Sabtu, 2 Mac 2013

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: Banjir: 27 sekolah <b>di Terengganu</b> ditutup, jejas <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2013 02:50 AM PST

SINAR HARIAN KUALA TERENGGANU - Sebanyak 27 buah sekolah di Terengganu diarah tutup dan cuti berganti ekoran bencana banjir gelombang ketiga yang melanda negeri itu sejak semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu Hashim Mohd Zain berkata penutupan itu membabitkan 22 sekolah rendah serta lima sekolah menengah dan menjejaskan 13,373 pelajar.

Sekolah yang terlibat ialah 14 di Besut, lapan di Hulu Terengganu dan lima di Setiu, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Katanya antara sebab sekolah terbabit diarah tutup ialah dinaiki air, dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir, masih dalam proses pembersihan selepas dijadikan pusat pemindahan dan sekolah terputus hubungan.

Antara sekolah yang ditenggelami air ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Payong, SK Pasir Akar dan SK Darau, semuanya di Besut, katanya.

Di Setiu pula membabitkan SK Kampung Bukit, SK Sungai Las, SK Langkap, SK Kampung Buluh dan SK Kampung Besut, manakala di Hulu Terengganu membabitkan SK Bukit Tadok, SK Matang, SK Teris, SK Tengkawang dan SK Jeneris.

Katanya sekolah yang masih menjadi pusat pemindahan sementara ialah SK Anak Ikan di Setiu dan SK Seri Payong serta SK Tenang di Besut.

Sekolah yang terputus hubungan di Hulu Terengganu ialah SK Kuar, SK Felda Tersat, SMK Menerong, SMK Matang dan SMK Jenerih setelah jalan utama ke sekolah terbabit dinaiki air setinggi hampir dua meter.

Semua sekolah ini akan ditutup sehingga keadaan mengizinkan, katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads