13 di pulau redang - Google Blog Search |
Harga Barang Kawalan <b>Pulau Redang</b> Diselaras - Tv3 Posted: 29 Apr 2013 07:24 PM PDT 30/04/2013 10:24:00 Lebih 3,000 penduduk di Pulau Redang, Terengganu menarik nafas lega apabila program 1Malaysia satu harga dilaksanakan. Ia membabitkan penyelarasan harga barangan keperluan termasuk harga petrol dan diesel yang sebelum ini dijual hampir tiga kali ganda berbanding harga di tanah besar. Beliau berkata demikian selepas melancarkan program penyeragaman harga barang kawalan di Pulau Redang. Hadir sama, calon BN Parlimen Setiu, Che Mohamed Zulkifli Jusoh dan calon DUN Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman. Sejak diperkenalkan awal tahun ini, program berkenaan telah memberi manfaat kepada hampir 3 juta penduduk terutama di Sabah dan Sarawak. Sebelum ini harga seliter petrol RON 95 di Pulau Redang adalah RM 4.20 . Harga petrol dan diesel kini diseragamkan kepada satu ringgit 90 sen, sama dengan harga di tanah besar. Begitu juga, harga 7 barangan kawalan lain seperti minyak masak, gas memasak dan gula. Harga 50 jenis barangan bukan kawalan lain, akan diturunkan secara berperingkat. |
You are subscribed to email updates from di pulau redang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan