13 di chukai - Google Blog Search |
Warga Pekan <b>Di</b> Gesa Segera Bayar <b>Cukai</b> Tertunggak Posted: 21 Sep 2013 10:48 PM PDT PEKAN - Tunggakan demi tunggakan dilakukan oleh pembayar cukai taksiran am di daerah ini mengundang kesulitan kepada Majlis Daerah Pekan (MDP) dalam melicinkan urusan pentadbiran daerah secara keseluruhan. Yang Dipertuanya, Datuk Mohd Fazli Mohd Kenali berkata, kedegilan sebahagian besar pemiutang cukai melaksanakan tanggungjawab mereka amat ketara apabila jumlah kutipan cukai pada tahun ini berkurangan sebanyak RM2 juta. Menurutnya, kos keseluruhan yang dikeluarkan bagi melaksanakan usaha pembangunan semasa, kebersihan, penyediaan infrastruktur awam dan sebagainya adalah sebanyak RM 11 juta. "Bayangkan kos yang begitu tinggi perlu ditanggung MDP bagi menyediakan sebuah kehidupan masyarakat yang selesa dan harmoni tidak dapat direalisasikan ekoran sikap degil golongan pembayar cukai. "Ada yang datang bayar tetapi hanya bayar cukai semasa dan tunggakan sejak beberapa tahun lalu tidak dibayar, itu pun selepas pihak kami menghantar notis tuntutan melalui peguam," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada perasmian Sambutan Hari Malaysia peringkat daerah serta Karnival Bayar dan Menang Cukai Taksiran Am 2013 di Dataran Pekan. Hadir sama, wakil peribadi Ahli Parlimen Pekan, Datuk Zainal Abidin Pa'wan, Setiausaha MDP, Mohd Ali Mohd Amin, Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othma, Ketua MCA bahagian Pekan, Datuk Tan Yang Meng serta pemimpin setempat. #selanjutnya |
You are subscribed to email updates from di chukai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan