Sabtu, 28 September 2013

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di kemasik</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Sep 2013 11:08 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Bendahari UMNO Pekan Kemasik Lawan Calon BN, PAS <b>di Kemasik</b>

Posted: 21 Apr 2013 01:42 PM PDT

Kerusi Dun Kemasik yang dianggap kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kemaman menjadi tumpuan kerana menyaksikan perebutan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ia berikutan Bendahari Umno Pekan Kemasik, Zulkiflee Salleh, 58, mencalonkan diri sebagai calon Bebas menggunakan lambang ikan, sekaligus menentang penyandang kerusi Dun Kemasik, Ir Rosli Othman dan calon Pas, Che Alias Hamid.

Zulkiflee berkata, keputusannya bertanding bukan dirancang sebaliknya dilakukan spontan berikutan tidak berpuas hati dengan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi itu yang diumumkan pucuk pimpinan BN negeri.

"Tiada niat untuk saya lawan parti atau pun nak kejar pangkat tetapi saya dah lama sabar dan saya anggap ini keputusan terbaik yang saya ambil.

"Saya ibarat lilin yang membakar diri, demi rakyat di Kemasik saya ambil keputusan nekad ini kerana ramai sebenarnya yang tidak setuju (dengan calon) tapi tak berani tampil," katanya selepas mengisi dan menyerahkan borang penamaan calon di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Chukai, kelmarin.

Zulkiflee memilih simbol ikan kerana dia seorang penjual ikan dan berniaga ikan sejak berusia 18 tahun.

"Saya yakin mampu menang di Dun Kemasik dengan sokongan rakyat Kemasik yang mahu isi hati mereka didengari," katanya.

Sementara itu, Ir Rosli berkata, walaupun undi berpecah dengan persaingan tiga penjuru tetapi ia tidak akan mengganggu majoriti kemenangan yang akan diperoleh BN.

"Dengan adanya calon Bebas, kita akan lakukan sedikit perubahan dari segi strategi untuk memancing undi. Kita akan lebarkan lagi strategi," katanya.

Pada penamaan calon itu, Zulkiflee menyerahkan borang pada jam 9.03 pagi, diikuti Ir Rosli pada jam 9.16 pagi. Penyerahan borang itu disusuli calon Pas, Che Alias pada jam 9.21 pagi yang dicadangkan Mohamad Mahadi Nawi dan disokong Mohd Rusman Rani.

Terdahulu, bagi Parlimen Kemaman, calon BN, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyerahkan borang penamaan pada jam 9.02 pagi dan calon PKR, Kamarudin Chik pada jam 9.11 pagi.

Calon BN Dun Kijal yang juga Menteri Besar, Datuk Ahmad Said juga menyerahkan borang penamaan pada jam 9.02 pagi diikuti calon Pas, Hazri Jusoh pada jam 9.10 pagi, sementara bagi Dun Chukai, calon BN, Datuk Wan Ahmad Nizam menyerahkan borang pada jam 9.05 pagi manakala calon Pas, Hanafiah Mat pada 9.14 pagi.

Untuk Dun Air Putih, penyerahan borang penamaan dilakukan calon BN, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar pada 9.02 pagi dan calon Pas yang juga pesara guru, Ab Razak Ibrahim pada jam 9.15 pagi.

[KEMAMAN] Hanya <b>di Kemasik</b> melibatkan 3 penjuru

Posted: 19 Apr 2013 09:44 PM PDT

Berikut lima keping gambar calon-calon yang bertanding;



Hanya di kerusi DUN Kemasik sahaja menyaksikan 3 calon bertanding iaitu melibatkan calon bebas yang akan menggunakan lambang Ikan. Manakala di empat lagi kawasan iaitu Parlimen Kemaman, Cukai, Kijal dan Kemasik menyaksikan satu lawan satu diantara Barisan Nasional dan PAS/PKR.
Suasana pencalonan berjalan lancar namun mengakibat kesesakan lalu lintas apabila penyokong PAS bertindak berarak beramai-beramai di jalan raya dengan provokasi kepada penyokong BN selepas penamaan calon tamat.


PASPB: PEMILIHAN PAS!!! Pengarah MTD <b>Kemasik</b> YDP baru PAS <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2013 12:36 AM PDT

22 ydpbaruPAS Kawasan Kemaman baharu sahaja menyelesaikan mesyuarat agung tahunannya baru-baru ini.

Kepimpinan baharu telah dipilih. YDP baharu bagi sesi 2013-2015 ialah Ustaz Alias Hamid (sebelumnya SU PAS Kemaman, Pengarah MTD Kemasik dan mantan calon PRU13 bagi DUN Kemasik.) YDP sesi sebelumnya Hj Ismail Harun tidak bertanding bagi memberi ruang kepada kepimpinan baru. 

(Jazakallahu khairan kathira atas jasa dan sumbangan yang diberi). Timbalan YDP ialah Ust. Muhamad Nik Nasri Nik Malek. (kekal sebagaimana sesi sebelumnya). 

Naib YDP Ustaz Hazri bin Jusoh (NYDP sesi lepas, Pengarah MTD Kijal, mantan calon PRU13 melawan Ahmad b Said). Ketua Penerangan ialah YB Tn Hj Hanafiah Mat (ADUN Cukai, Pengarah MTD Cukai). 


Setiausaha yang baharu ialah Mohd Hafiz Adam. Bendahari ialah Tn Hj Johan Ismail (kekal).

AJK lain juga telah dipilih dalam mesyuarat agung baru-baru ini termasuk yang akan dilantik. 

Ketua Dewan Muslimat kekal dengan Ustazah Fainah bt Mat dan ketua Dewan Pemuda mendapat ketua baharu Ustaz Ramlan Mahmud selepas ketua sesi lepas YB Ustaz Hishamudin Karim melepaskan jawatan kerana sudah menjadi ADUN Tepoh dan kembali ke Kuala Terengganu.

Mudah-mudahan Allah merahmati dan memberkati saf kepimpinan yang ada ini bagi menerajui bahtera perjuangan PAS khususnya di Parlimen Kemaman. (gambar: Wartawan Sinar Harian menemuramah YDP dan TYDP PAS Kemaman selepas mesyuarat agung selesai)NikNasri.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads