13 di rantau abang - Google Blog Search |
Kembara Jr : Mahkamah tolak petisyen Telok Pasu, <b>Rantau Abang</b> Posted: 17 Jul 2013 10:37 PM PDT KUALA TERENGGANU: Mahkamah menolak petisyen yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) ke atas dua anggota Dewan Undangan Negeri PAS iaitu Telok Pasu dan juga Rantau Abang hari ini. Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menolak petisyen itu dalam perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini. Dun Telok Pasu dimenangi calon PAS, Ridhuan Hashim mengalah calon BN Datuk Abdul Rahin Mat Said dengan majoriti 109 undi dalam pilihan raya umum lalu. Dun Rantau Abang pula dimenangi calon PAS Alias Harun mengalahkan calon BN, Datuk Za'abar Mohd Adib dengan majoriti 90 undi sahaja. Dalam perbicaraan hari ini, calon-calon PAS diwakili oleh peguam Saifudin Othman, Faris Irwan Mustafa, Kamaruzaman Abdul Wahab dan Azwan Rosli. Ini adalah perbicaraan petisyen pilihan raya yang pertama berjalan di negeri Terengganu. Sebelum ini, perbicaraan telah berjalan di Kelantan. Mahkamah 10 Julai lalu menolak petisyen yang difailkan PAS untuk membatalkan keputusan pilihan raya Dun Selising yang dimenangi BN pada PRU13 lalu. Hakim Pilihan Raya Datuk Zamani Abdul Rahim, yang membuat keputusan itu, berkata ini kerana pihak pempetisyen gagal mematuhi peraturan penyampaian. |
You are subscribed to email updates from di rantau abang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan