt tngga.
alhamdulillah dengan kerjasama bersama rakan2 yang sgup meluangkan masa kerja kbajikan selesai sblm matahari terpacak ats kepala..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


VIDEO DAN GAMBAR RIBUT TAUFAN <b>DI KUALA TERENGGANU</b> 18 | 20 JUN 2011 <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2011 07:22 PM PDT

VIDEO RIBUT TAUFAN DI KUALA TERENGGANU 18 | 20 JUN 2011.

TAGS : VIDEO RIBUT DI KUALA TERENGGANU 2011, RIBUT TAUFAN DI KUALA TERENGGANU 2011, KUALA TERENGGANU DILANDA RIBUT 20 JUN 2011, GAMBAR RIBUT TAUFAN DI KUALA TERENGGANU 2011, VIDEO DAN GAMBAR


NAK LIHAT GAMBAR RIBUT? KLIK SINI. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Kirapu.blogspot: Taman Monumen, Taman Tamadun Islam, <b>di Pulau Wan Man</b>

Posted: 16 Feb 2011 07:52 PM PST

Taman Tamadun Islam (TTI) terletak di pulau Wan Man tak jauh dari Losong (kawasan yg terkenal dgn kepok Losong) dan muzium Terengganu. Taman Tamadun Islam (TTI)ni ialah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh dunia.Kat sini kitorang ambil pakej promosi masa tu semperna karnival iaitu pakej termasuk tiket masuk dan keretapi di taman monumen, river cruise dan pakej makan serta cenderamata dengan harga RM20.00.
Taman Monumen

Di taman monumen ni terdapat pelbagai replika masjid dan senibina keagungan Islam. Selain menggunakan keretapi, pengunjung boleh gak menyewa basikal yg terdapat di sini.

Banyak lagi sebenarnya monumen2 yg ada kat sini selain daripada semua yg di atas. Kalau nak tengok kena la datang sini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Kempen Lynas: Mula Dapat Perhatian <b>di Kemaman</b> | KEADILAN Kemaman

Posted: 13 May 2011 07:16 PM PDT

May 14, 2011 · 2:16 am

Alhamdulillah, Cabang Kemaman berjaya menganjurkan dua program berasingan untuk melancarkan Kempen Anti Lynas di Kemaman. Majlis dimulakan dengan masyarakat Tionghua di Restoran Steven, yang menyaksikan 120 orang masyarakat Tionghua hadir mendengar penerangan mengenai bahaya loji bumi nadir yang akan dibuka oleh Lynas.

Majlis mendapat penerangan dari Sdr Chean Chung dan Sdr Yi Fan, yang mahir dalam hal ehwal ini dari pengalaman mereka sebagai juru selidik di Parlimen dan Pejabat EXCO.

Sdr Ketua Cabang menerangkan mengenai kedudukan loji-loji gas dan petrokimian sepanjang koridor dari Gebeng ke Kerteh, yang sewajarnya tidak diletakkan dalam keadaan bahaya dengan kehadiran sebuah loji beradioaktif.

YB Fuziah hadir di kedua-dua majlis dan memberikan penerangan yang cukup jelas dalam suasana ilmiah. Ini kali pertama sebuah ceramah perdana hanya berkisarkan satu isu sahaja tetapi alhamdulillah orang ramai terus memberikan perhatian hingga ke akhirnya.

Terima kasih Sdr Awi kerana memberikan tapak rumah beliau sebagai Markas Pakatan Rakyat bagi kawasan Gong Pauh!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Cik Nurul Cantek: perihal kereta kemek

Posted: 11 Jul 2011 11:21 PM PDT

salam..

tahun lepas..dalam tengah tahun begitu..aku seperti biasa setiap bulan drive balik kuantan..jumpa mak ayah..so selalunya aku ikut jalan lama..ko xyah nak terpengaruh cerita Karak tue..aku ok je..lepas hiway Karak bukit bukau tue, ko lalu bentong, pastu masuk ikut pekan Karak, pastu terus je sampai Kuantan..nanti lalu lah Lanchang, Temerloh, Sri Jaya, Maran sume tue..

so aku kan suka drive waktu malam..sebab aku spesies mengantuk siang, suka makan buah n sayur (eh, mcm sugar glider..haha)..so drive lah malam...dalam pukul 12 macam tue aku dah sampai kat Temerloh dah..tak mengantuk pun..lagipun ada dok berborak cakap telefon sepanjang jalan dari tol Gombak tue..

tapi time nak sampai Sri Jaya kot..aku dah mula seram..bukan apa..takde lori langsung nak teman aku malam tue..tsk..jadi mcm x meriah lah pulak..ewah..huhu..padahal adik aku mira penah sms dulu time aku sampai situ..kata ada momok kat depan celah2 pokok..ngengs...so tiap kali lalu situ mesti teringat pastu menyesal x hafal seluruh al-Quran 30 juzuk semua..tsk..

so keluarlah pulak masuk hiway around 12.30..aku x suka masuk hiway sebab jalan lurus aje..buhsan memandu begitu..tak thrill..ewah..tapi teruskan ajelah..then decide nak keluar ikut tol Jabor..selalunya keluar tol Gambang...oh ye..jgn keluar tol Kuantan..useless..ko nanti terkapai2 kat area bukit Goh tue..haha..

so drive straight ajelah..tiba-tiba lagi beberapa km nak sampai tol Jabor tue...aku tergelap mata ke terlelap ke xtaulah..sedar2 bunyi BAM! zrettttt...haaa kau..nasib baik aku x masuk gaung..langgar bearer tepi tue..kereta aku satu2nya di situ yek...tapi aku x berhenti...aku terus je gerak..speed sampai tol Jabor..pedulik ah speed trap ke apa pastu..haha..

sampai rumah..ckp kat mak aku..tadi eksiden kat Jabor..mak aku tanya kat tepi hiway x jauh dah dengan tol ke...aku jawab memang tepat sekali..pastu mak aku kata memang selalu orang eksiden situ..pastu mak aku tanya lepas buang air kat hentian tue..naik kereta x baca doa dah ek..aku pun macam...haaaaa...terlupa...padahal dari KL dah baca doa segala surah sume...memanglah perkara ghaib suka mengekor orang x berdoa..tue yang kena tue..

jadi esoknya tengok kereta kemek teruk belah kiri..tapi sampai sekarang aku x repair..aku xleh afford tinggal kereta kat bengkel lebih 2 hari..tue je kenderaan yang aku ada..lagipun aku jenis x percaya kat orang..karang lepas 2 hari..ditukarnya gear box tue..x pepasal aku kena bawak kereta auto..aku kan nurul the racer..mana boleh bawak auto..haha..aku x suka kereta auto..sincerely..

jadi itulah salasilah sejarah kemek di kiri kereta...sekian..

p/s boleh panggil saga kemek tue mael lambung..haha..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kerteh - Google Blog Search

13 di kerteh - Google Blog Search


BuyenPhotographics: Majlis Perkahwinan Hisham dan Zakiah, <b>Kerteh</b> 2

Posted: 04 Jul 2011 02:12 AM PDT

Post kali ini merupakan giliran pasangan Hisham dan Zakiah yang telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada akhir bulan Mei yang lepas. 

Bertempat di rumah pengantin perempuan di Kerteh 2, mereka selamat diijabkabulkan selepas waktu Isyak, disusuli majlis persandingan keesokan harinya.

Sesi outdoor terus disambung selepas Asar hari  yang sama, bertempat di Pantai Teluk Bidara. Gambar -gambar outdoor akan menyusul dalam post yang seterusnya.

Semoga pasangan Hisham dan Zakiah akan berpanjangan jodoh mereka hingga ke syurga, InsyaAllah.
















Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


kampung nelayan: <b>kuala besut</b> kuala kemamang wakpe kuala dungung <b>...</b>

Posted: 01 Jul 2011 01:32 PM PDT

Di kaborkan orang, nelayan2 Kuala Dungun sambut baik dan berterima kasih kepada kerajaan kerana telah lulus peruntukan untuk korek muara sungai Dungung biar dalam. Muara sungai yang cetek kata nelayan2 hok gi mesyuarat tu merbahaya bila mari piang berombok dang doh banyok kali pulak doh muto orang kelaut tenggelam. Kuala sungai di negeri Teganu kita ini banyok yang telah di korek semula kerana airnya tohor dan banyak terjadi beting pasir yang menghalang laluan kapal, muto dang perahu. Dari Kuala Kemamang ke Kuala Besut banyak muara kena di korek semula. Hakisang pantai yang dahsyat telah menghakis bahang umah dan tanah kampung. Jadi penambakan laut dibuat nok ke dok terpaksa dibuat kerana mengancam kehidupang dang keselesaang kampung sekitar dan untuk menebus semula kawasan tanah yang telah bahang dombak menjadi laut untuk pembangunang. 

Seingat jeragang sungai Dungung memang tohor kerana masa dolu2 tok nambang buleh pakai galah jer lancar perahu gi seberang...  Bukan hanya puok rabok, wareh waroh jeragang termasuklah Bak, Ayoh Itang, Abang Harun, Mat Aziz dang awok2 kelaut,   sahabat seperblogang jeragang Awang@Dungun pun suka tidak terkira baca pengumumang tersebut..  Awang nampaknya menaruh harapang yang tinggi sesayup menara KLCC supaya penderitaan dan kesusahang orang kelaut akang berkhir. Bagaimana pung Enche Awang kita nie turut memberi ingatang yang berguna.. jeragang perturunkan disini ulasan awang tu minus berita:

"Alhamdulillah. Harapan @Dungun dengan penambahbaikan projek ini akan membantu penduduk setempat. Satu lagi isu iaitu dari pemerhatian @Dungun sebelum ini di sekitar sepanjang pantai dari Kuala Dungun hingga ke Sura Hujung terutamanya di kawasan Teluk Lipat dan Sura Jeti hakisan pantai juga agak kritikal, pantai menjadi semakin pendek dan laut semakin hampir dengan jalan. Landskap pantai di kawasan ini amat berubah berbanding dengan tahun-tahun dahulu. Seingat @Dungun landskap ini berubah dalam tahun-tahun 2008. Sungguh berbeza sekali. Diharapkan juga projek menambak laut menampan ombak dilakukan dengan segera bagi mengelakkan pantai makin terhakis. Mungkin selepas ini pantai boleh ditambah timbun semula dengan pasir supaya landskapnya mungkin boleh sama bentuknya seperti dahulu. Cumanya agar ia dibuat elok dan bukan ditambah pasir dengan menjadi landai seperti Pantai Batu Buruk, pantainya berubah seperti padang pasir -terlalu landai dan jauh ke tengah. Mungkin kita tidak dapat melaksanakannya dengan menjadikan ia seperti dahulu. Kita hanya berikhtiar dan merancang, hanya Allah sahaja yang menentukan segalanya."
Cerita semacam dengang topik nie atau yang sama waktu dengang nye pung ada banyak kali jeragang wat tubik disini... banyak cerita masalah kuala sungai di negeri Teganu kita ni dari Kuala Kemamang hinggalah ke Kuala Besut serema nok kena korek dan pantai hok rebih bahang dombok nok kena tambung pulak... molek sangat dah tu korek sungai wat tambung pasir pantai, buleh buat kawasan rekreasi. Orang dungung lening dah jadi bandorang dok lama jadi bandoraye pulak. Kadang kalu nok raya kena posa dulu. Dalam makrifat jeragang kedudukan dan landskap natural Kuala Dungung boleh jadi rohok sikit nak mengatasi masalah ni... tengok peta ni yang jeragang ambik dari google dan gambo2 yang banyak blog duk posting, antara hok jeragang berahi tengok dari blog Turbineman's Log.. 

Kalu dok kena gaya korek dan tambak akan bawak masaloh laing pulak macang tambak kawasan epot di Telaga Batin habis pantai Tok Jembal rebih dang punoh ranoh... rekod dalam negeri Teganu kita pasal wat keja lagu nie banyok doh..  buat sekolah sekoloh reboh buat stadiung, stadiung runtuh... pulau Duyung bangung orang luor untung... pah orang kita buleh pende nye????... boleh tengok jer laa khising gigi2 kering gusi.. hok buleh projek tu yang jadi kaya raya... sapa dia tu? jeragang dok kenal setabuk hama, bangkali awang tahu kut?



View Larger Map
Seperti awang , jeragang berdoa supaya masalah orang kelaut dapat diatasi.... selain korek muara dan tambak pantai jeragang pikir kena ada jugak cara alternatif lain... bina pemecah ombok misalnya. Baca entry awang pasal opal, menjadikan jeragang percaya benda ning buleh buat... projek tambak pantai sekarang nie dok berapa nak jadi.. ombok bahang pasir sampai tepi jalan.... jalan dekat dengang warung nasik dagang tu habis doh rebih.... Kedudukang kuala Dungung yang ditebeng oleh batu yang menganjur jadi tanjung dari bukit rumah api dan laut terbuka dari sebelah Teluk Lipat dang Sura kalu piang berombak merbahaya kerana kena cekok dulu baru buleh masuk kuala.... kalu dok reti intai ombak perahu buleh letang... kalu masa tu ombah mecoh boleh tenggelam... tu pasal ada sokmor muto tenggelam nak2 taung kata orang kapong jeragang. Sebelah pantai laut pulak ombak kuat yang amat, muto kalu lambat masuk kuala mudah hanyut ke pantai..... boleh pecoh terandas batu dan bahang dombak... jeragang teringat lebih 30 tahun lepas angin kecang berdesing mari terjah, ombak bergulung2 dan mutih memecah tidak jauh dari kuala..... berbelas buah muto kelaut tenggelam... ramai orang hanyut dan mati lemas... jeragang masa tu masih bebudak turut cari orang atau mayat yang hanyut ikut pantai hingga sampai ke Bukit Bauk... Beberapa tahun lepas tuh pulak sebuah kapal kargo tersadai dipantai laut Teluk Bedara berhampiran gua ... tak silap 3 atau 4 orang terkorban... jeragang menyaksikan peristiwa itu secara live..... camne mereka bergelut melawan ombak bergulung cuba berenang kedarat...ada yang naik setelah menjadi kaku.... penonton di pantai ramai meraung macang dalang cerita Korea... Beberapa kali jeragang kena kejo dorang tua2 kerana bermain di kawasan tanjung  bukit rumah api tuh tengok orang masuk kuala piang berombak... dok kira bahaya suka tengok mutu tikang ombok mecah...... gitulah cara hidup kapung ambik berat dok kira anok sapa..... kalu lening buleh kena samang tu...
Jeragang berasa projek korek kuala dang tambak pantai atau bina pemecah ombak sudah tentu makang belanja beso... buleh jadi berbiliong dok tahu jugak... lepas tu maintanance pulak satu hal lagi.... masalah ini kena tengok lebih serius dan secara wholistik.... Mungkin boleh diintegrasi dengan projek pelancungan dalang plan ECER tu.. lama doh jeragang dok berangang membangun nelayan dan tradisi kenelayanang sebagai produk pelancungan integrasi seperti posting jeragang tidak berapa lama dulu mengenai Kuala Abang dan Teluk Lipat... Jeragang masih percaya membangun masyarakat paling baik adalah secara insitu.. jangang lah kita selama-lama nye dok hambat orang kita maing jauh2 ambik tanoh mereka bayar serial tiga amah. Pah tu panggil investor luar bagi projek beso2, maka awok2 kita dapat lah kontrak skit2 dan orang hok kita panggil dok angkut untung berkarung2..... hightime pegawai2 beso dalam negeri Teganu kita hok kata nye nok bawok pembangunang untuk rakyat tu berfikir di luor kotok... ke guane mung awang...... jeragang
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Selasa, 12 Julai 2011

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Hartanah Untuk Dijual: Tanah Lot Banglo <b>di</b> Kg Nyiur <b>Paka</b>

Posted: 28 Jun 2011 04:09 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Tanah Lot Banglo di Kg Nyiur Paka. RM58,000.00. Tanah Rezab Melayu. Lokasi : Paya Panchur. Kg Nyiur Paka Dungun Terengganu. 300 meter dari jalan utama. Tanah telah siap tambun. Keluasan : 540 meter persegi ...

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Alami Terengganuku...: Tomoi (Muay Thai) <b>di Besut</b>

Posted: 10 Jul 2011 04:54 AM PDT

Istilah 'gedebe' sering dikaitkan dengan masyarakat Negeri Kelantan. Sebenarnya istilah ini juga dikongsikan penduduk daerah Besut yang bersempadan dengan negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Persamaan kolokial antara dua tanah yang berbeza ini membawa kepada banyak persamaan budaya dan cara hidup yang sebenarnya sangat unik dan tiada dalam daerah lain di Negeri Terengganu. Kedudukan daerah Besut ini yang berhampiran dengan Kelantan dan Thailand membawa sedikit sebanyak pengaruh dalam kehidupan masyarakat di sini.

Sukan Tomoi(Muay Thai) sebagai contoh, menjadi satu kesukaan dalam masyarakat di sini. Seperti Dikir Barat juga, perlawanan tomoi sering diadakan di pelbagai tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Kebiasaannya, perlawanan ini diuruskan oleh persatuan yang menghimpunkan peninju-peninju tomoi dari Kelantan dan juga Besut. Kawasan yang akan diadakan pertandingan dipagar dengan atap zink yang tinggi. Bayaran RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Nyatanya, bayaran ini sangat berbaloi untuk menyaksikan beberapa pasang peninju tomoi beradu tenaga di pentas maruah ini. Lebih mengujakan, terdapat juga peninju tomoi dari kalangan wanita yang tidak kurang hebatnya.

Kelunakan bunyi serunai dan gendang menemani perlawanan jaguh-jaguh tomoi tempatan. Semakin kuat tumbukan dan tendangan, semakin kuat jeritan dari penonton-penonton. Tubuh jaguh-jaguh tomoi yang bertarung ini keras bak besi, terutamanya di bahagian tulang kering yang sering berlaga. Sesekali kaki singgah di muka menambahkan lagi teriakan penonton dan sesekali siku singgah di muka membuatkan lawannya rebah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


Asrama Darul Akhyar mulakan operasi ambil 98 pelajar | Darul Iman

Posted: 07 Jul 2011 07:23 PM PDT

PELAJAR pertama yang mendaftar di Asrama Darul Akhyar bergambar bersama kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu di Kampung Tanjung Kapal, Batu Rakit, Kuala Terengganu, baru-baru ini. – utusan/FAUZI MOHD.

KUALA TERENGGANU 7 Julai (Utusan  Malaysia) – Asrama Darul Akhyar kelolaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu di Kampung Tanjung Kapal, Batu Rakit, di sini mula beroperasi dengan pengambilan kumpulan pertama seramai 98 pelajar.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata, asrama untuk anak yatim dan fakir miskin itu menelan kos RM4.3 juta dengan pembinaan dua blok asrama lelaki dan perempuan, kantin, surau dan rumah warden.

Katanya, asrama itu telah mengambil pelajar bermula dari tingkatan satu hingga empat dari seluruh negeri dan mereka telah ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit, dekat sini.

"Semua kos operasi termasuk elaun tujuh kakitangan asrama, perbelanjaan setiap pelajar seperti yuran sekolah, tambang bas, duit saku ditanggung sepenuhnya oleh pihak Maidam.

"Pihak Maidam juga akan berusaha menambah baik prasarana seperti penyediaan perpustakaan, gelanggang sukan serta kawasan riadah bagi menjadikan Asrama Akhyar ini sebagai pusat pengajian dan kebajikan anak yatim yang terbaik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis kesyukuran pembukaan asrama itu di Batu Rakit, dekat sini semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat yang juga Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit.

Wan Harujan berkata, seramai 44 pelajar lelaki dan 54 perempuan yang berjauhan dengan keluarga di Darul Akhyar itu diberi perhatian khusus terutama soal disiplin dan pencapaian akademik.

Katanya, pihak Maidam juga mengalu-alukan sekiranya terdapat pihak lain seperti badan korporat dan individu persendirian untuk hulurkan sumbangan bagi membantu mereka mendapatkan pendidikan yang terbaik.

"Begitu juga dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan penuntut institusi pengajian tinggi turut dipelawa mengadakan pelbagai program bermanafaat di asrama ini.

"Untuk itu juga, Maidam akan turut jalinkan kerjasama dengan beberapa asrama anak yatim yang diuruskan oleh pihak lain kerana mereka lebih berpengalaman dalam perkara ini," katanya.

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2011 12:00 AM PDT


Persatuan Belia <b>Felda Jerangau</b>: Pertandingan Memancing Terbuka <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2011 01:19 AM PDT

Pada 22 April yang lalu telah berlangsungnya Pertandingan Memancing Terbuka FELDA Jerangau anjuran Persatuan Belia (MBFM) Felda Jerangau bertempat di kolam ikan Pok Kob dengan disertai lebih 70 orang peserta. Peserta yang terlibat adalah daripada kampung-kampung sekitar FELDA Jerangau. Turut mengambil bahagian adalah beliawanis yang bersama-sama memeriahkan acara. Yang lebih membanggakan ada peserta yang membawa anak-anak untuk turut sama beriadah. Pertandingan ini turut dimeriahkan lagi dengan acara meneka biji betik yang menawarkan hadiah sebuah basikal beserta hamper. Ikan terberat yang berjaya dinaikkan seberat 3.5 kg. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Din bin Adam, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Besi. Turut sama memeriahkan adalah Pengurus dan Penolong Pengurus FELDA Jerangau serta Pengerusi JKKK FELDA Jerangau 'A'. Acara ini turut disokong oleh Pejabat JKKR FELDA Jerangau, Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Bukit Besi, Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Dungun Serta Ketua UMNO Bahagian. Diharap pada masa yang akan datang Persatuan Belia (MBFM) FELDA Jerangau terus mendapat sokongan daripada semua pihak agar harapan untuk melihat persatuan ini maju akan terus subur.

Galeri Gambar klik disini

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Persatuan Belia <b>Felda Jerangau</b>: Temu Mesra Warga <b>FELDA Jerangau</b> <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2011 12:11 AM PDT

PERIHATIN...Pengurus Besar FELDA Wilayah Terengganu bersama Pengurus Rancangan FELDA Jerangau meluangkan masa melawat warga FELDA Jerangau

Pada 2 Mac 2011 yang lalu Pengurus Besar FELDA Wilayah Terengganu Tuan Haji Malib telah meluangkan masa melawat ke beberapa buah rumah warga FELDA Jerangau bersempena Program Temu Mesra Warga FELDA Jerangau Bersama Pengurus Besar FELDA Wilayah Terengganu. Pada sebelah pagi Pengurus Besar bersama-sama Pengurus Rancangan FELDA Jerangau dan kakitangan beserta Jawatankuasa Persatuan Belia (MBFM) FELDA Jerangau telah meluangkan masa untuk bersama-sama warga felda bagi bertanya khabar serta menyampaikan hamper bagi mereka yang mangalami sakit kronik. Pada sebelah petang pula telah diadakan program dialog bagi merungkaikan persoalan yang telah sekian lama berlegar di fikiran warga felda. Program ini telah berlangsung dengan jayanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Sekolah Kebangsaan <b>Ketengah Jaya</b> II: Apa Itu DADAH?

Posted: 01 Feb 2001 12:00 AM PST

PENGERTIAN DADAH Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badansecara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.


JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.

1.        Opait

2.        Perangsang (stimulants)

3.        Penekanan (Depressants)

4.        Hallucinogen

5.        Ganja (Cannabis)

OPAIT
Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein,Ganja.

PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)
Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap ujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiap hari.

JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN
Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak berkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish atau marijuana atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.

APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH
Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-

1.        Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.

2.        Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.

3.        Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan
           yang sebaya dengannya.

4.        Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.

5.        Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.

6.        Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.

7.        Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.

8.        Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.

9.        Kerana keporak perandaan rumahtangga.

10.      Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.

11.      Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.

12.      Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.

13.      Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai agama.


DADAH YANG TERKENAL
1. APA DIA SYABU
I.I. Nama panggilan dan nama saintifik
SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride". Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:-

a.        ICE

b.        GLASS

c.        CRACK METH

d.        HIROPONG

e.        BATU (STONES)

Oleh kerana majalah ini adalah berpandukan kepada latar belakang bahan ini di negeri Sabah, maka panggilan SYABU akan digunakan bagi tujuan rujukan.

1.2 Rupa Syabu Di Pasaran
Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya ( colourless rock-like transparent granules) yang halus.

1.3. Bungkusan (Packaging)
Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang  berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran' bagi kegunaan penagih syabu.

1.4. Isi Kandungan (Ingredient) dan Synthesis
Bahan-bahan syabu yang utama ialah " d-Methamphetamine" yang tersenarai di bawah Bahagian III Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu bahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesis kimia seperti berikut :-
                                     
                                C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3


2. LATAR BELAKANG
2.1.   Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun 'DESIGNER DRUGS' yang telah wujud sejak perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika itu, juru terbang (Fighter pilot) menggunakan syabu perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askar-askar lain berperang tanpa tidur untuk tempoh masa yang panjang;
2.2.   Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut adalah askar-askar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi menentukan pihak manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang mereka mementingkan ialah supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpa mengirakan kesan negatithya yang kadangkala boleh mendatangkan maut;
2.3.   Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruh oleh pembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang tanpa izin warganegara Filipina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa bersama-sama untuk kegunaan sendiri telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduk tempatan. Pengaruh Syabu di Filipin pula telah ditinggalkan oleh askar-askar Amerika Syarikat yang telah lama berkhidtnat di negara tersebut.

3. PENGEDAR/PENYELUDUP (MODUS OPERANDI) SYABU
Kebanyakan pengedar-pengedar syabu yang terdapat di Sabah adalah secara kecil-kecilan yang dilakukan secara individu. Mengikut risikan mereka menggunakan berbagai-bagai tektik untuk menyeludup syabu dan diantaranya adalah seperti berikut:
3.1.1. Menyembunyi didalam barang-barang persendirian seperti kain/baju dan lain-lain;
3.1.2. Dalam motor starter;
3.1.3. Lampu Kalimantang;
3.1.4 Bekas stater kalimantang
3.1.5. Bekas tin bedak;
3.1.6. Bekas bateri tetefon bimbit; dan
3.1.3. Tumit selipar/kasut.

3.2. Selain Filipina, negara Hong Kong juga mengeluarkan bekalan Syabu dan pembekal-pembekalnya dipercayai mendapat bekalan-bahan asli dari negara China ( mainland ) dan memproses Syabu di "underground laboratories" untuk dibekalkan ke Jepun, Taiwan dan juga sebahagian kecil kepada Sabah. Adalah dipercayai bahawa Syabu yang dibuat di Hong Kong adalah yang bermutu lebih tinggi jika dibandingkan syabu yang datang dari negara Filipina.

3.3. Syabu yang datangnya dari negara Filipina adalah terdiri daripada 90% yang peratus yang dibekalkan ke pasaran Sabah. lanya diseludup masuk dalam bentuk I kilogram, 1/2 kilogram atau dalam bentuk 'bar' yang berat 50 gram. Oleh kerana syabu merupakan bentuk halus dibanding dengan dadah lain seperti ganja, sejumlah besar dan berat boleh disembunyi melalui kumpit kumpit atau diseludup di atas badan dan ianya sukar dikesan. Syabu yang berjaya diseludup masuk akan dijual kepada pengedar tempatan yang akan membuat bungkusan semula dalam bentuk bungkusan plastik 5 gram, 1 gram dan tiub plastik kecil 0.045 gram untuk diedar kepada pasaran di Kota Kinabalu dan lain-lain daerah.

4. NAMA BRAND DAN GRED SYABU
4.1. Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut rupa bentuk dan mutunya. Diantara nama-nama yang di panggil adalah seperti:
i) China White
ii) Cristal Stones

4.2. Pada umumnya, Syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaitu
Gred I - Cristal Stones
Gred II - China White
Gred III - Syabu biasa yang kebanyakanya telah dicampur dengan tawas.

Syabu yang terdapat di pasaran Sabah kebanyakannya terdiri daripada syabu jenis Gred II

5. KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]
5.1. Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:

a.        Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;

b.        Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;

c.        Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan

d.        Bersifat agresif.

Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut:

a.        Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);

b.        Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;

c.        Keracunan pada sistem saraf tunjang;

d.        Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;

e.        Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan

f.         Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar diubati

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isnin, 11 Julai 2011

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Amalia&#39;s Chocolate n Cupcake: MACARON kini <b>di BESUT</b>, TERENGGANU!!!!

Posted: 07 Jul 2011 11:35 AM PDT

Amalia's ader produk baru lagi...MACARON kini ada di besut, terengganu!!!!

filling: strawberry, coffee, lemon, orange, blueberry, chocolate ganache, peanut butter



hai semua!!fuh..eksaited..eksaited...huhuhu...ok,istimewa untuk semua yg tertunggu2 macaron Amalia's, kini anda dah boleh start wat tempahan...min order 15 pcs (1 box)..harga sekotak adalah RM48 SHJ termasuk postage...amalia hanya buat penghantaran sekali seminggu iaitu pada hari isnin SAHAJA..sila tempah sekurang-kurangnyer 4 hari sblm hari amalia pos...klu terlepas, amalia akan pos ari isnin minggu yg berikutnyer...ramai yg tanyer kenapa harga macaron mahal..supaya u oll semua tak salah sangka, so amalia gtau yer..

1. bahan2 utk buat macaron mahal2...bukan mcm wat biskut biase...bahan utama nyer adalah almond dan gula!! dan tak pakai tepung langsung..

2. kertas pelapik utk bakar macaron pun mahal yg amat...peergghh..sakit jiwa dibuatnyer..

3. proses pembuatan macaron sgt la mengada2...silap cikit je mmg tkkn jadi macaron..suhu pn kene sukat pakai termometer..cuaca pun kne tgk jgk...

hubungi amalia sekarang untuk tempahan: 019-3185528

thank u for ur support!!!mmmmuuuuaaaaahhhhss.....

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads