Sabtu, 9 Mac 2013

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


cekik dan ugut bekas ahli yang jadi pengerusi - Anak Jati Malaya

Posted: 25 Feb 2013 04:30 PM PST

Begini ceritanya,Nampaknya trend keluar PAS dan masuk UMNO selain membubarkan markas PAS dan menubuhkan cawangan UMNO semakin berterusan. Dan trend ini amat menakutkan para pecacai serta penyokong PAS tegar yang sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman termasuklah dari kalangan Pakatan Rakyat sendiri.
Di Wakaf Tapai malam tadi, seorang lelaki bernama Ramly bin Abdullah telah membuat laporan polis apabila empat orang SAMSENG PAS datang ke rumahnya dan mengugutnya. Menurut laporannya, Ramli yang ketika itu bersama-sama ahli keluarganya di rumah telah didatangi empat orang lelaki Melayu yang dikenali dengan nama Di Pok Loh dan dua orang adik lelakinya, Lan dan Man serta seorang lagi bernama Mamat bin Musa.
Keempat-empat lelai tersebu telah memanggil Ramly keluar dan terus memarahinya kerana Ramly keluar dari PAS dan telah menjadi Pengerusi Penaja penubuhan Cawangan UMNO Bukit Chempedak, Wakaf Tapai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads