13 di besut - Google Blog Search |
Alami Terengganuku...: Tomoi (Muay Thai) <b>di Besut</b> Posted: 10 Jul 2011 04:54 AM PDT Istilah 'gedebe' sering dikaitkan dengan masyarakat Negeri Kelantan. Sebenarnya istilah ini juga dikongsikan penduduk daerah Besut yang bersempadan dengan negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Persamaan kolokial antara dua tanah yang berbeza ini membawa kepada banyak persamaan budaya dan cara hidup yang sebenarnya sangat unik dan tiada dalam daerah lain di Negeri Terengganu. Kedudukan daerah Besut ini yang berhampiran dengan Kelantan dan Thailand membawa sedikit sebanyak pengaruh dalam kehidupan masyarakat di sini. Sukan Tomoi(Muay Thai) sebagai contoh, menjadi satu kesukaan dalam masyarakat di sini. Seperti Dikir Barat juga, perlawanan tomoi sering diadakan di pelbagai tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Kebiasaannya, perlawanan ini diuruskan oleh persatuan yang menghimpunkan peninju-peninju tomoi dari Kelantan dan juga Besut. Kawasan yang akan diadakan pertandingan dipagar dengan atap zink yang tinggi. Bayaran RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Nyatanya, bayaran ini sangat berbaloi untuk menyaksikan beberapa pasang peninju tomoi beradu tenaga di pentas maruah ini. Lebih mengujakan, terdapat juga peninju tomoi dari kalangan wanita yang tidak kurang hebatnya. Kelunakan bunyi serunai dan gendang menemani perlawanan jaguh-jaguh tomoi tempatan. Semakin kuat tumbukan dan tendangan, semakin kuat jeritan dari penonton-penonton. Tubuh jaguh-jaguh tomoi yang bertarung ini keras bak besi, terutamanya di bahagian tulang kering yang sering berlaga. Sesekali kaki singgah di muka menambahkan lagi teriakan penonton dan sesekali siku singgah di muka membuatkan lawannya rebah. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di besut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan