Jumaat, 5 April 2013

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


HOT - Pulau Memulau Masih Berlaku <b>Di Marang</b> ! | dinturtle <b>...</b>

Posted: 31 Mar 2013 07:42 PM PDT

Menarik bila blog baru klik- TEGANUHOT menyiarkan kembali video kekecohan semasa PRU12 di Marang beserta dengan contoh2 tindakan para penyokong Pas yang tidak demokratik dalam berdepan dengan persaingan dari Umno BN.

Antaranya -

3 - Paling besar dan paling ketara adalah tindakan PULAU-MEMULAU yang masih diamalkan secara berleluasa terhadap sesiapa saya yang menyokong parti lawan secara terbuka. Tindakan ini tidak terhad semasa musim pilihanraya tapi setiap hari selama kebencian membara dihati.

Bukan saja melibatkan orang dewasa / pengundi tapi juga seluruh keluarga termasuk kanak-kanak. Keluarga mangsa akan disisihkan dari masyarakat kampung yang rata2 merupakan sanak saudara juga. Mereka yang bukan penyokong Pas juga terpaksa akur dan pulau sama kerana takut di kenakan tindakan yang sama.

Setiap pergerakan ahli keluarga akan dipantau oleh agen2 parti dan sebarang interaksi dengan orang kampung lain akan diperhatikan dengan penuh syak wasangka. 

Kenduri kendara mereka yang dicop sebagai penyokong tegar Umno akan diboikot dan kejadian kes kematian yang tidak dikunjungi orang kampung masih berlaku. 

Walaupun kejadian pulau memulau ini sudah semakin kurang tapi ia masih berlaku dan dikhuatiri akan kembali panas semakin kita menghampiri PRU13.

Apa yang dapat saya rumuskan adalah - Pas sebenarnya TAKUT untuk berdepan secara telus dengan Umno BN. Habis tu kenapa perlu Pas melakukan semua tindakan pulau memulau dan provokasi sebegitu terhadap mereka yang dilihat sebagai menyokong Umno ?

Hak rakyatlah nak sokong sapapun. Ada yang sokong Pas, ada yang sokong Umno - HAK MASING2 ! Kenapa nak di halang / dimarahi kalau ada rakyat yang tidak menyokong Pas ?

Kalau dengan Dap pemimpin2 Pas boleh BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU, kenapa dengan Umno, Pas tidak boleh lakukan yang sama ? Maksud saya dalam konteks fahaman politik, masing2 menghormati pilihan masing2 ... dan kehidupan diteruskan dalam keadaan aman damai... Tidak bolehkah begitu ?

Dap yang terang2 menolak Hudud dan masih mengekalkan pendirian sanggup mati dari melihat Hudud dilaksanakan pun Pas masih boleh terima dan berpelukan, kenapa sesama Islam Pas mahu bermusuhan ketahap pulau memulau ?

Hati kecil saya kuat mengesyaki yang Hadi bersikap HIPOKRIT dalam soal hubungan Pas-Dap dan Pas-Umno ini. Maksud saya, saya syak Hadi tidak konsisten. 

Didepan media Hadi akan bercakap seolah Pas sudah liberal dan tidak lagi mengambil pendekatan ekstrim sepertimana dulu2 yang menyaksikan hubungan Pas-Dap sering bergolak tapi bila bercakap didepan orang kampung, Hadi akan kembali memakai topeng ekstrimnya.

Makanya tidak hairanlah jika pemimpin2 Pas seperti Hadi tidak mahu melihat penyokong2 Pas mesra media arus perdana kerana jika mereka terdedah kepada lapuran2 tentang betapa terbukanya Hadi dan Pas sekarang, pastinya ketaksuban mereka kepada pemimpin dan parti akan tergugat.

Hadi mahu terus mengongkong minda orang Pas dalam tempurung ketaksuban agar mereka terus menyokong beliau secara membabi buta. 

Contohnya .....


Kenapa didiamkan saja perlakuan pulau memulau penyokong Pas terhadap orang Umno sedangkan dengan Lim Kit Siang, Hadi boleh berpelukan mesra ?

Kenapa orang Pas didiamkan saja permusuhan mereka dengan orang Umno sedangkan Nik Aziz sendiri sanggup merantau jauh ke Pulau Pinang semata2 mau diraikan dengan kek harijadi oleh Karpal Singh ..... kemudian bersalaman hormat dan mesra dengan manusia yang sanggup mati dari melihat hudud dilaksanakan dinegara ini ?



Tidak bolehkah pemimpin2 Pas menggalakkan pengikut mereka meraikan Harijadi dengan kek bersama-sama orang Umno kemudian mereka turut dianjurkan supaya berpelukan dan bersalaman dengan orang Umno sepertimana yang dilakukan Nik Aziz bersama Karpal ?

Apa yang saya lihat - Ketaksuban orang Pas perlu dikekalkan oleh pemimpin mereka demi menjaga fixed deposit undi Pas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads