Rabu, 3 Julai 2013

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


DAP sedia bantu PAS <b>di Kuala Besut</b> - Harakahdaily

Posted: 02 Jul 2013 01:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: DAP hari ini turut menyatakan komitmen akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Besut nanti.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke memberitahu semangat kerjasama di dalam Pakatan Rakyat begitu kuat dan setiap parti akan memberi sokongan serta kerjasama penuh kepada parti yang bertanding.

"Sebagai rakan di dalam Pakatan Rakyat, DAP akan memberi sokongan penuh kepada PAS pada PRK nanti.

"Kita menanti permintaan rakan kita dari PAS bentuk kerjasama yang mereka perlukan bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) nanti," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Seremban turut menjelaskan walaupun PAS mempunyai kekuatan sendiri di Terengganu, namun apa-apa pertolongan yang diperlukan dari DAP akan dipenuhi.

"Saya yakin PAS mempunyai kekuatan mereka sendiri terutamanya di Terengganu, tetapi sebagai rakan DAP akan membantu mengikut apa yang mereka perlukan," sambung beliau.

Menurut beliau memandangkan komposisi Melayu di kawasan Kuala Besut adalah lebih 98 peratus Melayu, DAP mungkin diperlukan untuk peranan sokongan.

"Kalau di pantai timur kempen itu akan dikendalikan oleh PAS, cuma kita akan memainkan peranan sokongan.

"Kita lihat bentuk sokongan yang diperlukan oleh PAS, DAP sedia membantu dan apa yang pasti pimpinan utama DAP akan turun berkempen pada PRK nanti," kata beliau lagi.

Beliau yang menegaskan PRK ini merupakan pilihanraya yang amat penting kepada Pakatan Rakyat, kemenangan PAS akan mengubah keseluruhan senario politik di Terengganu.

PAS ada peluang baik <b>di Kuala Besut</b> - Harakahdaily

Posted: 30 Jun 2013 06:42 AM PDT


(Nasrudin sedang membantu kerja gotong-royong membina rumah salah seorang penduduk Temerloh)

TEMERLOH: Ketua Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan menganggap tidak mustahil PAS boleh memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut memandangkan parti itu pernah memenanginya sebanyak dua kali sebelum ini.

Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, PAS menang pilihan raya umum (PRU) menewaskan BN di Dun berkenaan pada tahun 1969 dan 1999.
"Majoriti pengundi Kuala Besut adalah pengundi atas pagar dan sebahagian besarnya bekerja sebagai nelayan. Dewan Pemuda optimis PAS boleh melakukan kejutan jika maklumat yang tepat berjaya disampaikan," ujarnya.

(Yusmi gembira rumahnya dibaiki)

Nasrudin berkata demikian ketika ditemui semasa bergotong-royong membina rumah seorang kampung, Yusmi Sofian,26, di Kampung Gajah Mati, Lanchang dekat sini hasil pungutan derma dari ahli-ahli PAS melalui PAS cawangan.

Yusmi yang tinggal seorang diri di rumah pusaka itu sejak beberapa tahun lalu, berkata beliau hanya mengambil upah bekerja kampung dan tidak mampu membina sendiri rumahnya yang telah rosak teruk.

"Setiap kali menjelang PRU pihak Umno datang berjanji untuk membina rumah baru tetapi tidak pernah ditunaikan. Akhirnya orang PAS yang tolong bina rumah setelah menang Parlimen Temerloh," katanya.

Nasrudin dalam pada itu, turut mengucapkan tahniah kepada PAS Cawangan Gajah Mati kerana berjaya melaksanakan kerja-kerja kebajikan melalui sumbangan sekitar RM2,000 hasil derma ahli setelah dilancarkan pada Mesyuarat Agung Cawangan minggu lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads