Selasa, 30 April 2013

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Proses Pengundian Awal <b>Di Kuala Terengganu</b> Berjalan Lancar - Tv3

Posted: 29 Apr 2013 10:30 PM PDT

30/04/2013 13:30:00

Di Kuala Terengganu, proses pengudian awal berjalan lancar.

Seramai 4,159 anggota polis dan 2,212 anggota tentera termasuk keluarga masing-masing menunaikan tanggungjawab mereka di 24 pusat mengundi.

Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR berkata:

"Apa saja penambaikan yang kita buat, kita dah kaji, kita dah teliti tahap perlaksanaan tu dan kita insyaallah dapat laksana seperti yang kita letak dalam undang-undang, peraturan, tatacara dan sebagainya. Jadi inilah buktinya urusan undi awal yang pertama kali kita buat dalam sejarah pilihanraya negara kita insyaallah berjalan lancar. Semua parti politik yang bertanding berpuashati."

Beliau berkata demikian selepas meninjau proses pengundian awal di kem 18 Rejimen Askar Melayu Di Raja, Seberang Takir dan Kem 9 Pasukan Gerakan Am, PGA Kubang Badak.

Proses pengundian awal di seluruh negara dijadual akan ditutup secara berperingkat-peringkat.

Pukul 2 petang bagi kawasan yang mempunyai kurang 50 pengundi dan selewat-lewatnya pukul 7 petang bagi kawasan yang melebihi 50 pengundi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads