Sabtu, 28 September 2013

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Omak Kau!!!!: KESUCIAN SEBUAH SURAU <b>DI CHUKAI</b>, KEMAMAN <b>...</b>

Posted: 24 Aug 2013 01:58 AM PDT

CHUKAI – Seorang penganggur berusia 47 tahun yang menjadikan Surau Kampung Besut, dekat sini, sebagai port mengedar dan menagih dadah, dicekup polis hasil maklumat daripada kariah surau yang tidak mahu rumah ibadat itu terus dicemari dengan kegiatan jijik itu.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.15 pagi kelmarin itu, lelaki itu ditangkap dalam keadaan khayal sementara seorang rakannya berjaya meloloskan diri.

Difahamkan, suspek mula tidur di surau berkenaan sejak beberapa tahun lalu kerana tidak dibenarkan pulang ke rumah oleh keluarganya kerana ketagihan dadah sebelum suspek mula berani menjadikan surau itu sebagai port mengedar dan menagih dadah, sejak empat bulan kebelakangan ini.

Pengerusi Surau merangkap Imamnya, Syed Shaharzi Syed Alwi berkata, paling teruk pada Ramadan lalu kerana suspek mula berani menyuntik jarum di hadapan kanak-kanak yang berada di pekarangan surau itu.

"Pada bulan puasa lalu, selepas selesai sahaja Solat Terawih, operasi suspek akan bermula. Sebelum ini sudah banyak amaran diberikan kepadanya tetapi sedikit pun tidak diendahkan.

"Sejak empat bulan kebelakangan ini juga, saya dapat aduan ramai orang yang tidak dikenali keluar masuk kawasan surau," katanya.

Katanya, selepas suspek dicekup, sudah tiada lagi orang luar yang mencurigakan keluar masuk ke dalam surau berkenaan kerana dipercayai mereka adalah penagih dadah yang mahu mendapatkan bekalan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hita, berkata, serbuan berkenaan dilakukan 11 anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah diketuai ketua bahagiannya, ASP Hamzah Awang Dollah dan turut ditemui bersama suspek ketika dicekup ialah satu tiub dadah jenis heroin bernilai RM15.

"Kita percaya suspek menjual dadah kepada penagih di kawasan sekitar termasuk kepada penagih dari Kampung Bakau Tinggi. Kita juga percaya dia menjual dadah untuk menyara diri dan mengambil bekalan dadah dari kawasan Kijal.

"Polis juga sudah mengenal pasti tempat suspek mengambil bekalan ini untuk tindakan lanjut. Hasil ujian air kencing mendapati suspek turut positif dadah selain suspek turut mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah," katanya.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama masing-masing atas kesalahan memiliki dadah dan memasukkan dadah ke dalam badan.

APAKAH NANTI JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU (JHEAT) AKAN MENGELUARKAN ARAHAN AGAR SURAU INI DIROBOHKAN?????

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di chukai</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Sep 2013 07:31 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

DUNIA ITU: Pemuda dikhuatiri lemas terjatuh ke dalam Sungai <b>Chukai</b>

Posted: 30 Aug 2013 08:46 PM PDT

Muhamad Aryye Azwan. - Gambar Sinar Harian.


CHUKAI – "Pada hari raya pertama lalu, dia nampak pelik kerana ghairah mengusik anak saudaranya kononnya dia jadi hantu, dia tampal bedak sampai putih mukanya, conteng muka dengan lipstik serta selubung badan dengan selimut," kata kakak kepada penjual buah, Sufioni Awang, 39.

Adiknya, Muhamad Aryye Azwan, 25, dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Chukai di Jakar ketika sedang berada di sebuah warung yang terletak di tepi sungai itu untuk melihat rakannya memancing dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, difahamkan kawan-kawan mangsa yang sedang memancing dan duduk jauh dari mangsa nampak mangsa terkapai-kapai sebelum terus tenggelam ke dasar sungai.

Sufioni berkata, dia tidak menduga perlakuan aneh adiknya pada hari raya lalu menjadi petanda adiknya itu akan ditimpa musibah sedemikian.

"Kali terakhir saya bercakap dengannya sebelum dia keluar rumah kira-kira jam 11 malam tadi (malam semalam), lepas itu dia tidak pulang ke rumah sebelum jam 7.30 pagi tadi (semalam) ada orang hubungi saya dan maklumkan yang dia lemas.

"Dalam tiga hari kebelakangan ini, dia tidak pergi kerja sebab demam dan saya tengok dia banyak termenung," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian untuk melihat kerja-kerja mencari dan menyelamat yang dilakukan Balai Bomba dan Penyelamat Chukai dibantu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kemaman.

Muhamad Aryye Azwan yang juga anak kelima daripada enam beradik tinggal dengan Sufioni dan membantu ibu angkatnya menjual buah di deretan gerai buah bersebelahan Pasar Besar Chukai.

Sufioni yang mempunyai anak dua dan bekerja sebagai pembantu kedai turut mengakui berasa resah dan serabut beberapa hari kebelakangan ini.

Sementara itu, Pegawai Operasi merangkap Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Yahaya Hanafi berkata, operasi mencari dan menyelamat dilakukan bermula jam 9.30 pagi selepas pihaknya mendapat laporan mengenai kejadian itu.

"Operasi dilakukan dengan kekuatan 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai termasuk lapan anggota dari Unit Selam dengan menggunakan tiga buah bot. Operasi turut dibantu lapan anggota JPAM Kemaman diketuai Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Mohd Jefri Ibrahim yang turut melakukan rondaan di permukaan sungai.

"Berdasarkan maklumat terakhir, mangsa dilihat timbul seketika berdekatan jeti slipway yang terletak dekat dengan warung, jadi kita tumpukan usaha menyelam di dasar dan mencari di permukaan sekitar kawasan itu," katanya.

Menurutnya, biarpun air sungai sedikit berarus dan keruh, banyak kayu serta terdapat pukat buruk dalam sungai, namun ia tidak menghalang pihaknya untuk melipatgandakan usaha mencari dan menyelamat.

Bagaimanapun, usaha mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan kira-kira jam 7 petang dan akan disambung semula pagi ini.

Sinar Harian 31 Ogos 2013

Mayat mangsa lemas dijumpai

Mayat mangsa yang ditemui kira-kira jam 5.15 petang semalam dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kemaman untuk Muhamad Aryye Azwan dibedah siasat


KEMAMAN – Selepas 35 jam operasi mencari dan menyelamat dilancarkan akhirnya mayat pembantu gerai buah yang dikhuatiri lemas di Sungai Chukai, belakang Stesen Minyak Jalan Jakar, dijumpai berdekatan jeti bot tempat mangsa dilihat tenggelam kira-kira jam 5.15 petang semalam.

Pegawai Operasi merangkap Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Yahya Hanafi berkata, tubuh mangsa, Muhamad Aryye Azwan, 25, timbul dan kepalanya dapat dilihat dari permukaan air beberapa meter di hadapan khemah operasi.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan masih lengkap berpakaian iaitu berseluar jeans dan kemeja T berwarna merah ditemui kira-kira 15 meter dari tebing sungai.

"Dengan penemuan ini, operasi ditamatkan jam 5.30 petang dan kita berterima kasih kepada semua agensi yang bekerjasama dalam operasi mencari dan menyelamat ini," katanya.

Operasi yang masuk hari kedua semalam dilakukan dengan kekuatan 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Kemaman dan Cheneh dengan menggunakan empat buah bot.

Kerja-kerja mencari dan menyelamat turut dilakukan polis dengan kekuatan tujuh anggota, dua pegawai dan sebuah bot serta JPAM dengan kekuatan lapan anggota dan sebuah bot serta Rela.

Yahya berkata, operasi mencari dan menyelamat yang bermula jam 7 pagi itu dilakukan di sepanjang sungai itu sejauh kira-kira tujuh kilometer sehingga ke muara Sungai Kuala Kemaman sungai di bawah jambatan Bukit Kuang.

Mayat Muhamad Aryye Azwan kemudiannya dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi kelmarin, mangsa yang juga anak kelima daripada enam beradik dan tinggal bersama kakaknya di Rumah pangsa Dusun Nyior lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Chukai ketika sedang berada di sebuah warung yang terletak di tepi sungai itu untuk melihat rakannya memancing.

Sinar Harian 1 Sep 2013

Buletin Online: Adun <b>Chukai</b>, Hanafiah Mat, Akan Terus Berada <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 09 May 2013 10:51 AM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/haji%20hanafiah%20mat.pngKUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai Haji Hanafiah Mat, yang mewakili PAS dan Pakatan Rakyat berikrar akan terus berada di lapangan memberikan khidmat dan bantuan kepada seluruh masyarakat, tanpa mengira bangsa, kaum dan latar belakang politik.

Beliau bekata, ia bukan 'retorik' kerana beliau telah pun berkhidmat sepenuhnya, sebelum dipilih sebagai Adun pada pilihanraya umum kali ke-13 Ahad lalu.

"saya akan berada di lapangan.......bersama-sama dengan rakyat.......waktu senang dan waktu susah, ini janji saya, kalau saya dapat memerintah .............pembangunan akan saya wujudkan di Kemaman kerana Kemaman merupakan pusat industri,

"tapi bila negeri Terengganu tidak diperintah (PAS dan Pakatan Rakyat) maka saya sentiasa berada dengan rakyat, sentiasa memberikan pertolongan, kebajikan kepada rakyat Chukai .....ini akan saya lakukakn dari masa ke semasa,"tegasnya.

Haji hanafiah berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas Ceramah Sempena Majlis Kesyukuran yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Terengganu di Rusila, Marang pada Rabu malam, 8 Mei. [Lihat Video]
Katanya, khidmat beliau kepada seluruh warga Chukai, tidak kira samada kepada kaum Melayu, Cina atau India telah dilakukan oleh beliau sejak lima tahun yang lalu, sebaik beliau tidak menang dalam pilihanraya umum kali ke-12, tahun 2008.

"(sebaik diisytiharkan menang sehingga) kelmarin, saya telah turun dari kedai ke kedai, rumah ke rumah, bertemu dengan semua pengundi untuk bersamaa-sama meraikan kemenangan dan sentiasa berada di hati rakyat,

"bukan cakap sahaja......bukan retorik tapi perlaksanaan.....semua orang boleh lihat,"jelasnya.

Beliau berkata, beliau tidak akan melantik seorang pegawai khas bagi melaksanakan keja-kerja khidmat beliau kerana katanya, beliau sendiri akan turun bagi menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads