Selasa, 24 September 2013

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Percutian <b>di Pulau Kapas</b>, Terengganu | Luqman Zakaria

Posted: 21 Sep 2013 05:37 AM PDT

Assalamualaikum.
Untuk Edisi Travelog pada kali ini, aku ingin membawa korang semua menjelajah Pulau Kapas yang terletak kira kira 6 kilometer dari persisiran pantai Marang, Terengganu. Mengambil jurusan pengurusan pelancongan ketika belajar dahulu memberi peluang kepada aku dan kawan kawan menjejakkan kaki di Pulau Kapas untuk merasai sendiri pengalaman menyelam dan meneroka hidupan laut yang sangat awesome.
AIr yang jernih dan bersih menjadikan pulau kapas salah satu destinasi yang sesuai untuk aktiviti snorkelling. walaupon aku tidak tahu berenang, Peluang keemasan ini tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. 
Rasanya tak perlu describe kegembiraan dorang.tengok muka semua pon dah tahu.
Semua orang menikmati aktiviti snorkelling termasuk aku tapi kesian juga pada diri sendiri sebab terpaksa berpaut pada tali bila nak snorkelling dengan reaksi muka yang tidak boleh digambarkan. Aku pernah buat buat pandai berenang tapi ibu jari kaki terkena duri landak laut pulak. Alhamdulillah tak ada apa apa. 
Masih mampu feeling feeling titanic seorang diri walaupon kaki mengalami sedikit kecederaan. Sebenarnya tengah kecewa masa nih, jeles tengok kawan kawan berenang bebas di lautan biru. Aku pulak terpaksa duduk atas bot sambil tengok mereka mereka semua kuak kupu kupu dalam laut mencari ikan duyung yang cantik macam Neelofa. eh! dan akhirnya kitorang jumpa ikan duyung itu. tapi tak sama pun macam Neelofa.
Aktiviti snokerlling dilakukan sebanyak dua sesi, pagi dan petang. Tanning session pulak sepanjang hari. hehs. Apa yang boleh aku conclude, aktiviti ini sangat memenatkan tapi pada masa yang sama ianya menyeronokkan. Sebelum meninggalkan Pulau kapas, Kitorang bergambar secara berirama (Ramai ramai) untuk kenang kenangan.

kitorang stay di pulau kapas selama satu hari sahaja dan selepas itu meneruskan jelajah ke Masjid Kristal, pekena nasik kukus dan shopping keropok losong di terengganu. Aku harap entry ini cukup untuk meyakinkan korang bahasawanya Pulau kapas juga merupakan salah satu destinasi menarik yang boleh dikunjungi.

Beraya <b>Di Pulau Kapas</b> - Blog Cikgu Hairul

Posted: 19 Aug 2013 08:24 PM PDT

Catatan sepanjang cuti raya yang paling panjang, dua minggu tu. Sampai tak tau nak buat apa. Ini kali kedua saya berkunjung ke Pulau Kapas. Kali ini bukan misi kurus, tapi santai raya di pulau tanpa penduduk itu.

Setelah beraya di kampung, kami meneruskan santai raya ke Kuantan, Pekan, Pulau Kapas dan Gong Badak. Kali ini cuti panjang, maka saya ambik saranan melancong di hari raya.

Jeti Pulau KapasJeti Pulau Kapas kosong. Cuma ada beberapa orang je yang ada di pulau ni. Raya ke7 yang sunyi sepi. Dikhabarkan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad barulah meriah.

Round IslandIni aktiviti yang sempat dilakukan. Round Island. Trip yang lepas bot tak ada, kali ni saya cuma melengkapkan semua aktiviti yang ditawarkan di Pulau Kapas. Laut pun tak de la bergelora sangat, kalau nak snokerling atau berkayak memang best. Tapi percutian sekejap ni macam tak sempat je nak buat semua tu. Puaskan hati dengan mandi manda je.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads