13 di hulu terengganu - Google Blog Search |
BERKELAH <b>DI</b> AIR TERJUN BELUKAR BUKIT, <b>HULU TERENGGANU</b> Posted: 02 Apr 2013 07:32 PM PDT Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Cuti sekolah yang lepas, kami balik Terengganu. Cuaca di sana sangatlah panas terik.. Kesian dengan anak-anak yang kepanasan dalam rumah, ayah bawa kami mandi sungai. Bukan sungai belakang rumah tau, tapi sungai yang kena meredah perjalanan sejauh 60 km. Hehe.. Semangat tul nak mandi sungai.. Kami dah pergi sungai ni tahun lepas. Ibu ada buat entry kat SINI. Cuma dulu kami pergi dua keluarga, tapi kalini keluarga kami sahaja. Kalini juga, kami dapat port yang lebih best. Ibu boleh duduk je tepi sungai, sambil jaga barang dan tengok-tengokkan Maryam. Maryam kecik lagi, jadi duk je tepi sungai. Ayah dan Yusuf je pergi jauh sikit.. Pemandangan Air Terjun Belukar Bukit dari lensa kamera ibu. Subhanallah, indah sangat-sangat.. Ayah dan Yusuf.. Walaupun airnya cetek, tapi agak deras lah juga.. Maryam hanya memerhati dari tepi.. Best port Maryam dan ibu, teduh je. Bawah pokok.. Hihi.. Tengok, air dia jernih sangat. Maryam dan aksi jari didagunya.. Maryam yang sangat peramah, semua orang ditegurnya termasuklah pakcik yang sedang menjala ni.. Dengan selambanya dia mintak ikan kat pakcik tu.. Hadoilah Maryam, tapi ikan tu dah nyawa-nyawa ikan dah. Huhu.. Ibu dan ayah.. Buat kawan-kawan yang ke Terengganu, tak rugi ke sini. pemandangan indah, airnya sejuk dan jernih, sesuai untuk keluarga yang ada anak kecil. Untuk yang suka cabaran, ada juga kawasan yang dalam airnya dan sesuai untuk trjun tiruk. Tapi awas, sudah ada kejadian lemas di kawasan yang dalam tu. Cuma, ibu rasa kecewa dengan kemudahan yang ada. Tandas dan suraunya sangat, sangat, sangat tidak terjaga. Owh, tidak sanggup nak ceritakannya di sini. Amatlah ibu harapkan agar pihak-pihak tertentu yang berkaitan mengambil tindakan. Sayang, tempat cantik dan indah tapi dicemarkan dengan kemudahan yang tidak terjaga dan tidak terurus. Hehe.. Penutup yang agak kedengaran membebel. Okey, hingga di sini dulu. Sampai jumpa lagi.. :D |
You are subscribed to email updates from di hulu terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan