Selasa, 20 Ogos 2013

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


Lelaki bersenjata pistol samun stesen minyak <b>di Rantau Abang</b> ABN <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2013 07:14 PM PDT

DUNGUN – Sebuah stesen minyak di Rantau Abang disamun dua lelaki bersenjatakan pistol dalam kejadian jam 7.15 malam semalam.

Dalam kejadian itu, dua perompak terbabit melarikan wang tunai sebanyak RM4,000 dan kad pra bayar bernilai RM600.

Ketika kejadian, dua pekerja berada di kaunter sebelum didatangi dua lelaki bertopeng dan memakai cermin mata hitam sambil mengacukan senjata.

Suspek kemudiannya meminta dua pekerja berkenaan duduk dan menyerahkan wang sebelum bertindak menyelongkar laci sebelum melarikan kesemua wang hasil jualan petang itu.

Dalam masa yang sama, suspek turut bertindak memotong wayar telefon sebelum melarikan diri sengan sebuah kereta jenis Perodua Viva ke arah Kuala Terengganu.

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Dahlan Mohd Noor, suspek melakukan jenayah itu ketika tiada pelanggan dalam premis tersebut manakala seorang lagi suspek bersedia menunggu di dalam kereta.

Polis kini sedang giat memburu penjenayah terbabit dan kes disiasatan mengikut Seksyen 392/395 Kanun Keseksaan.

Rompakan Bersenjata Pistol dan Parang <b>di</b> Stesyen Minyak <b>Rantau</b> <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2013 02:52 PM PDT


Sebentar tadi berlaku pula kejadian rompak bersenjatakan pistol dan parang di Petronas Rantau Abang.. Apakah maksud semua kejadian ini. Adakah ia suatu trand manusia sekarang ini, cuba renungkan...

Sebelum ini pembunuhan di Paka, sekarang di Rantau Abang. Negara makin tidak aman. Mana janji BN TIDAK HURU HARA??

Kes jenayah amat merunsingkan, renung2kan....
Kena kembali kepada Islam

perompak bersenjatakan pistol dan parang <b>...</b> - Omak Kau!!!!

Posted: 18 Aug 2013 10:36 AM PDT

Menbdapat khabar dari rakan laman sosial Facebook bahawa sebuah stesyen minyak Pteronas di Rantau Abang, Terengganu baru saja sebentar tadi kena rompak dengan menggunakan pistol dan parang.

Jumlah kerugian belum diketahui lagi.. Pihak polis kini sedang sibuk menjalankan siasatan.

Sesiapa yang ada maklumat sila laporkan ke Balai Polis yang berhampiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads