Rabu, 13 Julai 2011

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


kampung nelayan: <b>kuala besut</b> kuala kemamang wakpe kuala dungung <b>...</b>

Posted: 01 Jul 2011 01:32 PM PDT

Di kaborkan orang, nelayan2 Kuala Dungun sambut baik dan berterima kasih kepada kerajaan kerana telah lulus peruntukan untuk korek muara sungai Dungung biar dalam. Muara sungai yang cetek kata nelayan2 hok gi mesyuarat tu merbahaya bila mari piang berombok dang doh banyok kali pulak doh muto orang kelaut tenggelam. Kuala sungai di negeri Teganu kita ini banyok yang telah di korek semula kerana airnya tohor dan banyak terjadi beting pasir yang menghalang laluan kapal, muto dang perahu. Dari Kuala Kemamang ke Kuala Besut banyak muara kena di korek semula. Hakisang pantai yang dahsyat telah menghakis bahang umah dan tanah kampung. Jadi penambakan laut dibuat nok ke dok terpaksa dibuat kerana mengancam kehidupang dang keselesaang kampung sekitar dan untuk menebus semula kawasan tanah yang telah bahang dombak menjadi laut untuk pembangunang. 

Seingat jeragang sungai Dungung memang tohor kerana masa dolu2 tok nambang buleh pakai galah jer lancar perahu gi seberang...  Bukan hanya puok rabok, wareh waroh jeragang termasuklah Bak, Ayoh Itang, Abang Harun, Mat Aziz dang awok2 kelaut,   sahabat seperblogang jeragang Awang@Dungun pun suka tidak terkira baca pengumumang tersebut..  Awang nampaknya menaruh harapang yang tinggi sesayup menara KLCC supaya penderitaan dan kesusahang orang kelaut akang berkhir. Bagaimana pung Enche Awang kita nie turut memberi ingatang yang berguna.. jeragang perturunkan disini ulasan awang tu minus berita:

"Alhamdulillah. Harapan @Dungun dengan penambahbaikan projek ini akan membantu penduduk setempat. Satu lagi isu iaitu dari pemerhatian @Dungun sebelum ini di sekitar sepanjang pantai dari Kuala Dungun hingga ke Sura Hujung terutamanya di kawasan Teluk Lipat dan Sura Jeti hakisan pantai juga agak kritikal, pantai menjadi semakin pendek dan laut semakin hampir dengan jalan. Landskap pantai di kawasan ini amat berubah berbanding dengan tahun-tahun dahulu. Seingat @Dungun landskap ini berubah dalam tahun-tahun 2008. Sungguh berbeza sekali. Diharapkan juga projek menambak laut menampan ombak dilakukan dengan segera bagi mengelakkan pantai makin terhakis. Mungkin selepas ini pantai boleh ditambah timbun semula dengan pasir supaya landskapnya mungkin boleh sama bentuknya seperti dahulu. Cumanya agar ia dibuat elok dan bukan ditambah pasir dengan menjadi landai seperti Pantai Batu Buruk, pantainya berubah seperti padang pasir -terlalu landai dan jauh ke tengah. Mungkin kita tidak dapat melaksanakannya dengan menjadikan ia seperti dahulu. Kita hanya berikhtiar dan merancang, hanya Allah sahaja yang menentukan segalanya."
Cerita semacam dengang topik nie atau yang sama waktu dengang nye pung ada banyak kali jeragang wat tubik disini... banyak cerita masalah kuala sungai di negeri Teganu kita ni dari Kuala Kemamang hinggalah ke Kuala Besut serema nok kena korek dan pantai hok rebih bahang dombok nok kena tambung pulak... molek sangat dah tu korek sungai wat tambung pasir pantai, buleh buat kawasan rekreasi. Orang dungung lening dah jadi bandorang dok lama jadi bandoraye pulak. Kadang kalu nok raya kena posa dulu. Dalam makrifat jeragang kedudukan dan landskap natural Kuala Dungung boleh jadi rohok sikit nak mengatasi masalah ni... tengok peta ni yang jeragang ambik dari google dan gambo2 yang banyak blog duk posting, antara hok jeragang berahi tengok dari blog Turbineman's Log.. 

Kalu dok kena gaya korek dan tambak akan bawak masaloh laing pulak macang tambak kawasan epot di Telaga Batin habis pantai Tok Jembal rebih dang punoh ranoh... rekod dalam negeri Teganu kita pasal wat keja lagu nie banyok doh..  buat sekolah sekoloh reboh buat stadiung, stadiung runtuh... pulau Duyung bangung orang luor untung... pah orang kita buleh pende nye????... boleh tengok jer laa khising gigi2 kering gusi.. hok buleh projek tu yang jadi kaya raya... sapa dia tu? jeragang dok kenal setabuk hama, bangkali awang tahu kut?



View Larger Map
Seperti awang , jeragang berdoa supaya masalah orang kelaut dapat diatasi.... selain korek muara dan tambak pantai jeragang pikir kena ada jugak cara alternatif lain... bina pemecah ombok misalnya. Baca entry awang pasal opal, menjadikan jeragang percaya benda ning buleh buat... projek tambak pantai sekarang nie dok berapa nak jadi.. ombok bahang pasir sampai tepi jalan.... jalan dekat dengang warung nasik dagang tu habis doh rebih.... Kedudukang kuala Dungung yang ditebeng oleh batu yang menganjur jadi tanjung dari bukit rumah api dan laut terbuka dari sebelah Teluk Lipat dang Sura kalu piang berombak merbahaya kerana kena cekok dulu baru buleh masuk kuala.... kalu dok reti intai ombak perahu buleh letang... kalu masa tu ombah mecoh boleh tenggelam... tu pasal ada sokmor muto tenggelam nak2 taung kata orang kapong jeragang. Sebelah pantai laut pulak ombak kuat yang amat, muto kalu lambat masuk kuala mudah hanyut ke pantai..... boleh pecoh terandas batu dan bahang dombak... jeragang teringat lebih 30 tahun lepas angin kecang berdesing mari terjah, ombak bergulung2 dan mutih memecah tidak jauh dari kuala..... berbelas buah muto kelaut tenggelam... ramai orang hanyut dan mati lemas... jeragang masa tu masih bebudak turut cari orang atau mayat yang hanyut ikut pantai hingga sampai ke Bukit Bauk... Beberapa tahun lepas tuh pulak sebuah kapal kargo tersadai dipantai laut Teluk Bedara berhampiran gua ... tak silap 3 atau 4 orang terkorban... jeragang menyaksikan peristiwa itu secara live..... camne mereka bergelut melawan ombak bergulung cuba berenang kedarat...ada yang naik setelah menjadi kaku.... penonton di pantai ramai meraung macang dalang cerita Korea... Beberapa kali jeragang kena kejo dorang tua2 kerana bermain di kawasan tanjung  bukit rumah api tuh tengok orang masuk kuala piang berombak... dok kira bahaya suka tengok mutu tikang ombok mecah...... gitulah cara hidup kapung ambik berat dok kira anok sapa..... kalu lening buleh kena samang tu...
Jeragang berasa projek korek kuala dang tambak pantai atau bina pemecah ombak sudah tentu makang belanja beso... buleh jadi berbiliong dok tahu jugak... lepas tu maintanance pulak satu hal lagi.... masalah ini kena tengok lebih serius dan secara wholistik.... Mungkin boleh diintegrasi dengan projek pelancungan dalang plan ECER tu.. lama doh jeragang dok berangang membangun nelayan dan tradisi kenelayanang sebagai produk pelancungan integrasi seperti posting jeragang tidak berapa lama dulu mengenai Kuala Abang dan Teluk Lipat... Jeragang masih percaya membangun masyarakat paling baik adalah secara insitu.. jangang lah kita selama-lama nye dok hambat orang kita maing jauh2 ambik tanoh mereka bayar serial tiga amah. Pah tu panggil investor luar bagi projek beso2, maka awok2 kita dapat lah kontrak skit2 dan orang hok kita panggil dok angkut untung berkarung2..... hightime pegawai2 beso dalam negeri Teganu kita hok kata nye nok bawok pembangunang untuk rakyat tu berfikir di luor kotok... ke guane mung awang...... jeragang
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads