13 di wakaf tapai - Google Blog Search |
Cendol Banting Vs Cendol Pulut <b>Tapai Wakaf</b> Mek Zainab <b>...</b> Posted: 27 Jun 2013 06:19 AM PDT Ramai yang memperkatakan "Cendol Banting" sedap, sedap setakat mana taklah tahu sangat sebabnya belum mencuba lagi. Orang yang memperkenalkan dan mempromosikan "Cendol Banting" tidak lain tidak bukan adalah En Titan. Cuba lihat ulasan yang beliau berikan : Cendol Banting Kamarudin. Kedainya terletak dipanggung wayang lama, sebelah dengan kedai gunting dan juga kedai Peking yang jual surat khabar tu. Dan berhadapan dengan Maybank. Mudah cari parking. Kawasan luas. Dan ada mee rojak sebagai side dish yang cukup sedap. Tapi jika ke Kota Bharu, singgahlah merasai Cendol Pulut Tapai (CPT) Wakaf Mek Zainab, dekat dengan lampu isyarat (traffic light). Ia berdekatan dengan jalan Kebun Sultan. Kebun Sultan biasanya dipanggil "China Town" di negeri Kelantan. Kedai ini sentiasa ramai jika waktu kemuncak iaitu pada waktu rehat pejabat iaitu diantara pukul 1.00pm-2.00pm. Boleh dikatakan ianya sentiasa ada pengunjung yang singgah di situ. Semangkuk harganya cuma RM2.00, jika mahu yang special RM3.00. Jikalau saya makan di situ, kalau tak cukup saya tambah lagi semangkuk. Sedap tu memang power, manisannya diperbuat daripada Gula Melaka (manisan) sungguh menyelerakan. Sudah acap kali saya makan di situ...satu atau dua mangkuk tidak akan puas. Tapi jangan acap sangat nanti terkena kencing manis. Rasanya memang manis (manisan), jika manis bukan setakat manusia sukakannya, semut pun suka. Kalau sesiapa datang ke Kota Bharu, jangan lupa singgah di situ. Cubalah...rasakan keenakkan "Cendol Pulut Tapai" (CPT) yang saya ceritakan ini. Kalau hari cuacanya panas terik, tempat ini penuh, tidak cukup kerusi dan meja dibuatnya. Kalau nak makan jugak, kena tunggu orang lain selesai makan dahulu. Lihatlah mangkuk di atas tu, licin habis disedup oleh saya, hanya tinggal sudu, mangkuk dan piring saja yang tinggal di situ. Nasib baik kali ini hanya satu mangkuk saya yang makan, kalau dua mangkuk pasti ada satu lagi di atas meja. Selamat mencuba....jika anda berkesempatan. |
You are subscribed to email updates from di wakaf tapai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan