Jumaat, 1 Februari 2013

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


light|shadow: Cuti-Cuti <b>Di Pulau Redang</b>

Posted: 29 May 2012 06:34 AM PDT

It's a 3 days trip. Dari 26-28 Mei. Sebenarnya percutian ke Pulau Redang ni hanya dirancang beberapa hari sebelum hari kejadian. Mencanak kau nak cari pakej yang still available, tambah pulak kami semuanya 12 orang. Last² dapat la jugak dengan satu travel agent ni, itu pun sebab ada orang cancel last minute. Jadi tercapailah hasrat kami nak bercuti di Pulau Redang...
Nampak tak ke-eksaited-an-nya kat situ?

Okay, 1st day lepas dah setel check in semua, brader² kat situ terus panggil kitorang pergi snorkeling. Memang sepanjang kat sana, kebanyakan masa dihabiskan dengan ber-snorkeling tapi sebenarnya boleh pilih nak pergi ke tak cuma rasa rugi la pulak kalau tak pergi kan... Lagi pun setiap trip tu lokasi dia berbeza. Untuk trip yang pertama ni kami dibawa ke Tanjung Tengah.

Pemandangan kat Pulau Redang ni memang superb dengan airnya yang kristal jelas. Tambah teruja bila dapat tengok coral kat depan mata cuma sedih sikit sebab dah banyak yang mati. 

First time snorkeling...nasib baiklah penulis ni 'pandai' berenang, dapatlah telan air laut 2 3 teguk buat tambah zat mineral dalam badan. Hehu.

Sesi tempek bedak sejuk. 

Tiap kali nak pergi snorkeling dah kira wajib apply sunblock, kalau tak konpem terbakor lah muka. Walaupun kulit muka I ni tak halus mulus macam Rozita Che Wan, tapi tetap kena jaga tau... Jadi penulis nasihatkan sesiapa yang nak bercuti kat pulau or pantai tu, pastikan sunblock ada dalam list yang korang nak bawak.
Malamnya just jalan² sekitar Pasir Panjang. Yang paling penulis suka ialah bila dapat landing atas kerusi santai kat tepi pantai tu dengan angin sepoi² bahasa. Memang masyuk der... Tapi baru je mata ni nak terlelap, datang pulak segerombolan mamat dengan minah mabuk datang terkinja-kinja macam monyet sarkis. Terpaksalah sambung tidur kat bilik jer. 

2nd day kami dibawa ke Marine Park. Tempat ni paling banyak ikan warna-warni. So I've come prepared. Awal² lagi dah songlap seberapa banyak roti time breakfast. Bukan roti je, cekodok pun gua masuk poket. Muahaha..


Perasaan pabila tangan digigit manja tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Cewah, puitis ko Syam! Oh, nampak tak ikan besar kat belah kiri tu? Nama ikan tu Titan triggerfish. Kalau sayang tangan, sila jauhkan diri anda dari beliau sebab gigi beliau amat tajam. Kalau tak sayang, silakan lempang beliau dan kita lihat siapa yang kena~
Tak lepaskan peluang bergambar kenangan dengan 'Nabil'. 

Lupa pulak nak bagitau kat korang, brader kat tengah tu adalah salah sorang lifeguard yang bawak kitorang masa snorkeling trip itu hari tapi tak tahu pulak apa nama betul dia. Orangnya sangat peramah & suka buat lawak. Maybe sebab tu la budak² kecik yang satu trip dengan kitorang tu semuanya panggil dia Abang Nabil walaupun penulis nampak muka dia sebijik macam Khir Rahman. Kan?
Sebelah petang, another snorkeling trip. Kali ni cuma 5 of us je yang pergi, yang lain nak bersantai kat depan chalet je. Lokasi terakhir adalah di Tanjung Mak Cantik. Mula² turun dari bot tu terus jenguk kat bawah. Pergh...dalam siot! Cepat² berenang katak comel ke tepian pantai. Kat sini kitorang diberi masa lebih kurang 1 jam setengah so ber-snorkeling lah sampai puas.
Adam & Adib's epic sandcastle.

Kalau korang nak tahu, ada 3 area yang utama kat Pulau Redang ni antaranya Pasir Panjang, Teluk Kalong dan Teluk Dalam. Chalet yang kitorang duduk ni namanya Redang Lagoon & terletak di area Pasir Panjang. Penulis rasa kat Redang Lagoon ni je yang ramai orang Melayu, kat lain kebanyakannya Chinese. So, kalau next time datang sini, penulis akan pilih chalet ni lagi. Lagipun pemilik dia orang Melayu jadi tak perlu bimbang pasal makanan halal ke tak & dewan makan dia tak jual arak. Tu yang penting.

For ur info, pakej yang kitorang ambil ni rate dia RM355 untuk dewasa & RM180 untuk kanak-kanak termasuk 3 trip snokeling dengan BBQ. Tapi kalau nak snorkeling, kena tambah lagi dalam RM20 sorang untuk sewa mask, snorkel & life jacket.


Malam last before balik tu ada BBQ. Makan cara buffet & kena berBBQ sendiri. Maksudnya sebelum dapat makan udang, ayam or ikan, kena la makan asap dulu. Hehe...

3rd day tak banyak aktiviti pun. Cuma bersiap-siap untuk pulang ke Jeti Syahbandar.

Good-bye Redang, I know you'll be missing me...

P/S: Sepanjang bercuti kat Pulau Redang ni, penulis sangat bengang dengan pihak resort sebelah sebab belum masuk waktu maghrib lagi dah start pasang lagu disco kuat². Sampaikan time solat tu, lantai rancak bergegar. Hmm...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads