Selasa, 2 Julai 2013

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


DAP sedia bantu PAS <b>di</b> Kuala <b>Besut</b> - Harakahdaily

Posted: 02 Jul 2013 01:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: DAP hari ini turut menyatakan komitmen akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Besut nanti.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke memberitahu semangat kerjasama di dalam Pakatan Rakyat begitu kuat dan setiap parti akan memberi sokongan serta kerjasama penuh kepada parti yang bertanding.

"Sebagai rakan di dalam Pakatan Rakyat, DAP akan memberi sokongan penuh kepada PAS pada PRK nanti.

"Kita menanti permintaan rakan kita dari PAS bentuk kerjasama yang mereka perlukan bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) nanti," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Seremban turut menjelaskan walaupun PAS mempunyai kekuatan sendiri di Terengganu, namun apa-apa pertolongan yang diperlukan dari DAP akan dipenuhi.

"Saya yakin PAS mempunyai kekuatan mereka sendiri terutamanya di Terengganu, tetapi sebagai rakan DAP akan membantu mengikut apa yang mereka perlukan," sambung beliau.

Menurut beliau memandangkan komposisi Melayu di kawasan Kuala Besut adalah lebih 98 peratus Melayu, DAP mungkin diperlukan untuk peranan sokongan.

"Kalau di pantai timur kempen itu akan dikendalikan oleh PAS, cuma kita akan memainkan peranan sokongan.

"Kita lihat bentuk sokongan yang diperlukan oleh PAS, DAP sedia membantu dan apa yang pasti pimpinan utama DAP akan turun berkempen pada PRK nanti," kata beliau lagi.

Beliau yang menegaskan PRK ini merupakan pilihanraya yang amat penting kepada Pakatan Rakyat, kemenangan PAS akan mengubah keseluruhan senario politik di Terengganu.

UMNO Kelantan bantu pastikan DUN K. <b>Besut</b> kekal <b>di</b> tangan BN <b>...</b>

Posted: 29 Jun 2013 09:42 AM PDT

Posted on June 30, 2013, Sunday

KOTA BAHARU: UMNO Kelantan akan membantu UMNO Terengganu dalam memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu kekal di tangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN itu nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau telah mengarahkan UMNO Bahagian Pasir Puteh, yang merupakan daerah jiran, supaya segera turun padang membantu jentera pilihan raya BN di DUN itu.

"Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman yang merupakan ADUN Semerak adalah bekas guru di Kuala Besut dan beliau ada pengaruh di situ dan saya sudah minta UMNO bahagian itu untuk segera membantu.

"DUN Kuala Besut ini merupakan `anak angkat' saya, sudah tentu saya mahukan Kuala Besut ini terus kekal dipertahankan BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung kali pertama Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Cawangan Kelantan di sini, semalam.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pada Selasa lepas akibat kanser paru-paru.

Allahyarham merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN itu dengan mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Sementara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berjanji akan menyelesaikan masalah petani Kelantan yang mendakwa tidak mendapat pelbagai bantuan termasuk subsidi seperti yang dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini.

Pada persidangan itu, beberapa penyokong kerajaan negeri mendakwa petani di beberapa jajahan negeri itu tidak menerima beberapa peruntukan termasuk subsidi padi.

Berikutan itu, petani berkenaan didakwa akan memboikot musim baharu penanaman padi dan juga akan menyekat pengaliran air yang melalui sawah mereka. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads