Khamis, 25 Julai 2013

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


CeBiSaN KiSaH DuNiAKu...Ck: Berbuka <b>di</b> Residence Resort <b>Paka</b>

Posted: 20 Jul 2013 10:37 AM PDT

Bismillahirrahmanirrahim...
14 Julai 2013 - BaYu berbuka puasa di rumah mertuanya, BaAn pula sudah bertolak pulang ke Johor dan BaHa pun sudah kembali ke Chendering kerana Ahad adalah hari bekerja di Terengganu. Maka tinggal kami berempat sahaja iaitu saya, MakTeh dan Abah Ummi. Kemalasan untuk memasak melanda. Lalu saya usulkan kepada MakTeh untuk berbuka di luar sahaja. Saya ajak mereka ke Residence Resort Paka kerana belum pernah mencuba berbuka di sana. Segera saya hubungi tempat tersebut untuk membuat tempahan.

Agak menarik juga hidangan yang disediakan tetapi bagi saya, rasanya tidak menepati selera saya. Paling kecewa, tiada sate disajikan kerana sepanjang pengalaman saya berbuka di hotel, ia adalah tarikan utama dan menu wajib. Harga pakej yang dikenakan juga agak tinggi iaitu RM58 per pax untuk hidangan yang bagi saya biasa2 saja. Mujur juga Abah layak menerima kadar untuk warga emas. 
Mungkin kerana hidangannya tidak berapa menepati selera kami maka kami tidak berlama di situ. Kami beredar beberapa minit sebelum masuk waktu Isyak. Kemudian kami solat Isyak dan Tarawih di masjid berdekatan sebelum pulang kerana BaYu sudah sedia menunggu di rumah. Saya dan BaYu bertolak pulang ke KL pada malam itu juga. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads