13 di kuala besut - Google Blog Search |
Datuk calon BN pengasas PAS <b>di Kuala Besut</b> - Harakahdaily Posted: 21 Jul 2013 01:22 AM PDT BESUT: Ayah calon BN, Ku Abdul Rahman Ku Abdullah mungkin menyembunyikan sesuatu apabila mendakwa kira-kira 3,000 keluarganya merupakan penyokong kuat Umno sejak dahulu lagi. Sedangkan menurut warga emas di Kuala Besut, Ku Abdullah merupakan antara pengasas PAS. Omar Sulong, 80 (gambar) dari Gertak Seratus turut memberitahu seorang sepupu Tengku Zaihan pernah bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya sebelum ini, namun kalah. "Memang Ku Dollah kuat PAS. Pada musim pilihan raya dia akan membuka pos PAS di hadapan rumahnya. Dia orang kuat PAS sehingga akhir hayatnya," katanya ketika ditemui di sini. Malah menurutnya adik beradik Ku Dollah juga merupakan pendokong kuat PAS di Kuala Besut sehingga awal 1990-an. Bagaimanapun beliau yang lebih dikenali sebagai Pakcik Omar berkata, situasi bertukar selepas Ku Dollah meninggal dunia dan Ku Abdul Rahman pula mulai berjinak dengan Umno. "Pakcik memang kenal rapat dengan keluarga calon BN. Ku Abdul Rahman pernah memberitahu belajar seketika di Pondok Bunut Payong dan sekolah agama di Kuala Besut. "Dan selepas tamat belajar dia mengajar di sekolah agama rakyat di Kuala Besut. Selepas beberapa tahun mengajar di situ tiba-tiba berpindah ke Kemaman kerana khabarnya ada masalah tertentu. "Lama keluarga dia tinggal di Kemaman. Dan anaknya yang jadi calon BN sekarang juga membesar di sana, sebab itulah orang ramai di sini tidak kenal siapa Tengku Zaihan," ujarnya. Sebelum ini Ku Abdul Rahman pernah memberitahu mempunyai keluarga yang ramai di Kuala Besut sebagai kelebihan yang ada pada anaknya berbanding calon PAS. Bagaimanapun Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa sebahagian keluarga Ku Abdul Rahman memberi komitmen menyokong PAS pada Rabu ini. Pakcik Omar juga memberitahu ketika Ku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Ustaz Man pulang semula ke Kuala Besut, dia ada datang untuk menyewa rumahnya. Katanya, dia memberitahu hendak menyewa rumah pakcik kerana ditawarkan menjadi imam di Surau Kuala Besar. "Pakcik minta notis tidak menjawab lagi sama ada setuju atau tidak. Kemudian pakcik menanyakan betulkah ada ditawar jawatan imam kepada Ustaz Man, namun pihak surau menafikan tiada tawaran dibuat," katanya. Selepas itu kata beliau Ustaz Man menumpang di taman perumahan di Kampung Gertak Seratus dan tinggal di sana sehingga sekarang. Manakala penduduk di perumahan Gertak Seratus pula memberitahu ketika Ustaz Man mengajar di madrasah di kampung berkenaan, tidak ramai penduduk kampung yang datang. "Sedangkan ketika ustaz lain mengajar, ramai pula ahli jemaah datang mendengar kuliahnya," ujar beliau. Kata pakcik Omar juga, Tengku Zaihan dilihat terpaksa menggunakan kedudukan ayahnya untuk meraih populariti, namun bagi warga emas di sini, sudah tahu siapa Ustaz Man sebenarnya. |
Kejutan Luarbiasa <b>Di Kuala Besut</b> | AIDC Posted: 11 Jul 2013 12:12 AM PDT kickdefella – Teka teki nama calon kedua dua parti bertanding terjawab sudah, dimana PAS mempertaruhkan Endot@Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che long dikalangan penduduk tempatan disini, manakala Barisan Nasional meletakkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman , kedua duanya muka baru dihidangkan kepada rakyat Kuala Besut untuk dipilih mewakili mereka. Yang pasti kedua duanya bukan pengedar PIL KUDA atau pendokong fahaman STALIN. Apa yang menarik disini adalah PAS telah melantik Datuk Husam Musa sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut untuk mengepalai kempen mereka dan seperti biasa banyak pengumuman terkejut yang 'LUARBIASA' bakal diberikan oleh Datuk Husam seperti mana semasa beliau menjawat jawatan Exco dalam kerajaan Kelantan dulu dan semasa beliau bertanding untuk merebut kerusi Parlimen Putrajaya semasa PRU 13 lalu. Ramai pemerhati melihat ia tidak lebih dari mengubati hati Husam yang telah disisihkan dari jawatan exco negeri setelah PAS mengekalkan pemerintahan di Kelantan, manakala secara peribadi saya beranggapan ia bakal menambahkan lagi senarai kegagalan kepada 'track rekod' Husam selepas membuat berbagai 'KEJUTAN LUARBIASA PADA RAKYAT KELANTAN'. Apakah nanti akan ada pengumuman luar biasa seperti 'STADIUM BARU TERAPUNG ' di Kuala Besut bakal dijanjikan? Sama sama kita tunggu, kerana di dalam suasana Pilihanraya Kecil begini isu isu setempat lebih dominan dalam menentukan pola pengundi di sini. Para pengundi tidak akan terkesan sangat dengan cerita cerita diluar seperti isu BLACKOUT, mereka juga agak sukar melihat BANGLA berkeliaran di Kuala Besut untuk termakan dengan isu pengundi Hantu. Jadi jalan yang perlu dipilih oleh PAS adalah dengan menjanjikan sesuatu yang agak luarbiasa untuk memikat hati rakyat Kuala Besut. Idea kerusi dun 16:16 juga , diperingkat ini bukanlah suatu yang boleh memikat hati rakyat Kuala Besut kerana ia seolah olah ' cuba memperjudikan nasib' mereka kepada sesuatu yang belum pasti apabila Dun 'tergantung', ramai dari penduduk Kuala Besut tidak mahu mereka dijadikan bahan ujian untuk sebuah masa depan yang belum pasti. Dengan majoriti 2434 amat sukar untuk PAS memenangi isu dan inilah yang membuatkan tidak nampak kesungguhan di pihak PAS untuk memenangi Dun Kuala Besut, hanya sekadar untuk 'cukup syarat' bertanding. |
You are subscribed to email updates from di kuala besut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan