Selasa, 20 Ogos 2013

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


MB Berbuka Puasa <b>Di Pulau</b> Perhentian | Terengganu Today

Posted: 18 Jul 2013 11:19 PM PDT

Betapa gembiranya penduduk Pulau Perhentian malam tadi kerana dapat berbuka puasa bersama-sama dengan Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said serta isteri To' Puan Seri Norliza Mahmud.

 Dalam suasana indah pulau tersebut, mereka merasakan kehadiran pemimpin kesayangan mereka itu adalah kenangan yang amat berharga.

Turut sama berbuka puasa dan bersolat terawih dengan penduduk Pulau Perhentian malam tadi, calon BN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan keluarga, termasuk ibubapanya.

 Pagi ini 19 Julai, Menteri Besar dan rombongan balik semula ke Kuala Besut dan esoknya dijangka datang semula esok 20 Julai,  menemui penduduk pulau bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

 Penduduk pulau juga gembira mendengar khabar bahawa muara sungai Besut akan diperdalamkan dengan sisterm pemecah ombak yang baik dengan kos RM250 juta bagi keselamatan mereka berulang-alik ke tanah daratan dan pendaratan ikan bagi nelayan-nelayan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads