Selasa, 30 April 2013

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Khas Buat Umno <b>Terengganu</b> - Isu2 Panas Yang Perlu <b>Di</b> Tangani <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2013 08:05 PM PDT

Harakah ada menyiarkan satu artikel PANAZZZ yang ditulis oleh  Syed Azman, Adun Batu Buruk Terengganu yang menggariskan 11 persoalan yang bakal menjadi teras kempen pembangkang untuk PRU13 Terengganu selain dari isu2 nasional dan manifesto. 

Kalau dari segi isu Nasional dan Manifesto, bagi saya Umno Terengganu tidak punya masalah malah pembangkang yang terpaksa banyak bertahan. 

Kira kita harus berterimakasih kepada Harakah dan Syed Azman kerana telah mendedahkan secara kelompok apa isu2 lokal yang bakal pembangkang mainkan kali ini. Saya selaku rakyat Terengganu akui isu2 yang dibangkitkan merupakan isu2 panas yang sering menjadi bualan rakyat.  Secara peribadi, saya juga mahu tahu jawapan2nya dipihak kerajaan negeri !

Sekurang2nya Umno masih punya masa untuk menjawab setiap satu isu itu dan mana2 yang belum lengkap, Umno bolehlah bekerja kearah melengkapkannya secepat mungkin.

Saya copy disini supaya orang Umno yang biasanya segan nak buka Harakah bolehlah ambil perhatian. Dulu saya rajin jugalah call untuk dapatkan info bagi menjawab tapi sejak khidmat saya tidak dipedulikan, malas dah saya nak buang masa.

Saya percaya Team Umno Terengganu mampu melakukannya.... Go Team Terengganu !

1. Negeri Terengganu sepanjang 5 tahun di bawah pentadbiran Ahmad Said, telah melaksanakan 'perbelanjaan amat luar biasa'. Bajet kerajaan negeri telah mencecah hampir RM10 billion dengan defisit tahunan hampir RM200 juta setiap tahun. Bermula dari tahun 2008, negeri Terengganu telah mencatatkan bajet tertinggi berbanding seluruh negeri di Semananjung Malaysia dengan perbelanjaan lebih RM2 bilion setiap tahun. Perbelanjaan ini jauh mengatasi negeri-negeri maju seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Persoalannya, apakah ini telah memberi manfaat kepada rakyat Terengganu yang rata-rata masih terpaksa bergelut dengan kehidupan harian yang amat mencabar?

2. Antara perbelanjaan yang dilakukan oleh beliau, bermula dari tahun 2009 ribuan warga Terengganu diberikan kotak-kotak kurma dan air zam zam secara percuma yang diedar melalui JKKK setiap kampong. Program ini melibatkan kos berjumlah hampir RM 8 juta setiap tahun dimana kontraknya diberikan kepada kroni. Persoalannya apakah pemberian buah kurma dan air zam zam ini suatu yang wajar sedangkan masih terdapat keutamaan lain seperti membantu golongan miskin di negeri Darul Iman ini. Di kalangan adun-adun UMNO sendiri ada bersungut akan kosnya yang terlalu tinggi dan pembaziran yang ketara.

3. Kerajaan negeri telah membeli stesen Radio Manis FM yang berpengkalan di Kota Bahru berharga RM 7 juta. Stesen radio ini pada asalnya merupakan stesen Radio KADA milik Tan Sri Hussein Ahmad yang diberi lesen radio melalui Husa Network Sdn Bhd. Proses mengambilalih stesen berkenaan telah dilakukan oleh Lembaga Tabung Amanah Terengganu (LTAT) pada pertengahan tahun 2009. Ramai di kalangan rakyat Terengganu mempersoalkan apa rasional kerajaan negeri membeli stesen radio ini, sedangkan ia tidak memberi manfaat kepada rakyat.

4. Kerajaan negeri telah  membina projek tempat letak kereta bertingkat menggunakan sistem putaran di Jalan Batas Baru hasil teknologi yang dibawa masuk dari China yang dikatakan yang projek pertama di Malaysia telah menelan belanja hampir RM10 juta. Namun projek ini menimbulkan kesangsian rakyat Terengganu. Apa tidaknya, selain tidak praktikal, kos pembinaannya yang menelan belanja hampir RM10 juta serta kos pengoperasian yang terlalu tinggi sehinggakan, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terpaksa menghantar kakitangannya ke negara China bagi menguasai pengendalian operasi sistem itu kelak.

5. Projek Pembangunan Tasik Kenyir yang melibatkan kos lebih RM300 juta dengan perbelanjaan yang  melibatkan pembinaan seperti;
- Taman Anggur – RM 3 juta
- Taman Rambutan – RM2 juta
- Taman Orkid – RM 4 juta
- Pusat Santuari Gajah Sungai Deka – RM40 juta
- Kenyir Water Theme Park – RM80 juta
- Pusat Bebas Cukai – RM80 juta

Bagi projek Taman Burung pula, seekor itik yang diimport dibeli dengan harga  RM1,700 manakala seekor angsa berharga RM5,600. Peruntukkan untuk Taman ini menelan belanja lebih RM6 Juta. Lebih melucukan lagi, sebanyak 5 ekor itik teah mati semasa dalam penjagaan di Kolam rekreasi Rawit, Kenyir. Bukankah lebih baik RM6 juta dibelanjakan untuk rakyat Terengganu  berbanding untuk beberapa ekor itik dan angsa? Siapa sebenarnya yang mendapat habuan daripada projek ini?

6. Taman Rekreasi dan Mini Zoo di Bukit Takal Kemaman yang bernilai hampir RM100 juta dan dikendalikan oleh sebuah syarikat konsultan Global Wildlife Immersion Sdn Bhd, yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Setakat in kerajaan negeri telah berbelanja lebih RM50 juta bagi membeli dan menjaga binatang seperti gajah, harimau, kerbau serta monyet-monyet yang berkeliaran. Persoalannya, mengapa begitu banyak dibelanjakan untuk binatang-binatang ini, sedangkan ianya boleh digunakan untuk menyediakan pelbagai peluang pekerjaan untuk anak-anak negeri Terengganu.

7. Stadium Sultan Mizan yang runtuh bersama lebih RM300 juta duit rakyat Terengganu. Projek Mega ini adalah hasil warisan bekas mantan Menteri Besar Dato Seri Idris Jusuh, dan telah diserahkan perlaksanaannya kepada 3 'kontraktor kroni' utama iaitu Bina Struktur, Emarcon dan Genggam Mercu Sdn. Bhd. Manakala pembekal utama bumbung stadium berbentuk 'Space Frame' ini adalah syarikat SOWON PTE. LTD. yang didatangkan khas dari Korea Selatan. Proses baikpulih yang mengambil masa begitu lama dianggarkan akan menelan belanja lebih RM120 juta.

Namun, persoalan besar yang kini menjadi tanda-tanya semua rakyat Terengganu kini adalah, pihak manakah yang akan menanggung kos baikpulih yang sangat membebankan ini? Ke manakah pula perginya kontraktor-kontraktor kroni yang rapat dengan pimpinan Umno Terengganu setelah mereka mengaut keuntungan  berjuta hasil dari pembinaan Stadium yang runtuh ini? Apakah jumlah keseluruhan RM120 juta ini telah termasuk kos membeli semula kelengkapan stadium yang dianggarkan bernilai RM50 juta yang telah dicuri  pada awal tahun 2012?

8. Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di bina walaupun kosnya telah melambung dari RM2.7 bilion kepada hampir RM5 bilion. Rakyat Terengganu terpaksa menanggung bebanan kenaikan kos yang sangat tinggi bagi menyiapkan projek LPT 2 yang tertangguh ini. Bayangkanlah berapa kos tambahan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri dengan kelewatan yang berlanjutan dari tahun 2012 kepada tahun 2014? Persoalan besar yang timbul adalah, kenapa projek yang pada asalnya menelan belanja lebih RM2.7 billion ini amat jauh tersasar dari tarikh jangka siap iaitu pada tahun 2010 lagi. Pihak manakah pula yang akan menanggung semua kos tambahan akibat kelewatan yang amat ketara ini?

9. Isu tanah di Kuala Terengganu juga menjadi perbualan semua pihak. Kini satu demi satu tanah dan perkampungan Melayu terhakis dek kerana kerakusan 'pembangunan' dan tiada perancangan rapi yang dibuat. Lebih malang lagi perkampungan tradisi Melayu satu persatu 'hilang', dari Kampung Paya Keladi, Kampung Tanjung serta Kampung Ladang yang terus meletakkan orang-orang Melayu  Terengganu 'ibarat menjadi pelarian di bumi sendiri'. Lebih mencabar lagi, kerajaan UMNO amat berani membahagikan-bahagikan tanah kepada wakil-wakil rakyat UMNO menjelang PRU13 ini, sedangkan pada waktu yang sama ribuan lagi rakyat Terengganu yang miskin masih tidak mempunyai sebarang tanah walau sekangkang kera!

10. Kerajaan Terengganu secara senyap-senyap telah menggugurkan saman dan tindakan undang-undang terhadap Petronas bersabit bayaran royalti minyak yang difailkan 11 tahun yang lalu. Bagaimanapun, hingga kini tiada butiran lanjut mengenai penyelesaian luar mahkamah yang dicapai antara kerajaan Terengganu dengan Petronas dan kerajaan Persekutuan dalam permohonan yang difailkan 21 Mac tahun 2012.

Jelas, penarikan royalti minyak oleh Kerajaan Pusat daripada kerajaan Terengganu itu merupakan satu pencabulan kepada prinsip demokrasi, konsep federalisma serta melanggar perlembagaan negara ini. Wang royalti yang merupakan hak rakyat Terengganu ini diletakkan di bawah 'Program Tabung Pembiayaan Wang Ehsan' dan disalur terus kepada pemimpin Umno negeri. Sepanjang Terengganu di'ehsankan', mereka telah berbelanja semewah-mewahnya dengan pelbagai projek membazir seperti Monsoon Cup, Masjid Kristal, pembinaan Stadium yang runtuh serta pelbagai pembaziran lain yang dilakukan.

11. Terbaru, Mantan Menteri Besar  Ahmad Said merancang untuk merobohkan Pasar Payang Kuala Terengganu yang merupakan pasar warisan puluhan tahun orang-orang Melayu berniaga dengan merancang untuk menggantikannya dengan Hotel lima bintang dan kondominium bernilai lebih RM400 juta. Projek ini diserahkan kepada sebuah syarikat bukan bumi yang juga kroni yang beroperasi di Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads