Sabtu, 2 Mac 2013

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Laman Husna: Laman Encik Ahmad <b>di Bukit Besi</b>

Posted: 23 Feb 2013 01:00 AM PST

Assalamualaikum,
dan
Salam 1Malaysia.

Semalam sempat berkunjung kali kedua ke rumah sahabat alam di Bukit Besi Terengganu.
Saya lebih suka memanggil beliau `sifu orkid'. Pada saya, pengetahuan beliau tentang orkid sangat tinggi, seiring dengan minat serta pengalaman Encik Ahmad sejak remaja lagi. Melihat pada pokok orkid sahaja, beliau dapat menamakannya dengan lancar, sedangkan saya, nak menyebut nama-nama yang telah ditag pun terkial-kial, rasa nak tergeliat lidah.

Banyak juga gambar bunga orkid yang sempat disnap oleh Husna, jurugambar 8 tahun saya..heeee...tetapi banyak lagi yang belum pernah saya lihat bunganya.

















Terima kasih banyak-banyak sifu...sentiasa sudi menerima kunjungan kami...dan juga ole-ole yang diberikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads