13 di jerteh - Google Blog Search |
Buletin Online: Hentikan 'Operasi Pemutihan' <b>Di</b> Pasar <b>Jerteh</b> <b>...</b> Posted: 18 Jun 2013 07:40 AM PDT BESUT - PAS Kawasan Besut memandang serius gerakan 'Operasi Pemutihan' yang sedang dijalankan oleh pihak Majlis Daerah Besut terhadap peniaga-peniaga di pasar Jerteh selepas pilihanraya Umum ke 13 berakhir. Menurut Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, tindakan memberhentikan mereka secara drastik dari menjalankan perniagaan bagi menampung kos dan sara hidup keluarga serta anak-anak, amat keterlaluan kerana sebagai peniaga mereka juga mempunyai hak untuk menjadi rakyat di bawah sistem demokrasi yan diamalkan di negara ini. Beliau yakin para peniaga terbabit adalah rakyat yang baik, yang tidak akan 'merusuh' atau 'membuli' para pelanggan dan pembeli dengan harga jualan yang melampau. Katanya, mereka bersaing sesama sendiri secara sihat dan berinteraksi sesama mereka amat berhemah dan oleh itu, beliau menambah, kerajaan sepatutnya berasa beruntung mempunyai rakyat dan peniaga seperti mereka. Justeru, beliau menggesa pihak Majlis Daerah Besut menjalinkan hubungan yang baik, mengenepikan sentimen perbezaan dan tidak terbawa-bawa dengan pengaruh politik 'prejudis' Umno pada pilihanraya umum yang lalu. "Sedikit kontra dari sudut pandangan dan pendapat sewaktu pilihanraya umum baru-baru ini janganlah dianggap biadap dan satu kesalahan kerana mereka juga mempunyai hak yang dijamin dan dibenarkan oleh perlembagaan. "saya mendesak supaya pihak Majlis Daerah Besut mengambil pendekatan yang lebih berhemah dalam menyelesaikan kemelut ini. Tidaklah suatu yang mengaibkan jika ruang niaga itu dikembalikan kepada mereka melalui perbincangan yang terpisah dari sikap prejudis serta terpisah dari sebarang tekanan mana-mana pihak,"jelasnya. Beliau menegaskan, PAS akan melakukan tindakan susulan jika tindakan pemurnian dan pencerahan tidak diberikan keutamaan dalam merungkai masalah tersebut. "Dan yang lebih penting, hayatilah titah Tuanku Sultan Terengganu yang mahukan semua pihak membuang sentimen kepartian dalam mentadbirurus perjalanan kerajaan negeri,"tambahnya |
You are subscribed to email updates from di jerteh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan