Selasa, 20 Ogos 2013

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Luar Biasa! Penemuan Bunga Pelik <b>Di Kuala Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 14 Jun 2013 05:00 AM PDT

Luar Biasa! Penemuan Bunga Pelik Di Kuala Terengganu | Sekali pandang dah macam bunga Rafflesia pula, tetapi dua kali pandang macam bukan. Namun itulah yang dihadapi oleh seorang lelaki di Kuala Terengganu apabila menemui spesis bunga pelik yang tumbuh di kawasan kebun belakang rumahnya. Secara umumnya, memang kita sendiri tidak mengetahui spesis apakah bunga ini sehingga menimbulkan tanda tanya. Melayukini.net difahamkan, bunga ini tidak pernah ditanam, apatah lagi tidak mengetahui tentang kewujudannya sehinggalah ia ditemui dalam keadaan bersaiz besar.

pelik

KUALA TERENGGANU – Seorang warga emas terkejut apabila mendapati sekuntum bunga setinggi lebih kurang 76.2 sentimeter tumbuh di atas tanah di dalam kebun belakang rumahnya empat hari lalu.

Abdullah Mohd, 66, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Manir berkata, susulan penemuan bunga pelik berwarna merah hati itu, penduduk kampung sering datang ke rumahnya untuk melihat sendiri rupa bentuk bunga yang diceritakan orang ramai.

Dia yang sebelum ini tidak pernah melihat bunga sebesar itu berasa hairan, kerana tidak perasan bila bunga itu mula tumbuh, dan hanya menyedarinya setelah ia kembang.

"Saya pelik macam mana bunga ini boleh tumbuh di atas tanah seakan kulat (cendawan), tetapi terdapat debunga serta kelompok, sama seperti bunga-bunga lain.

"Saya tak tahu bunga jenis apa yang tumbuh ini, lagipun bunga ini tumbuh di tapak saya membakar sampah," katanya.

Abdullah berkata, kali terakhir dia membakar sampah di situ adalah sebulan lalu, dan sejak itu dia membiarkan tanah bakar begitu sahaja, sehingga tiba musim hujan sejak kebelakangan ini.

"Sejak hujan, tanah bakar ini membentuk lubang, dan mungkin lubang itu adalah kesan daripada tanaman pokok ubi sarek (ubi ular) yang telah mati.

"Tetapi yang menghairankan saya, pokok ubi sarek tidak pernah mengeluarkan bunga, malah pokok itu sudah dibakar bersama sampah sebulan yang lalu.

"Berkemungkinan besar, bunga itu tumbuh dari dalam lubang yang terbentuk selepas tanah bakar ini dibiarkan," katanya.

Menurutnya, sejak bunga itu tumbuh, tiada kejadian ganjil berlaku kepadanya sekeluarga dan Abdullah percaya itulah kekuasaan ALLAH SWT yang mampu mencipta apa sahaja.

Menurutnya, dia akan menyimpan bunga itu sehingga ia kering dan akan cabut untuk merungkai misteri tumbuhan berkenaan.

P.S. I – 6 Tempat Paling Best di Jepun!
P.S. II – 10 Tempat Eco Paling best di UK
P.S. III – Tasik Ais Gergasi Dijumpai Saintis di Marikh

Sumber : Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads