13 di jerteh - Google Blog Search |
Empat Ah Long Ditahan <b>Di Jerteh</b> Dan Besut - MyNewsHub Posted: 09 Apr 2013 02:24 AM PDT KUALA TERENGGANU – Empat individu yang dipercayai 'Ah Long' yang sedang berusaha memberi pinjaman kepada orang ramai ditahan di sekitar Jerteh dan Besut awal bulan ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Supt Koh Ah Tiam berkata mereka yang berusia antara 22 hingga 45 tahun ditahan berikutan aduan orang ramai. Mereka dipercayai datang dari luar negeri ini, katanya. "Bertindak atas maklumat tersebut, kita menjalankan siasatan dan berjaya memberkas tiga lelaki di sebuah kedai di Jerteh. "Ketika serbuan dilakukan, ketiga-tiganya sedang mendekati mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata hasil siasatan ke atas mereka, seorang lagi lelaki yang dipercayai sebagai penyelia mereka ditahan pada 4 April di Besut dan daripadanya dirampas sejumlah wang tunai serta dokumen urus niaga pinjaman. Koh berkata ahli kumpulan ini dipercayai baharu dua bulan menjalankan kegiatan tersebut. Kes disiasat di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 (Pindaan 2011).- BERNAMA PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from di jerteh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan