13 di pulau perhentian - Google Blog Search |
PAS optimis dapat tambah undi <b>di Pulau Perhentian</b> - Harakahdaily Posted: 22 Jul 2013 08:08 AM PDT KUALA BESUT: PAS optimis akan mendapat lebih undi dalam PRK Kuala Besut di unit peti undi (UPU) Pulau Perhentian berbanding PRU13 baru-baru ini. Penyelaras UPU Pulau Perhentian Mohd Zaki Ibrahim berkata, pegangan politik penduduk di Pulau Perhentian sangat unik dan tidak sama di tempat lain dari segi emosinya. Katanya, rata-rata pengundi di sini tidak terlalu menonjol dari segi kecenderungan mereka menyokong mana-mana parti. "Kalau kita pergi ziarah dari rumah ke rumah mereka masing-masing boleh terima sama ada kita ini daripada PAS. Tuan rumah Umno boleh terima ziarah PAS. "Kalau rumah mereka ada sticker 'keluarga kami pengundi BN' tidak semestinya mereka benar-benar undi BN. Mereka pengundi PAS," katanya ketika ditemui berkempen di Pulau Perhentian.
Bahkan beliau percaya calon PAS Azlan@Endut atau lebih mesra dengan Che Long mempunyai lonjakan dan sentuhan peribadi dengan penduduk di sini yang akan memberi kredit kepada PAS kali ini. Sikap unik penduduk di sini katanya mereka tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan kerana mereka cukup mudah untuk mendapatkan sumber kewangan. "Mereka di pulau ini cukup senang hendak dapatkan duit dengan pelancongan dan ternyata hasil mereka sangat lumayan. "Banyak bot persendirian dan mereka boleh dapat RM300 dalam masa dua jam dengan bawa pelancong pusing pulau," katanya. |
Terdengar orang bertukang di sebuah rumah <b>di Pulau Perhentian</b> Posted: 22 Jul 2013 03:07 AM PDT BESUT: Ketika melalui lorong-lorong yang menempatkan rumah-rumah penduduk di Pulau Perhentian, terdengar bunyi orang bertukang di sebuah rumah. Mata segera memandang ke arah rumah tersebut dan kelihatan seorang wanita 50-an sedang memaku kain rentang tertera gambar calon PAS Azlan Yusof atau Che Long di dinding ruang tamu rumahnya. Di beranda rumah pula, seorang wanita tua sedang duduk berehat di atas kerusi. Situasi tersebut memanggil wakil Harakahdaily memberi salam dan singgah di rumah tersebut. Wanita 50-an itu menjawab salam kami ramah dan mengajak naik ke beranda sambil dia meneruskan kerja memaku kain rentang. Selesai kain rentang melekat elok di dinding, dia duduk bersama kami di beranda. Sedia maklum tujuan dan dari mana kami datang, dia memulakan perbualan tanpa teragak-agak. "Dah alang-alang orang label saya penyokong PAS, baik saya gantung banner besar-besar bagi semua orang nampak," katanya. Dia yang enggan namanya dikenali berkata, setiap kali Umno BN datang memberikan bantuan kepada penduduk di pulau, keluarganya tidak mendapat bantuan kerana ahli jawatankuasa Umno di pulau tersebut melabelkan keluarganya sebagai penyokong PAS. "Banyak kali mereka (Umno BN) datang bawa macam-macam barang keperluan tapi rumah ini tak dapat sebab orang yang bawa mereka itu bagitahu kami orang PAS. "Mak cik tak kisah, kalau mereka beri mak cik ambil tapi kalau nak suruh mak cik pergi ambil di balai raya, mak cik memang tak pernah pergi," jelasnya. Berbeza dengan PAS katanya yang memberikan bantuan kepada setiap rumah tanpa mengira parti. "Kalau orang PAS datang mereka memang berikan bantuan kepada setiap rumah tak kira sokong mana-mana pun," ujarnya. Menyentuh mengenai hari membuang undi pada 24 Julai ini, dia memberitahu dia akan mengundi di pulau dan tiga orang anaknya yang berada di luar akan pulang mengundi. Katanya lagi, keluarganya ada hubungan persaudaraan dengan calon BN namun memilih untuk mengundi calon PAS Che Long. "Mak mak cik sepupu ayah kepada Tengku Zaihan tapi biarlah, mak cik nak undi PAS," katanya. Beliau juga tidak berkenan dengan cara jentera Umno BN yang suka menganggu ceramah PAS di pulau itu. "Bila PAS buat ceramah, orang Umno akan pasang muzik kuat-kuat nak lawan suara orang PAS. "Tapi bila PAS tak buat program, tak ada pula mereka pasang muzik kuat-kuat," katanya. |
You are subscribed to email updates from di pulau perhentian - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan