Ahad, 21 Julai 2013

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Tiada kesan rogol pada mayat di LPT <b>Bukit Besi</b> ABN News | BM

Posted: 07 Jul 2013 06:17 AM PDT

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu mengesahkan mayat wanita yang ditemui di Kilometer 41.1, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Bukit Besi-Kuala Terengganu berhampiran Kampung Sungai Ular, semalam tiada kesan rogol.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K.Manoharan berkata, hasil bedah siasat mendapati wanita yang ditemui tanpa identiti itu mati setelah cedera teruk di kepala dan dada akibat hentakan objek tumpul. 

Katanya, siasatan terperinci berhubung penemuan mayat itu masih dijalankan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa mungkin maut akibat kemalangan.

"Ketika ditemui pihak polis tidak menjumpai sebarang senjata tajam dan kita masih menyiasat sama ada mangsa terlibat dalam kemalangan, mangsa langgar lari ataupun kejadian jenayah. Ini kerana ketika ditemui mangsa hanya memakai baju T-shirt berwarna oren dan berseluar dalam.

"Namun setelah bedah siasat dijalankan pihak hospital mengesahkan tiada kesan rogol pada mayat berkenaan walaupun dijumpai dalam keadaan mengaibkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam seorang pengawal keselamatan menemui mayat wanita itu dalam keadaan mengaibkan di kaki lima lebuhraya berkenaan kira-kira pukul 7 pagi.

Mayat yang berusia 40-45 tahun berketinggian 153 sentimeter, berkulit putih, berbadan gempal dan berambut lurus paras leher ditemui terlentang di tempat kejadian.

Manoharan berkata, hasil pertanyaan daripada penduduk kampung mendapati mangsa bukan penduduk tempatan.

Beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian atau terlanggar sesuatu ketika melalui lebuhraya itu segara menghubungi polis bagi membantu siasatan.

"Orang ramai yang kehilangan saudara mara dan rakan yang kenal atau telah kehilangan kawan segera hubungi pihak polis untuk pengcaman mayat," katanya.  - Bernama

PAS vs PKR : BN yakin menang <b>di Bukit Besi</b> - Rakyat Tranung <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2013 02:38 AM PDT

Oleh: Aida Abd Rahman

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Encik Roslee Daud , 53, menyifatkan keputusan Pakatan Rakyat (PR) mempertaruhkan dua wakil dari Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di kerusi yang sama memberi kelebihan kepada BN untuk kekal mempertahan kerusi itu.

"Pecahan undi pembangkang kepada PR boleh menyebelahi kita disebabkan wujudnya ketidaksepakatan di kalangan mereka yang mahu menampilkan wakil masing-masing.

"Jadi faktor itu memberi kelebihan kepada BN disebabkan kemungkinan penyokong mereka akan berpecah sekaligus BN akan tetap memenangi DUN Bukit Besi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini," katanya.

Beliau berkata, tindakan Pas yang mengambil keputusan saat akhir untuk tetap meletakkan calonnya sedangkan PKR lebih dahulu mengumumkan calonnya di situ, membuktikan PR dari awal lagi tidak mampu menemui kata sepakat dalam aspek meletakkan calon, apatah lagi untuk mentadbir sebuah negeri dan negara sebagaimana hasrat kepimpinan pembangkang itu.

Encik Roslee yang juga Setiausaha Umno Bahagian Dungun sejak lima tahun lalu juga yakin dengan kekuatan jentera parti termasuk sokongan akar umbi serta penyandang kerusi itu sebelum ini, Dato' Din Adam yang akan tetap bersama membantu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

"BN di DUN Bukit Besi sudah memiliki kekuatan tersendiri berikutan kita mempunyai keahlian Umno yang berdaftar lebih 6,000 orang, selain kekuatan padu jentera parti. Oleh itu, kita berasa yakin mengekalkan kemenangan walaupun berdepan tiga penjuru kali ini," katanya.

Beliau yang berkecimpung dalam kancah politik lebih 30 tahun lalu akan terus memberi tumpuan kepada usaha membangunkan Bukit Besi yang juga kawasan kelahirannya itu, sebagaimana kepimpinan BN sebelum ini, selain berusaha mengatasi masalah rakyat khususnya isu perumahan dan membuka peluang pekerjaan baru.

- Teganukita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads