Khamis, 25 Julai 2013

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Bekas Ketua PKR <b>Terengganu</b> Bertegas Mahu Bertanding DUN <b>...</b>

Posted: 30 Jun 2013 10:34 PM PDT

AIDCNews – 01/07/13 – Bekas Ketua Perhubungan Negeri PKR Terengganu, Mohd Padeli Jusoh sedia bertanding atas tiket Bebas sekiranya Pas sebagai rakan dalam Pakatan tidak memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Mohd Padeli dalam kenyataannya kepada Sinar Harian berkata DUN Kuala Besut sepatutnya menjadi milik PKR sebagai kompromi PKR memberi laluan kepada tiga kerusi DUN yang bertindih pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) lalu.

Kerusi yang bertindih itu adalah DUN Kota Putera, Bukit Besi dan Seberang Takir.

Menurut rekod, kerusi DUN Bukit Besi, dua DUN lain, Kota Putera dan Seberang Takir adalah hak PKR yang dirampas oleh Pas kerana pada Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12) PKR bertanding di dua-dua DUN berkenaan.

Lebih menarik lagi DUN Kuala Besut adalah DUN yang bersebelahan dengan DUN Kota Putera yang sebelum ini menjadi kouta PKR.

N25 – Bukit Besi

N11 – Seberang Takir

N2 Kota Putera

Mengulas tentang pertembungan itu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah berkata parti itu terpaksa bertindak demikian untuk menyelamatkan Pakatan kerana PKR meletakkan calon secara tangkap muat yang tidak berkualiti termasuk yang terlibat dengan aktiviti penjualan pil kuda.

Mohd Padeli pula berkata, sudah sampai masanya Pas membuat keputusan sebagai satu pasukan dalam PR, dan bukannya membuat keputusan sendiri seperti yang berlaku pada PRU13 di Terengganu baru-baru ini.

"Jadi tiada sebab kenapa Pas tidak boleh beri laluan kepada kita untuk hanya satu Dun sahaja," katanya.

Katanya, sebagai rakan dalam PR, Pas seharusnya bersikap lebih setiakawan dan sanggup berkorban demi kejayaan rakan lain dalam PR.

"Walaupun PKR Terengganu merupakan organisasi yang kecil dalam PR berbanding Pas, namun impak dan peranannya cukup relevan dalam menjayakan agenda PR di negeri Terengganu.

"Jika pandangan ini tidak diterima atau dipandang sepi oleh pemimpin PR, mungkin saya akan bertanding di situ sebagai calon Bebas," kata Padeli lagi yang merupakan ahli PKR cabang Dungun.

Sebelum ini,  Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail membuat kenyataan yang hampir sama dengan berkata, "bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik Pas beri pertimbangan calon PKR di situ,".

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Wanita PKR Pusat, Haniza Mohd Talha dilaporkan FMT berkata pihaknya mahu mencalonkan wanita bertanding di DUN itu.

Beliau berkata, PKR mempunyai calon Wanita tempatan 'boleh menang' yang mampu memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.

"Wanita PKR sedia menawarkan diri bagi bertanding kerusi Kuala Besut sekiranya Pakatan Rakyat melihat faktor itu mampu memberi kemenangan di Terengganu," katanya.

Haniza berkata, Pakatan Rakyat ketandusan calon Wanita apabila Napisah Ismail adalah satu-satunya bekas calon Wanita Pakatan yang bertanding kerusi DUN Terengganu PRU13 lalu.

Sementara itu, Haniza membidas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mahu Pakatan Rakyat memboikot PRK Kuala Besut sebagai tanda protes kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut Haniza, itu hanya merupakan pandangan peribadi Lim dan PKR tidak akan mengambil pendirian sama kerana mahu berusaha untuk menang dan tambah kerusi DUN Terengganu.

Katanya, ini merupakan satu-satunya peluang jika mahu membuktikan kekuatan Pakatan Rakyat di Terengganu dan PKR termasuk Wanita akan turun sebagai jentera untuk berkempen.

"Banyak saluran sudah kita gunakan untuk menunjukkan protes proses PRU termasuk melalui petisyen, desakan perhimpunan dan perbahasan (dalam Dewan)…tak perlu boikot," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads